Cinta Hati Suami

Cinta Hati Suami

Share

Isteri idaman suami... Wanita idaman Suami..keluarga bahagia impian wanita. Namun hakikat tidak seindah mimpi. Pengabaian yang mungkin mengaburi.

23/03/2016

Apa itu Keputihan?
==============
Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari f***j wanita ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain.
Keputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Lazimnya, jika keputihan tiada berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan.
Sama juga jika keputihan bersifat berlendir dan tidak berbeku seperti susu basi atau berubah berbau hanyir, atau terdapat radang dan kegatalan pada f***j menandakan jangkitan.
Keputihan atau lendir f***j berubah akibat perubahan hormon, perubahan mental, jangkitan, ubatan, penyakit dalaman. Wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon.
Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid.
Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya.
Keadaan stres mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan.
Begitu juga dengan penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis, tiroid juga mengakibat ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit.
Penyakit yang paling biasa menyebabkan perubahan lendiran f***j adalah jangkitan seksual seperti Bacterial vaginosis, Candida vaginitis, Trichomonas vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes.
Setiap satu jangkitan mempunyai sifat lendiran dan bauan tertentu. Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan bahawa keputihan itu adalah cuma lendiran f***j biasa dan bukannya disebabkan oleh jangkitan.
Jika anda aktif dalam melakukan hubungan kelamin, maka anda perlu menjalankan ujian pap smear dan pemeriksaan pelvis.
Gunakan alas seluar dalam (panty liner) untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan. Elakkan wangian dan pencuci antiseptik kerana ini akan memudaratkan keadaan.
Ubat-ubatan untuk jangkitan adalah khusus dan ada kalanya perlu diulangi rawatannya. Suami atau pasangan seksual juga dinasihatkan untuk menjalani rawatan.

Jawapan disediakan oleh Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, Selangor, Dr. Fairuz A’shikin Abd. Kadir.

Photos from Cinta Hati Suami's post 22/03/2016

Kelebihan VYoung360...

Selain mengurangkan keputihan, VYoung360 juga membantu mengetatkan Va**na yang telah longgar akibat kekerapan bersalin. Masalah kurang SENSASI dan kurang GHAIRAH dapat diatasi berikutan VYoung360 menggunakan ekstrak manjakani, akar serapat dan kacip fatimah dalam membantu meningkatkan keinginan anda. Kerap kali terkucil dan miss v berbau sememangnya menganggu pasangan anda, namun dengan VYoung360, TIDAK LAGI!!

Whatsapp "VYoung360" ke 010-7609387 untuk mengetahui keistimewaan VYoung360 dengan lebih lanjut.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Senai?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Senai
84000