DoaSegamat

DoaSegamat

Share

LAMAN RASMI PEJABAT PERTANIAN DAERAH SEGAMAT
EMAIL : [email protected]
TEL : 07 931 1175

Photos from DoaSegamat's post 27/05/2025

JOM URUSKAN BEKAS RACUN PEROSAK SECARA SELAMAT

Photos from DoaSegamat's post 20/05/2025

Selamat Bersara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, kami ingin merakamkan ucapan Selamat Bersara kepada En. Ramli Bin Atil, Pembantu Khidmat Am H1, yang telah banyak menabur bakti dan jasa sepanjang perkhidmatan beliau.

En. Ramli bukan sahaja seorang pekerja yang berdedikasi dan amanah, malah sentiasa mesra, ringan tulang dan disenangi oleh rakan-rakan sekerja. Sumbangan beliau dalam memastikan kelancaran urusan harian amatlah dihargai dan tidak akan dilupakan.

Semoga persaraan ini menjadi permulaan kepada satu fasa kehidupan yang lebih tenang, bahagia dan bermakna. Nikmatilah masa bersama keluarga, lakukan apa yang diimpikan, dan jagalah kesihatan selalu.

Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan. Selamat maju jaya dan selamat bersara, En. Ramli!

16/05/2025

KENYATAAN TAWARAN
NO. SEBUTHARGA: PPDS 04/2025(P)
JABATAN PERTANIAN NEGERI JOHOR

Tajuk Kerja: Kerja-kerja membina dan menyiapkan unit bangunan bengkel lantai berukuran 30' x 20' x 12' di Kampung Paya Pulai.

Syarat Pendaftaran:

CIDB: Gred G1

Kategori: B04

Pengkhususan: B04

Dokumen Boleh Didapati:

Tempat: Pejabat Pertanian Daerah Segamat

Tarikh: 16 Mei 2025 (Jumaat) hingga 29 Mei 2025 (Khamis)

Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang

Harga dokumen: RM30.00 atas nama "PENGARAH PERTANIAN NEGERI JOHOR"

Lawatan Tapak (WAJIB):

Tarikh: 21 Mei 2025 (Rabu)

Masa: 10.00 pagi

Tempat berkumpul: Pejabat Pertanian Daerah Segamat Utara

Tarikh Tutup Sebutharga:

29 Mei 2025 (Khamis), jam 12.00 tengah hari

Maklumat Tambahan:

Hanya pemilik sah syarikat (tercatat dalam sijil PKK, CIDB & SSM) dibenarkan hadir lawatan tapak dan taklimat.

Dokumen lengkap perlu dihantar ke peti sebutharga sebelum tarikh tutup.

Alamat Penghantaran Sebutharga: Pegawai Pertanian Daerah Segamat
Pejabat Pertanian Daerah Segamat,
Jalan Omar, 85000 Segamat.

Untuk maklumat lanjut berkenaan sebutharga tuan/puan boleh menghubungi En Haziq Bin Roslan di nombor telepon 011-32432102

Photos from DoaSegamat's post 09/05/2025

LAPORAN LAWATAN TAPAK

Zon Keterjaminan Makanan Negeri Johor (Daerah Segamat)
dan Zon Pelaburan Makanan Sekijang

Tarikh: 9 Mei 2025 (Jumaat)
Tempat: Daerah Segamat dan Sekijang, Johor
Anjuran: Pejabat Daerah Segamat & ECERDC

1. Tujuan Lawatan

Lawatan ini diadakan bagi meninjau lokasi cadangan pelaksanaan Zon Keterjaminan Makanan Negeri Johor serta Zon Pelaburan Makanan di Sekijang. Ia bertujuan untuk mengenal pasti kesesuaian tanah, infrastruktur sedia ada serta potensi pembangunan sektor pertanian dan agromakanan di kawasan tersebut.

2. Pihak Terlibat

Antara agensi dan jabatan yang turut serta dalam lawatan ini ialah:

Pejabat Tanah Daerah Segamat

Pejabat Daerah Segamat

Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC)

Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia (LPNM) Negeri Johor

3. Ringkasan Aktiviti

Taklimat awal oleh wakil ECERDC berkenaan pelan pembangunan kawasan.

Lawatan ke beberapa lokasi strategik di sekitar Segamat dan Sekijang.

Perbincangan teknikal berkaitan kesesuaian tanah, akses jalan, sumber air dan impak kepada komuniti setempat.

Cadangan kerjasama antara agensi dalam menjayakan projek ini.

4. Dapatan dan Cadangan

Tapak-tapak yang dilawati menunjukkan potensi tinggi untuk pembangunan zon keterjaminan makanan.

Perlu ada penyelarasan antara pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri dari segi pelan guna tanah dan peruntukan infrastruktur asas.

Dicadangkan satu jawatankuasa kerja ditubuhkan untuk menyelaras pelaksanaan projek ini.

Photos from DoaSegamat's post 08/05/2025

8 Mei 2025 | 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐔𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐓𝐈𝐅 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓

Barisan juri yang diketuai oleh Encik Zaifiwan bin Mat Zin, Encik Hanifah Bin Hassan, Dr Nurazwin binti Zulkifli, Encik George Karung Anak Barat serta urusetia Cik Angeline Tiong Anak Francis Akin telah hadir di Daerah Segamat Johor bagi sesi penjurian pertandingan. Turut hadir sama Tn Hj Yosri Bin Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor dan Encik Mohd Hafiz Bin Ramly, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan).

Encik Zamry bin Aya , Pegawai Pertanian Segamat serta warga kerja Pejabat Pertanian Daerah Segamat telah membawa para juri ke lokasi pengembangan berikut :

1. KM Sofliyana Enterprise ( Usahawan Kerepek Pagoda)
Majlis Perasmian Hari Bertemu Pelanggan oleh Ybhg Tn Mohd Riduan bin Yunos, Wakil Rasmi ADUN Pemanis Segamat

2. Projek Komuniti Masjid IOI Segamat ( Tanaman Cili Fertigasi)
Inovasi : ASET dan FOOWREGTOR

3. Cam Fruit ( Usahawan Industri Durian)
Majlis Perasmian Cold Room oleh Pengarah Pertanian Negeri Johor

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan juri yang telah memilih Pejabat Pertanian Daerah Segamat sebagai 5 teratas dalam pertandingan ini. Semoga mereka beroleh kemenangan dalam pertandingan peringkat kebangsaan ini.


.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Segamat?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


PEJABAT PERTANIAN DAERAH SEGAMAT, Jalan AWANG, KAMPUNG GUBAH
Segamat
85300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00