PASTI Negeri Sembilan - Rasmi

PASTI Negeri Sembilan - Rasmi

Share

Visi PASTI - Melahirkan Insan Soleh di Malaysia melalui pendidikan pra sekolah sebagai elemen terpenting.

Photos from PASTI Negeri Sembilan - Rasmi's post 03/07/2026

⚽🏀 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐋𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊 & 𝐁𝐎𝐋𝐀 𝐉𝐀𝐑𝐈𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐒𝐓𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

📅 4 Julai 2026 (Sabtu)
🕗 8.00 pagi – 3.00 petang
📍 Ultimate Sporthaus Nilai, Bandar Baru Nilai

Sebanyak 10 kontinjen PASTI dari seluruh kawasan di Negeri Sembilan bakal berentap dalam semangat kesukanan, ukhuwah dan persaingan yang sihat bagi merebut gelaran Juara PASTI Negeri Sembilan 2026. 💪🏻🏆

Jom hadir beramai-ramai memberi sokongan dan semangat kepada anak-anak PASTI yang akan beraksi dengan penuh yakin dan bersemangat.

Kehadiran ibu bapa, waris serta seluruh warga PASTI amatlah dialu-alukan bagi memeriahkan lagi kejohanan ini.

𝐉𝐎𝐌 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐑 & 𝐁𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐎𝐊𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍! ❤️💚

02/07/2026

⚽🏐 ⏳ COUNTDOWN TINGGAL 2 HARI LAGI! ⏳🏐⚽

Debaran semakin terasa! Hanya 2 hari sahaja lagi sebelum berlangsungnya Kejohanan Bola Sepak & Bola Jaring PASTI Peringkat Negeri Sembilan 2026.

Ayuh kita bersama-sama memberi sokongan dan semangat kepada semua kontinjen yang bakal beraksi. Semoga setiap peserta diberikan kesihatan, kekuatan dan semangat kesukanan yang tinggi untuk mempamerkan aksi terbaik.

🏆 Bertanding dengan penuh semangat.
🤝 Bersaing dengan penuh ukhuwah.
🌟 Mencipta kenangan dan kejayaan bersama.

Selamat maju jaya kepada seluruh kontinjen PASTI Negeri Sembilan. Semoga kejohanan kali ini berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan.

16/06/2026

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H

Want your university to be the top-listed University in Senawang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


112-1, Jalan Lavender Heights 1, Pusat Perniagaan Lavender Heights
Senawang
70450