PERKEP_Segamat
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PERKEP_Segamat, Non-Governmental Organization (NGO), Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat, Segamat.
26/02/2026
PROGRAM TADARUS AL-QURAN 1447H 2026M PERKEP IPD SEGAMAT
26 Februari 2026 (Khamis) : Program Tadarus Al-Quran anjuran PERKEP IPD Segamat 1447H/2026M telah diadakan pada jam 0900Hrs - 1045Hrs di Surau Al-Furqan, IPD Segamat dengan penyertaan yang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Ahli PERKEP IPD Segamat dan telah diketuai oleh Insp Il’yana Binti Zulkifly selaku Ketua Biro Agama, PERKEP IPD Segamat.
Antara objektif program ini adalah:
1. Memberi kesedaran agar Al Quran terus dibaca, difahami, dihayati dan menjadi panduan dalam kehidupan.
2. Mengimarahkan bulan Ramadan dengan aktiviti kerohanian yang berterusan.
3. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara pegawai, anggota dan ahli PERKEP.
4. Memantapkan kemahiran membaca Al Quran di kalangan warga PERKEP IPD Segamat.
Dengan semangat kerjasama dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para peserta diharapkan program ini bukan sahaja berjaya mencapai matlamatnya tetapi juga memberi manfaat kepada semua.
Secara keseluruhannya, program berjalan dengan baik dan lancar dengan. Semoga usaha murni ini terus istiqamah dalam membentuk warga kerja yang seimbang dari segi jasmani dan rohani.
18/02/2026
“SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK”
YDH Supt Mohd JumazanZahir, Ketua Polis Daerah Segamat bersama isteri, YBhg Puan Norhaslina Binti Ismail, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Segamat serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) IPD Segamat mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1447H/2026M kepada seluruh umat Islam di Malaysia khususnya warga PDRM yang meraikannya.
Ramadhan kembali menyapa, membawa harapan baru dan peluang untuk kembali fitrah. Mari kita manfaatkan waktu yang suci ini untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik, dilapangkan rezeki, dan dimudahkan segala urusan dalam menjalani ibadah puasa ini. Selamat berpuasa, semoga setiap amal kecil kita bernilai besar di sisi-Nya dan membawa kita lebih dekat ke syurga-Nya. Salam Ramadhan Mubarak.
18/02/2026
29/01/2026
LAWATAN KEBAJIKAN PERKEP KONTINJEN JOHOR KE IPD SEGAMAT
27 Disember 2025- YBhg Datin Salwah Binti Mahdan,Pengerusi PERKEP Kontinjen Johor telah membuat lawatan kebajikan ke atas SM Jalal Bin Jamion, Ketua Polis Balai, Balai Polis Bekok akibat kemalangan jalan raya dan suami kepada Kpl Ruzilawati dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Segamat akibat sakit buah pinggang dan masalah penglihatan.
Ketibaan YBhg Datin Salwah Binti Mahdan,Pengerusi PERKEP Kontinjen Johor telah disambut oleh YBhg Puan Sumiati Binti Hj Mohd Mukaram, Pengerusi PERKEP IPD Segamat.
Tujuan lawatan ini adalah di atas keprihatinan YBhg Datin Pengerusi PERKEP Kontinjen Johor dan memberi sokongan moral kepada Ahli - Ahli Keluarga PERKEP terutamanya Kontinjen Johor yang mengalami masalah kesihatan.
YBhg Datin Salwah binti Mahdan Pengerusi PERKEP Kontinjen Johor juga telah memberikan kata-kata semangat serta menyampaikan cenderahati sebagai tanda sokongan moral daripada PERKEP Kontinjen Johor serta meringankan beban dan mengeratkan hubungan mesra dengan penerima sumbangan. Selain itu, ianya turut mencerminkan semangat kebersamaan warga PERKEP dalam membantu golongan yang memerlukan.
Turut hadir sama YBhg Puan Nor Azliza bt Mohamaed, Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Johor, YBhg Puan Saw See Naa, Ketua Biro Sukan (JSJ), YBhg Puan Norazliza bt Nordin, Ketua Biro Sains & Rumahtangga (CK),YBhg Puan Magleden Lobinjang, Pengerusi PERKEP Daerah Iskandar Puteri, YBhg Puan Andi Anggeriati bt Andi Asri, Pengerusi PERKEP Daerah Batu Pahat, YBhg Puan Zuliah bt Jantan, Pengerusi PERKEP Daerah Kluang, YBhg Puan Sofea Alliya Jane bt Abdullah, Pengerusi PERKEP Daerah Kota Tinggi, YBhg Puan Rahmah bt Ismail, Pengerusi PERKEP Daerah Tangkak, Urusetia PERKEP Kontinjen Johor dan AJK - AJK PERKEP Daerah Segamat.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Telephone
Website
Address
Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat
Segamat
85000