ISU Sandakan

ISU Sandakan

Share

Isu-isu berkaitan masyarakat di Sandakan.

19/04/2026

Sekurang-kurangnya 8,000 penduduk hilang tempat tinggal selepas kira-kira 1,000 rumah musnah dalam kebakaran di penempatan atas air Kampung Bahagia, Batu Sapi, Sandakan awal pagi tadi.

Ketua Kampung Bahagia, Sharif Hashim Sharif Titing berkata, hampir 90 peratus kediaman di kampung itu terbakar, sekali gus menjadikannya kebakaran paling besar pernah direkodkan di kawasan berkenaan.

20/02/2026

Salam sejahtera YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

SPOTREP : BENCANA BANJIR KILAT DAERAH SANDAKAN

Insiden : Banjir kilat di Batu 16, Batu 12, Batu 9, Batu 8, Batu 7, Batu 1, Kompleks Kesihatan Persekitaran,Sandakan, Kawasan Tempat Letak Kereta Hospital Duchess of Kent
Tarikh kejadian : 20/02/2026
Masa kejadian : Bermula 0400H – laporan sehingga 0830H
Lokasi : Batu 16, Batu 12, Batu 10, Batu 9, Batu 8, Batu 7, Batu 1, Kompleks Kesihatan Persekitaran, Sandakan, Kawasan Tempat Letak Kereta Hospital Duchess of Kent
PPS Diaktifkan : Belum diaktifkan
Masa PPS Dibuka : Belum diaktifkan

Ringkasan Kejadian

Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan menerima maklumat berlakunya banjir akibat hujan berterusan di sekitar daerah Sandakan. Pemeriksaan oleh agensi keselamatan mendapati rumah-rumah Penduduk Terjejas Bencana (PTB) berada dalam keadaan selamat untuk didiami dengan paras air setinggi lutut.

Pergerakan dan Tindakan Agensi (Mengikut Garis Masa)

0800H – APM Sandakan bergerak ke sekitar daerah Sandakan

Respons Pasukan Perubatan & Kesihatan

1.Satu pasukan RAT dari PKK Sandakan digerakkan untuk verifikasi dan pemantauan risiko kesihatan.
2.Pendidikan Kesihatan berkaitan Banjir dilaksanakan dengan perkongsian di platform media sosial oleh Unit Promosi Kesihatan.
3. Pasukan RRT dari Klinik Bergerak Klinik Kesihatan Sandakan diarahkan bersiap sedia untuk pemantauan kesihatan.
4. Pasukan UIP bersedia melaksanakan pemeriksaan keselamatan makanan di PPS
5. Pasukan Vektor menilai risiko penyakit bawaan air dan vector-borne di kawasan terjejas.
6. FSQ akan menjalankan pemeriksaan keselamatan makanan di premis yang akan menyediakan makanan bagi PPS sekiranya dibuka.

Status Terkini (Setakat 0900H)

1. Rumah terlibat : Belum dikenalpasti
2. Jumlah KIR : Belum dikenalpasti
3. Jumlah mangsa : Belum dikenalpasti
4. Proses pendaftaran mangsa belum dijalankan oleh APM & JKM
5. Jumlah partition PPS : Belum dikenalpasti
6. Hujan masih berterusan dan pemantauan risiko diteruskan
7. Siasatan lanjut oleh pasukan kesihatan akan dilaksanakan

Pecahan KIR

* Warganegara : Belum dikenalpasti
* Bukan warganegara : Belum dikenalpasti

Pecahan Mangsa

* Warganegara : Belum dikenalpasti
* Bukan warganegara : Belum dikenalpasti

(Akan dikemaskini selepas data lengkap diterima daripada JKM & APM.)

Sumber Maklumat

1. APM Sandakan
2. JKM Sandakan
3. PDRM / JBPM
4. CPRC PKK Sandakan

Laporan disediakan oleh:
Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan
20 Februari 2026 @ 0900 pagi

Photos from ISU Sandakan's post 28/01/2026

Kaunter JPJ Sandakan

Mohon pihak JPJ Sandakan mengambil perhatian serius terhadap situasi di kaunter. Saya mendapati agen kerap masuk terus ke pelbagai kaunter, walaupun nombor giliran pelanggan awam masih belum dipanggil. Perkara ini berlaku secara berulang dan dilayan oleh staf kaunter, seolah-olah sudah menjadi kebiasaan.

Kami memahami bahawa agen bukan menguruskan satu urusan sahaja. Malah, kebanyakan agen membawa banyak fail dan urusan serentak yang sememangnya memakan masa lama. Namun, atas sebab itulah kaunter khas agen diwujudkan.

Apabila agen bebas masuk ke kaunter pelanggan awam, tujuan sistem giliran dan pengasingan kaunter menjadi tidak bermakna.

Sepanjang pemerhatian saya, seorang agen sahaja mengambil hampir 40 minit di satu kaunter, sedangkan pelanggan awam lain hanya mempunyai urusan ringkas tetapi terpaksa menunggu lama.

Keadaan ini jelas menjejaskan kelancaran operasi dan keadilan kepada pelanggan yang beratur mengikut nombor.

Diharapkan pihak JPJ Sandakan dapat menguatkuasakan peraturan penggunaan kaunter dengan lebih tegas, memastikan agen hanya berurusan di kaunter yang dikhaskan, dan tidak membiarkan amalan yang boleh menimbulkan persepsi layanan istimewa berterusan.

Kerjasama dan tindakan pihak tuan/puan amat dihargai demi keselesaan dan keadilan semua pelanggan.

Terima kasih.

Kredit:- mystery shopper

Want your organization to be the top-listed Government Service in Sandakan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Sandakan
90000