HZH Defect Inspection

HZH Defect Inspection

Share

Jangan menyesal dan rugi dikemudian hari

Photos from HZH Defect Inspection's post 10/02/2026

Alhamdulillah....Tq for your trust with us ๐Ÿ˜Š
Projek : Jalan Anugerah 7, Desa Anugerah, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan
๐Ÿ”ธ No idea on how to inspect defects for your new home?
๐Ÿ”ถ Not competent to identify defects?
๐Ÿ”ถ Hassle and no time to inspect by your own?
*STAY CALM* โœ‹
๐Ÿ”Š๐Ÿ”ŠLet us be your assistant and inspect your new home. ๐Ÿ’ก Ask us for quotation & ๐Ÿ“† Set an appointment with us.
Klik pautan di bawah untuk dapatkan bantuan perkhidmatan inspection rumah baru anda!
https://wa.link/twy3dz
https://wa.link/twy3dz
https://wa.link/twy3dz
https://wa.link/twy3dz
https://wa.link/twy3dz
SELANGOR, LEMBAH KLANG dan NEGERI SEMBILAN

27/12/2025

โ€œAir bilik mandi mula penuh dan bertakung, mengalir sangat perlahan, tiba-tiba tersumbatโ€ฆ
rumah masih baru, takkan tersumbat pulak?โ€
Sebagai defect inspector, ini antara punca yang paling kerap saya jumpa, sisa atau baki simen yang tidak dibersihkan di dalam floor trap.
Nampak kecil. Ramai tak perasan.
Tapi kesannya boleh jadi besar.
Apabila simen dibiarkan:
Ia mengeras dan mengecilkan ruang aliran air
Mudah memerangkap rambut, pasir dan kotoran
Lama-kelamaan, floor trap tersumbat tanpa amaran
Lebih membimbangkan, ruang sempit yang dipenuhi sisa simen ini:
Menjadi tempat pembiakan lipan dan serangga berbisa
Sangat digemari lipas kerana lembap, gelap dan jarang diperiksa
Akhirnya, pemilik rumah yang menanggung akibat:
Bau busuk
Air bertakung dan tersumbat
Kos pembaikan ini sepatutnya ditanggung sepenuhnya oleh pemaju
Ini bukan isu kebersihan semata-mata. Ini isu keselamatan, kesihatan dan kualiti pembinaan.
Rumah baru sepatutnya bebas daripada masalah asas seperti ini.
Sebab itu pemeriksaan defect yang teliti, termasuk perkara yang โ€œtak nampakโ€ seperti floor trap, sangat penting sebelum anda masuk dan tinggal dengan risiko yang akan ditanggung bertahun-tahun.
Jangan tunggu sampai air tersubat dan tak boleh keluar.
Periksa sebelum ia jadi masalah.
Kongsi video ini jika bermanfaat, mungkin ia dapat elakkan perkara yang tak diingini berlaku kepada keluarga orang lain.
No idea on how to inspect defects for your new home?
Not competent to identify defects?
Hassle and no time to inspect by your own?
*STAY CALM*
Let us be your assistant and inspect your new home. Ask us for quotation & Set an appointment with us.
Klik pautan di bawah untuk dapatkan bantuan perkhidmatan inspection rumah baru anda!
https://wa.link/twy3dz
https://wa.link/twy3dz
https://wa.link/twy3dz
https://wa.link/twy3dz
https://wa.link/twy3dz
SELANGOR, LEMBAH KLANG dan NEGERI SEMBILAN

