FELDA Wilayah Segamat - RASMI

FELDA Wilayah Segamat - RASMI

Share

FELDA Wilayah Segamat

22/05/2026

SELAMAT DATANG WARGA SEGAMAT YANG BAHARU

Warga FELDA Wilayah Segamat mengucapkan selamat datang dan berbesar hati menerima kehadiran Penolong Pegawai Tadbir yang baharu, Puan Nor Hafizah binti Ismail. Semoga kehadiran puan dapat memberi manfaat dan membawa kejayaan kepada warga FELDA Wilayah Segamat.

Semoga warga Segamat dapat membina kerjasama yang positif serta berterusan demi kejayaan .

12/05/2026

Setinggi-tinggi TAHNIAH dan SYABAS!!! kepada FELDA TUN GHAFAR HUTAN PERCHA kerana telah disenaraikan finalis Anugerah Kecemerlangan Rancangan FELDA (AKRF) 2026 bagi mewakili FELDA Wilayah Segamat.


@

Photos from FELDA Wilayah Segamat - RASMI's post 04/05/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita telah berjaya melaksanakan Pertandingan Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) dan Inovasi FELDA Wilayah Segamat pada 30 April 2026 bertempat di Bilik Seminar, Pejabat FELDA Wilayah Segamat dengan jayanya.

Sehubungan dengan itu, pihak FELDA Wilayah Segamat - RASMI ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang menjayakan program ini.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua kumpulan peserta KIK dan inovasi yang telah menyertai pertandingan ini dengan penuh semangat, kreativiti dan komitmen tinggi. Idea-idea inovatif yang diketengahkan bukan sahaja mencerminkan budaya kerja cemerlang, malah mampu menyumbang kepada peningkatan kualiti perkhidmatan dan produktiviti organisasi.

Anugerah Inovasi
Tempat Pertama - Forge X
Tempat Kedua - E-hasil
Tempat Ketiga - Trio Wheel

Anugerah KIK
Tempat Pertama - E-chit
Tempat Kedua - Smart Filing System
Tempat Ketiga - Siren Penghalau Gajah

Want your organization to be the top-listed Government Service in Segamat?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


KM 5, Jalan GENUANG
Segamat
85000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00