Hahasrin Hashim
Ahli Dewan Undangan Negeri N34 Panti
Naib Ketua UMNO Bahagian Tenggara
Anak Jati Tenggara
17/12/2025
Semalam saya berkesempatan berada di PDK Bandar Tenggara bagi menyampaikan Bantuan Kasih Johor kepada para pelatih dan petugas PDK, dan dalam masa yang sama turut menyampaikan bantuan kepada sukarelawan KEMAS di DUN Panti.
Golongan inilah yang sentiasa berada di barisan hadapan dalam membimbing, menjaga dan memastikan kebajikan komuniti sentiasa terbela. Bantuan ini mungkin tidak seberapa, namun ia adalah tanda penghargaan dan sokongan Kerajaan Negeri Johor kepada mereka yang banyak menyumbang tenaga dan masa demi masyarakat.
Insya-Allah, inisiatif Bantuan Kasih Johor ini akan terus digerakkan agar setiap golongan diberi perhatian dan tiada siapa yang tercicir. Semoga sedikit sumbangan ini dapat memberi kelegaan dan menyuntik semangat untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.
15/12/2025
Hari ini saya berkesempatan menyampaikan Bantuan Kasih Johor kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas di DUN Panti yang berlangsung di Dewan Serbaguna Taman Kota Jaya. Program ini memberi ruang kepada kita untuk menyantuni golongan yang memerlukan perhatian dan sokongan berterusan, khususnya mereka yang berdepan cabaran dari segi kesihatan, keupayaan fizikal serta kos sara hidup yang semakin meningkat.
Pelaksanaan program ini dapat dijayakan dengan baik melalui kerjasama erat bersama para petugas agensi berkaitan, terutamanya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Kementerian yang bertanggungjawab, yang sentiasa komited memastikan setiap bantuan disalurkan secara teratur dan sampai kepada penerima yang layak.
Semoga bantuan yang disampaikan ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh para penerima serta memberi kelegaan dan sokongan moral kepada mereka. Insya-Allah, usaha kebajikan seperti ini akan terus diperkasakan agar tiada golongan yang tercicir dalam arus pembangunan dan kesejahteraan di DUN Panti.
14/12/2025
Hari ini saya turun menyampaikan Bantuan Kasih Johor (Skop Pendidikan) di dua buah lokasi iaitu sebelah pagi di Dewan Serbaguna Taman Kota Jaya manakala sebelah petang di Dewan Serbaguna Felda Sungai Sibol.
Secara keseluruhan, dianggarkan hampir 4,000 penerima telah menerima manfaat melibatkan bantuan Back to School, bantuan anak yatim, bantuan kepada pekerja am seperti pengawal keselamatan dan pekerja pembersihan, bantuan PIBG serta penyampaian laptop melalui inisiatif Laptop Siswa Johor.
Inisiatif-inisiatif ini digerakkan bagi meringankan beban keluarga, memastikan anak-anak dapat terus bersekolah dengan lebih selesa dan pada masa yang sama memberi sokongan kepada golongan yang sering berada di belakang tabir.
Moga setiap bantuan yang disampaikan hari ini dapat memberi sedikit kelegaan dan menjadi suntikan semangat kepada penerima, khususnya dalam menghadapi kos sara hidup dan keperluan pendidikan yang semakin mencabar.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Telephone
Website
Address
Senai