24/12/2025

โ€œWarga emas ditemui meninggal dunia dalam bilik air.โ€
Harian Metro - Disiarkan pada: November 16, 2025 @ 4:41pm
Analisis Teknikal Defect: Masalah Slope Lantai
Berdasarkan situasi dalam video tersebut, berikut adalah fakta penting mengenai defect ini yang sebenarnya boleh mengundang bahaya ahli keluarga serta boleh mengancam nyawa:
Punca Utama:
Air bertakung atau water ponding selalunya berpunca daripada kecerunan lantai (floor gradient) yang tidak tepat. Lantai sepatutnya dibina dengan cerun yang menghala terus ke arah floor trap untuk memastikan saliran air yang lancar.
Risiko Keselamatan:
Takungan air yang dibiarkan akan memudahkan pertumbuhan lumut (algae) dan bakteria, yang menjadikan permukaan lantai sangat licin.
Bahaya Tergelincir:
Insiden jatuh di bilik air akibat lantai licin adalah serius dan boleh membawa maut atau kecederaan kekal seperti lumpuh, terutamanya bagi kanak-kanak dan warga emas.
Kerosakan Struktur:
Jika tidak dibetulkan melalui tuntutan Defect Liability Period (DLP), air yang bertakung boleh meresap ke dalam celah jubin dan merosakkan lapisan kalis air (waterproofing), seterusnya menyebabkan kebocoran ke tingkat bawah atau bilik sebelah.
Saranan Tindakan Jika Ada Berlaku Air Bertakung
1. Ujian Guli:
Anda boleh buat ujian biji guli, jika guli tidak bergolek ke arah lubang air (floor trap), itu adalah bukti sah masalah slope.
2. Tuntut Hak DLP:
Jangan melakukan apa-apa kerja renovasi selagi isu slope ini belum dibaiki oleh pemaju, kerana kerja-kerja penambalan struktur boleh membatalkan waranti rumah baru.
Kongsi video ini jika bermanfaat, mungkin ia dapat elakkan perkara yang tak diingini berlaku kepada keluarga orang lain.
No idea on how to inspect defects for your new home?
Not competent to identify defects?
Hassle and no time to inspect by your own?
*STAY CALM*
Let us be your assistant and inspect your new home. Ask us for quotation & Set an appointment with us.
Klik pautan di bawah untuk dapatkan bantuan perkhidmatan inspection rumah baru anda!
https://wa.link/twy3dz
https://wa.link/twy3dz
https://wa.link/twy3dz
https://wa.link/twy3dz
https://wa.link/twy3dz
SELANGOR, LEMBAH KLANG dan NEGERI SEMBILAN

10/12/2025

Berikut adalah senarai nama asal beberapa lokasi terkenal di Malaysia
Shah Alam
Nama Asal: Ladang Sungai Renggam
Kajang
Nama Asal: Rekoh (sekarang Reko)
Dato Keramat, KL
Nama Asal: Tangga Cina (Keramat Cina di atas bukit, sekarang Setiawangsa)
Subang Jaya
Nama Asal: Ladang Seafield
Petaling Jaya
Nama Asal: Ladang Effingham
Cyberjaya
Nama Asal: Kampung Air Terentang
Putrajaya
Nama Asal: Ladang Prang Besar
Damansara
Nama Asal: Damar Sara
Kota Warisan
Nama Asal: Estet Ampar Tenang
Taman Kosas
Nama Asal: High Chapparal (sempena siri koboi TV 70-an)
Bandar Baru
Bangi Nama Asal: Estet West Country
Wangsa Maju
Nama Asal: Ladang Howthornden (lokasi filem Anak Bapak)
Setiawangsa
Nama Asal: Bukit Tangga Cina
Bangsar
Nama Asal: Bunge-Grisar (nama planters, atau BungSar Estate)
Selangor
Asal Nama: Burung Selangau
Stadium Merdeka, KL
Lokasi Asal: Bukit Petaling
Bandar Tun Razak
Nama Asal: Kampung Congo
Bandar Sunway
Nama Asal: Sungei Way
Taman Dato Harun
Nama Asal: Tapak Maha
Bukit Nanas (Lokasi St John's & CBN)
Nama Asal: Weld Hill
Tapak KL Tower
Nama Asal: Bucket Weld Forest Reserve
Tapak KLCC
Nama Asal: Kelab Lumba Kuda Selangor"
Terima kasih Selangor Gazette
๐Ÿ”ธ No idea on how to inspect defects for your new home?
๐Ÿ”ถ Not competent to identify defects?
๐Ÿ”ถ Hassle and no time to inspect by your own?
*STAY CALM* โœ‹
๐Ÿ”Š๐Ÿ”ŠLet us be your assistant and inspect your new home. ๐Ÿ’ก Ask us for quotation & ๐Ÿ“† Set an appointment with us.
Klik pautan di bawah untuk dapatkan bantuan perkhidmatan inspection rumah baru anda!
https://wa.link/twy3dz
https://wa.link/twy3dz
https://wa.link/twy3dz
https://wa.link/twy3dz
https://wa.link/twy3dz
SELANGOR, LEMBAH KLANG dan NEGERI SEMBILAN

06/12/2025

Ramai yang rasa beli rumah ni rumit dan memeningkan, tak tahu nak mula dari mana. Sebenarnya, jika kita faham setiap langkah, proses beli rumah jadi lebih mudah!

Untuk bantu anda tidak lagi keliru, berikut adalah panduan lengkap beli rumah di Malaysia. Dengan panduan ni, proses beli rumah jadi mudah dan lancar. Simpan artikel ini untuk bantu anda buat tindakan dengan lebih yakin.

