MMG

MMG

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MMG, Sabak.

30/09/2017

Bagaimanakah cara hilangkan kahak bayi?

1. GUNA TEKNIK TEPUK BAYI

Tips ini dikongsikan oleh pakar fisioterapi.

Untuk cara hilangkan kahak bayi ini, kena pastikan yang bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantak di bawah perut. Pastikan bantal tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas. Pastikan kaki lurus.

Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi p**a. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka.

2. GUNA MESIN PENYEDUT KAHAK

Tepuk sahaja tidak cukup. Kena ada cara hilangkan kahak bayi yang seterusnya.

Selepas tepuk, boleh gunakan mesin penyedut kahak atau mesin penyedut hingus. Ramai doktor mengesyorkan akan beli dan simpan mesin penyedut kahak di rumah untuk kegunaan bila anak terlalu tebal kahaknya, tanpa perlu berulang-alik ke klinik.

Jika tidak pasti bagaimana menggunakan gas nebulizer, bawa anak ke klinik dan berjumpa doktor. Jangan pandai-pandai buat sendiri. Gas nebulizer akan digunakan untuk cairkan kahak. Kahak tersebut akan keluar sebagai muntah atau najis.

3. GUNA MADU ASLI

Ini cara hilangkan kahak bayi yang memerlukan bayi minum sesuatu.

Jika sudah setahun lebih, gunakan satu sudu madu dicampurkan dengan 1 biji limau nipis dan sedikit air. Sebagai alternatif, boleh juga gunakan lemon.

Jika masih bayi lagi, gunakan madu bersama air sahaja. Jika ada air zam-zam, lebih bagus kerana ia mempunyai molekul penyembuhan.

4. SEDUT SENDIRI!

Tips dan cara hilangkan kahak bayi yang paling berkesan ialah sedut sendiri pada hidung bayi. Buat apa mahu geli, anak sendiri!

Cara-cara yang diberikan diatas, memang boleh dilakukan, tetapi agak lambat. Cara sedut sendiri inilah yang paling pantas dan berkesan.😉

Photos from MMG's post 28/09/2017

ALHAMDULLIAH...memang Rezeki tu tak kan salah alamat...terima kasih sangatttt semua... sebab pilih MMG😘...anda semua memang AWESOME LERRR!!!....ALLAH sahaja boleh membalasnya..😊

Photos from MMG's post 23/09/2017

Apakah MMG?

MMG atau lebih dikenali Marvelous Massage Gel atau bahasa mudahnya Minyak Urut Moden

Diperbuat daripada 100% bahan organik,iaitu Aloe Vera, Minyak Kayu Putih,Mint dan Lavender. MMG diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM).

MMG ini berbentuk krim atau losyen berwarna pink.Rasa berangin sejuk selepas disapu.

- CEPAT MERESAP
- WATER BASED
- WANGI
- TIDAK MELEKIT
- BERANGIN

Membantu melegakan sakit sendi, lenguh badan, sakit lutut, senggugut, sakit kepala, resdung, sakit gigi, gigitan serangga, melecur ,sesuai digunakan untuk ibu dalam pantang dan sebagainya. Boleh dipakai semua jenis peringkat umur dari bayi sehinggalah ke pringkat warga emas.

Want your business to be the top-listed Health & Beauty Business in Sabak?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Sabak
89500