Playvelope
Malaysia's Premium Special Need Centre
πSenawang | Sendayan | Eco Majestic | Kota Damansara
SOTC Play & Development Sdn. Bhd.
202201008574 (1454271-D)
13/06/2026
Anakku,
Kalau suatu hari nanti ibu sudah tiada, jangan pernah fikir ibu meninggalkanmu kerana tidak sayang.
Percayalah,
Tiada satu hari pun dalam hidup ibu yang tidak memikirkan tentang masa depanmu.
Setiap kali kamu tidur lena, ibu akan memandang wajahmu lebih lama daripada biasa.
Bukan kerana ibu takut hari esok.
Tetapi kerana ibu tertanya-tanya...
"Adakah suatu hari nanti kamu mampu menjaga dirimu sendiri?"
Sebab itulah ibu tidak pernah putus asa.
Walaupun kamu mengambil masa yang lebih lama untuk belajar.
Walaupun ada hari yang membuatkan ibu menangis dalam diam.Walaupun perjalanan kita tidak semudah orang lain.
Ibu tetap akan terus menemanimu selagi ibu masih diberi kesempatan,bukan kerana ibu mahu kamu menjadi anak yang sempurna.Tetapi kerana ibu mahu kamu mampu menjalani kehidupan dengan yakin.
Ibu tak mahu kamu menyusahkan orang lain bila ibu tiada nanti.
Ibu mahu kamu tahu cara berkomunikasi.
Ibu mahu kamu tahu cara mengurus diri.
Ibu mahu kamu tahu bahawa kamu juga berhak hidup dengan bermaruah, dihormati dan disayangi.
Anakku...
Harta paling berharga yang ibu ingin tinggalkan bukanlah wang atau harta benda.
Tetapi ilmu, kemahiran dan keyakinan yang akan menemanimu sepanjang hidup.
Dan jika suatu hari nanti ibu benar-benar sudah tiada...
Ibu berharap kamu terus melangkah.
Jangan takut.
Jangan berhenti mencuba.
Kerana setiap langkah kecil yang kamu ambil hari ini adalah hasil daripada segala doa dan pengorbanan ibu selama ini.
Harapan ibu sebenarnya tidak setinggi gunung.
Bukan untuk melihat kamu menjadi doktor, jurutera atau orang yang hebat di mata dunia.
Tetapi cukup sekadar melihat kamu mampu tersenyum, mampu menjaga diri, mampu hidup dengan baik, dan dikelilingi insan yang menyayangimu dengan ikhlas.
Itulah doa yang ibu panjatkan setiap hari dan itulah surat yang ibu tulis untukmu.
Ibu bapa,apa harapan kalian untuk anak istimewa anda?
Kongsikan di ruang komen.
πππ ππππ
πππ πππππππππππ π
ππ πππππππππππ
πLocations: Senawang | Eco Majestic | Sendayan | Damansaraπ
π Contact us for more info:
ππΌ (Kota Damansara) - wa.me/60182343454
ππΌ (Eco Majestic)- wa.me/60182534342
ππΌ (Senawang) - wa.me/60187834348
ππΌ (Sendayan) - wa.me/60193434776
12/06/2026
Walaupun tidak mampu meluahkannya dengan kata-kata, persoalan ini seperti bermain dalam fikiran seorang anak autisme.
Sejak kebelakangan ini, semakin banyak perkongsian mengenai pasangan yang bercerai selepas menerima diagnosis autisme pada anak. Hakikatnya, membesarkan anak berkeperluan khas bukanlah satu perjalanan yang mudah. Ia menuntut kesabaran, masa, tenaga, emosi dan kewangan yang besar.
Yang sering menjadi cabaran ialah tekanan yang berpanjangan, keletihan sebagai penjaga, kurang komunikasi antara pasangan, serta ketiadaan sistem sokongan yang baik.
Di sebalik setiap konflik rumah tangga, ada seorang anak yang sedang belajar memahami dunia mengikut caranya sendiri. Ramai anak autisme tidak memahami kenapa ibu dan ayah tidak lagi tinggal bersama. Mereka tidak mampu bertanya, tetapi perubahan rutin, kehilangan kehadiran salah seorang ibu bapa boleh memberi kesan kepada emosi, tingkah laku dan rasa selamat mereka.
Sebab itu, ibu bapa perlu saling membantu, bukan saling menyalahkan.Anak istimewa tidak memerlukan ibu bapa yang sempurna. Mereka cuma memerlukan ibu bapa yang memilih untuk terus berjuang bersama dan meletakkan perkembangan anak sebagai keutamaan.
Di Playvelope, kami percaya tiada ibu bapa yang sepatutnya berjuang sendirian.Selain menyediakan program intervensi awal untuk membantu perkembangan anak, kami juga mempunyai Parent Support Group sebagai ruang untuk ibu bapa mendapatkan sokongan emosi dan belajar daripada mereka yang melalui perjalanan yang sama.
Ibu bapa,anda buntu? Jom kami bantu.
πππ ππππ
πππ πππππππππππ π
ππ πππππππππππ
πLocations: Senawang | Eco Majestic | Sendayan | Damansaraπ
π Contact us for more info:
ππΌ (Kota Damansara) - wa.me/60182343454
ππΌ (Eco Majestic)- wa.me/60182534342
ππΌ (Senawang) - wa.me/60187834348
ππΌ (Sendayan) - wa.me/60193434776
12/06/2026
Anak susah nak duduk diam atau cepat sangat bosan? Ke ada tanda-tanda lain? Jom check apa RED FLAG ADHD yang mak ayah wajib tahu!
Ramai ingat Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) ini cuma tentang anak aktif melompat je. Sebenarnya, warning sign ADHD ni lebih daripada itu. ADHD adalah gangguan perkembangan otak yang menjejaskan fokus, kawalan diri, dan tahap tenaga anak-anak.
Cuba tengok ciri-ciri red flag ni, ada tak pada anak kita?:-
1. Bila ajak buat homework fokus seminit je, mata dah melilau ke tempat lain.
2. Anak terlalu hiperaktif bergerak macam ada bateri yang tak pernah habis.
3. Anak s**a menyampuk orang bercakap dan tak boleh sabar menunggu giliran.
Kalau tanda-tanda ni dibiarkan tanpa bantuan yang betul, kesian dekat anak sebab mereka sendiri sebenarnya tengah bergelut nak uruskan diri mereka.
Jawapannya adalah jangan panik, tapi jangan tangguh!
Langkah pertama, buat pemerhatian yang konsisten di rumah. Cuba beri mereka aktiviti berstruktur dengan menggunakan sensory tools.
Paling penting, dapatkan rujukan dan penilaian rasmi dari Clinical Psychologist di Playvelope secepat mungkin. Assessment awal sangat membantu masa depan mereka!
Ada nampak tanda-tanda ini? Cuba komen kat bawah, jom kita bincang.
πππ ππππ
πππ πππππππππππ π
ππ πππππππππππ
πLocations: Senawang | Eco Majestic | Sendayan | Damansaraπ
π Contact us for more info:
ππΌ (Kota Damansara) - wa.me/60182343454
ππΌ (Eco Majestic)- wa.me/60182534342
ππΌ (Senawang) - wa.me/60187834348
ππΌ (Sendayan) - wa.me/60193434776
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
16, 16-1, 17, 17-1 & 18 Jalan Dataran Kemuning
Senawang
70450
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 18:00 |
| Tuesday | 08:00 - 18:00 |
| Wednesday | 08:00 - 18:00 |
| Thursday | 08:00 - 18:00 |
| Friday | 08:00 - 18:00 |
| Saturday | 08:00 - 13:00 |