FRES Training Academy
At FRES Training Academy, we are dedicated to empowering individuals with the skills and knowledge they need to thrive in today's competitive job market.
30/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐ ๐พ๐๐
Selamat menyambut Tadau Kaamatan dan Hari Wesak kepada semua yang meraikan.
Semoga perayaan ini membawa kedamaian, keharmonian, serta kesejahteraan kepada masyarakat berbilang kaum di Sabah dan Malaysia.
Ikhlas daripada Fres Training Academy ๐ค
27/05/2026
โจ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ โจ
Semoga hari yang penuh makna ini menguatkan lagi iman kita dalam erti sabar dan pengorbanan.
Moga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita, melapangkan rezeki, dan mempermudahkan segala urusan dunia serta akhirat ๐ฟ
Salam tulus ikhlas daripada Fres Training Academy ๐ค
26/05/2026
โจ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐ โจ
Semoga Allah SWT menerima segala doa dan amal ibadah kita, serta mengurniakan kesihatan, rezeki yang berkat dan kehidupan yang dipenuhi kebaikan.
Semoga Hari Arafah ini menjadi ruang untuk kita memperbaiki diri dan mendekatkan hati kepada-Nya ๐ฟ
Salam tulus ikhlas daripada Fres Training Academy ๐ค
01/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
Selamat Hari Pekerja kepada semua warga kerja dalam syarikat yang terus komited, berusaha dan memberikan yang terbaik setiap hari.
Setiap usaha, setiap idea dan setiap titik peluh anda adalah nadi yang menggerakkan kejayaan syarikat ini. Tanpa anda, tiadalah kami di sini hari ini.
Jadilah pekerja yang saling mempermudahkan urusan, saling membantu, dan saling menguatkan antara satu sama lain. Kerana kerja yang hebat bukan hanya tentang individu, tetapi tentang kerjasama dan kepercayaan dalam satu pasukan.
Terima kasih atas dedikasi, kesetiaan dan kerja keras anda semua. Kami amat menghargai setiap seorang daripada anda. Selamat Hari Pekerja! ๐ผโจ
30/03/2026
๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ฆ๐๐ฎ๐ญ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ก๐ข๐ซ ๐๐๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ข-๐๐๐ซ๐ญ๐ฎ๐ ๐๐๐ ๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐๐ก
Dirgahayu Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah,
Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman
Semoga Tuan Yang Terutama sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dipermudahkan segala urusan, serta terus diberi kebijaksanaan dalam memayungi negeri Sabah dengan penuh amanah dan berwibawa.
Terima kasih atas segala khidmat bakti dan kepimpinan yang telah dicurahkan kepada negeri dan rakyat. Semoga Sabah terus maju, makmur dan sejahtera di bawah naungan kepimpinan Tuan Yang Terutama.
Dirgahayu Tuan Yang Terutama, semoga sentiasa dilindungi dan diberkati Allah SWT.
20/03/2026
๐๐๐๐ผ๐๐ผ๐ ๐๐ผ๐๐ ๐๐ผ๐๐ผ ๐ผ๐๐ฟ๐๐๐๐๐๐๐ ! โจ๐
Dengan penuh rasa syukur, kami di Fres Training Academy ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelanggan, rakan niaga, kakitangan dan semua yang telah menyokong kami.
โจSemoga sambutan Syawal ini membawa kebahagiaan, kedamaian, dan kejayaan yang berterusan dalam hidup anda. Kami amat menghargai kerjasama dan sokongan yang telah diberikan dan berharap agar hubungan ini terus berkembang ke arah yang lebih baik.
Selamat menyambut Hari Raya dengan penuh kegembiraan! ๐๐
Salam hormat,
Fres Training Academy
19/03/2026
๐๐จ๐ญ๐ข๐ฌ ๐๐ฎ๐ญ๐ข ๐๐๐ฒ๐ ๐ขโจ
Makluman Kepada Pelanggan Yang Dihormati,
Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba ๐โจ
Pejabat kami akan bercuti seperti yang tertera pada poster.
Terima kasih atas sokongan berterusan anda.
Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin ๐
13/03/2026
06/03/2026
23/02/2026
โจ ๐๐๐๐๐ ๐
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ โ ๐๐๐๐ ๐ โจ
Alhamdulillah, selesai sudah Program Halal Fundamental Siri 2 pada 15 Febuari 2026๐ Walaupun dalam suasana bercuti, komitmen para peserta memang terbaik ๐Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang hadir, fokus dan aktif berkongsi pandangan serta pengalaman.
Semoga segala ilmu yang dikongsikan memberi manfaat berterusan dalam amalan halal dan pengurusan perniagaan ๐ฟ
๐ข Nantikan siri seterusnya!
Jangan lupa like, share & follow untuk update terkini.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Batu 7, Bandar Labuk Jaya, Jalan Lintas Labuk, Bandar Labuk
Sandakan
90000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |
| Saturday | 08:00 - 13:00 |