Panduan Lengkap Proses Pembelian Rumah di Malaysia :

1. Tentukan Bajet & Kemampuan Pinjaman

Fahami kewangan anda dan tentukan jumlah ansuran bulanan yang mampu dibayar. Anda boleh guna kalkulator pinjaman atau rujuk pihak bank untuk mengetahui anggaran kelayakan pinjaman.

2. Pilih Rumah yang Sesuai

Tentukan jenis rumah berdasarkan keperluan dan gaya hidup, sama ada rumah landed atau condo. Lokasi juga penting, sana ada nak dekat tempat kerja atau kawasan yang ada akses pengangkutan.

3. Semak Harga Pasaran

Buat kajian harga di kawasan yang anda minat, supaya tidak terbeli rumah yang harganya terlalu tinggi. Anda boleh guna laman web hartanah atau tanya ejen hartanah untuk tahu harga semasa.

4. Hubungi Ejen Hartanah / Pemaju

Dah jumpa rumah yang berkenan? Hubungi ejen atau pemaju untuk uruskan lawatan rumah. Pada tahap ni, anda boleh tanya segala maklumat berkaitan rumah tersebut. Kalau betul-betul s**a, boleh terus tandatangan Borang Tempahan (Booking Form)

5. Mohon Pinjaman Perumahan (Loan Application)

Setelah jumpa rumah idaman, gunakan booking form untuk memohon pinjaman daripada beberapa bank. Bandingkan kadar faedah dan pilih pelan pinjaman yang terbaik untuk anda. Selepas itu, tandatangan LO (Letter of Offer).

6. Tandatangan Perjanjian Jual Beli (SPA)

Apabila pinjaman diluluskan, langkah seterusnya adalah tandatangan Sales and Purchase Agreement (SPA) bersama ejen anda. Periksa terma perjanjian dengan teliti, sebaiknya rujuk peguam untuk penjelasan.

7. Bayar Duti Setem, Yuran Guaman, MOT & Loan Legal

Selepas tandatangan, anda perlu bayar duti setem (Stamp Duty), yuran guaman (Legal Fees), yuran tukar hak milik (MOT), dan Loan Legal. Ini semua adalah kos wajib pembelian rumah, jadi pastikan anda bajetkan siap-siap. (Untuk rumah baru, sesetengah pemaju mungkin tanggung kos ni).

8. Tandatangan VP (serah rumah) dan Terima Kunci

Selepas rumah dah dapat CCC, pemaju akan panggil semua pemilik kediaman untuk tandatangan VP (Vacant Possession) dan serah kunci. Ada juga pemaju yang minta pemilik kediaman untuk tandatangan VP lebih awal walaupun rumah masih belum siap sepenuhnya (belum pasang DB, semua suis dan kepala paip). Penting untuk tahu, tarikh DLP bermula daripada anda tandatangan VP.

9. Periksa Kualiti Rumah DLP

Bila rumah siap, buat pemeriksaan untuk pastikan tiada kecacatan. Jika ada masalah, anda boleh minta pemaju betulkan dalam tempoh 2 tahun secara PERCUMA (DLP - Defect Liability Period).

10. Pindah ke Rumah Baru!

Selepas semua proses selesai, tahniah, anda kini pemilik rumah baru! ๐ŸŽ‰

Panduan ini wajib ada untuk semua pembeli rumah di Malaysia, dari mula pilih rumah sehingga serah kunci, jelas dan praktikal. ๐Ÿ’ก Dengan rujukan ni, beli rumah dah tak perlu pening! Sama ada untuk pelaburan atau duduk sendiri, senarai ni akan membantu anda bersedia dengan baik.
๐Ÿ”ธ No idea on how to inspect defects for your new home?
๐Ÿ”ถ Not competent to identify defects?
๐Ÿ”ถ Hassle and no time to inspect by your own?
*STAY CALM* โœ‹
๐Ÿ”Š๐Ÿ”ŠLet us be your assistant and inspect your new home. ๐Ÿ’ก Ask us for quotation & ๐Ÿ“† Set an appointment with us.
Klik pautan di bawah untuk dapatkan bantuan perkhidmatan inspection rumah baru anda!
https://wa.link/twy3dz
https://wa.link/twy3dz
https://wa.link/twy3dz
https://wa.link/twy3dz
https://wa.link/twy3dz
SELANGOR, LEMBAH KLANG dan NEGERI SEMBILAN

Want your business to be the top-listed Realtor/realty Service in Sepang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Sepang
43900