MSKKM N9

MSKKM N9

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MSKKM N9, Non-Governmental Organization (NGO), Wisma Kastam, Jalan Paroi-Senawang, Karung Berkunci No. 16, Senawang.

Photos from MSKKM N9's post 13/06/2025

| 𝗦𝗨𝗞𝟰𝗦 𝗠𝗦𝗞𝗞𝗠𝗡𝗦 𝗕𝗜𝗟. 𝟰/𝟮𝟬𝟮𝟱 | 𝗝𝗞𝗗𝗠 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗖𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗥𝗔𝗡𝗚𝗞𝗨𝗟 𝗞𝗘𝗝𝗨𝗔𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗟𝗜𝗚𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗔𝗟𝗧𝗜 𝗞𝗔𝗧𝗘𝗚𝗢𝗥𝗜 𝗪𝗔𝗡𝗜𝗧𝗔 𝗦𝗨𝗞𝟰𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟱

𝗟𝗮𝗽𝗼𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗙𝗼𝘁𝗼 𝗼𝗹𝗲𝗵 : 𝗨𝗿𝘂𝘀 𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗠𝗦𝗞𝗞𝗠 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗦𝗲𝗺𝗯𝗶𝗹𝗮𝗻

SEREMBAN, 13 JUN 2025 – Acara Liga Penalti bersempena Sukan 4 Penjuru Agensi Penguatkuasaan Negeri Sembilan (SUK4S) Tahun 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah di Padang Majlis Bandaraya Seremban, Negeri Sembilan.Empat agensi penguatkuasaan Negeri Sembilan iaitu JKDM, KPDN, JPJ dan JIM berentap sengit untuk merebut mahkota kejuaraan bagi kategori lelaki dan wanita berbekalkan semangat juang dan berpasukan yang tinggi.

Tidak ketinggalan, Pengarah Kastam Negeri, JKDM Negeri Sembilan, YBrs. Tuan Muhammad Ilyas Queek bin Abdullah turut hadir bagi memberikan sokongan moral kepada atlet-atlet yang mewakili JKDM Negeri Sembilan. Ternyata kehadiran beliau berjaya membakar obor semangat dalam kalangan atlet yang bertanding sehingga membuahkan kejayaan yang diimpikan.

Keputusan penuh perlawanan Liga Penalti adalah seperti berikut:-

Keputusan Perlawanan Bagi Kategori Wanita:
JKDM NEGERI SEMBILAN - Johan
KPDN NEGERI SEMBILAN - Naib Johan
JIM NEGERI SEMBILAN - Tempat Ketiga
JPJ NEGERI SEMBILAN - Tempat Keempat

Keputusan Perlawanan Bagi Kategori Lelaki:
JPJ NEGERI SEMBILAN - Johan
JKDM NEGERI SEMBILAN - Naib Johan
KPDN NEGERI SEMBILAN - Tempat Ketiga
JIM NEGERI SEMBILAN - Tempat Keempat

Acara ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan atlet-atlet daripada agensi-agensi yang terlibat dan memupuk semangat juang dalam mempertahankan maruah jabatan masing-masing.

YBrs. Pengarah Kastam Negeri mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pemenang dan berharap agar prestasi ini dapat diteruskan dalam acara-acara lain yang bakal dipertandingkan kelak.

Majulah Sukan Untuk Kastam

Photos from MSKKM N9's post 27/05/2025

| 𝗦𝗨𝗞𝟰𝗦 𝗠𝗦𝗞𝗞𝗠𝗡𝗦 𝗕𝗜𝗟. 𝟮/𝟮𝟬𝟮𝟱 | 𝗦𝗲𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗝𝗲𝗿𝘀𝗶 𝗦𝘂𝗸𝗮𝗻 𝟰 𝗣𝗲𝗻𝗷𝘂𝗿𝘂 𝗔𝗴𝗲𝗻𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗮𝘁𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗦𝗲𝗺𝗯𝗶𝗹𝗮𝗻 (𝗦𝗨𝗞𝟰𝗦)

𝗟𝗮𝗽𝗼𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗙𝗼𝘁𝗼 𝗼𝗹𝗲𝗵 : 𝗨𝗿𝘂𝘀 𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗠𝗦𝗞𝗞𝗠 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗦𝗲𝗺𝗯𝗶𝗹𝗮𝗻

Tarikh : 27 Mei 2025
Tempat : Bilik Mesyuarat Biduanda, Wisma Kastam Senawang

Sesi Penyerahan Jersi Pasukan JKDM NS sempena Sukan Agensi Penguatkuasaan Negeri Sembilan (SUK4S) Tahun 2025. Penyerahan T-Shirt SUK4S telah dilaksanakan sebentar tadi oleh Pengarah Kastam Negeri, Negeri Sembilan, YBrs.Tuan Muhammad Ilyas Queek bin Abdullah merangkap Pengerusi MSKKM Negeri Sembilan. Majlis turut dihadiri oleh Naib Pengerusi I Tn Safizal bin Azmi, Ahli-Ahli Jawatankuasa MSKKM Negeri Sembilan, Pengurus-Pengurus pasukan dan wakil.

Terima kasih kepada tuan/puan yang telah turut serta dalam sesi penyerahan jersi sebentar tadi.

Majulah Sukan Untuk Kastam

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Senawang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Wisma Kastam, Jalan Paroi-Senawang, Karung Berkunci No. 16
Senawang
70450