Polis IPD Sepang
IPD Sepang lebih efektif Dan sentiasa fokus dgn situasi sekitarnya.
11/06/2026
[KERATAN AKHBAR PILIHAN] OP TARING WAWASAN: PGA RAMPAS 600 KAYU GETAH TANPA PERMIT
Pasir Mas, 11 Jun 2026 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 600 batang kayu getah selain tiga lori bernilai lebih RM450,000 selepas gagal mengemukakan sebarang permit sah pemindahan kayu berkenaan.
Dalam operasi menerusi Op Taring Wawasan oleh Batalion 8 PGA itu, tiga pemandu lori berusia 38 hingga 65 tahun diberkas di Kampung Tok Pelanduk, di sini.
Komander Briged Tenggara PGA, SAC Ahmad Radzi Hussain berkata, anggota PGA yang melakukan rondaan mengesan kesemua lori dalam keadaan mencurigakan sebelum menahan dan memeriksa kenderaan itu.
"Hasil pemeriksaan mendapati ketiga-tiga lori membawa muatan kayu getah dan pemandunya gagal mengemukakan permit pemindahan hasil hutan yang sah daripada Jabatan Perhutanan," katanya.
SAC Ahmad Radzi berkata, pihaknya merampas kesemua lori dan kayu getah itu manakala kes disiasat mengikut Seksyen 84 Akta Perhutanan Negara 1984.
Beliau juga berkata, suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan untuk tindakan lanjut.
Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
11/06/2026
[KERATAN AKHBAR PILIHAN] OBK: BAHAGIAN HIDUPAN LIAR BERNILAI RM160 RIBU DIRAMPAS
Kuala Krai, 11 Jun 2026 - Tergamak bunuh beruang semata-mata mahu mendapatkan hempedu dan kaki haiwan liar itu demi mengaut keuntungan lumayan di pasaran gelap.
Tindakan kejam itu terbongkar hasil serbuan Op Bersepadu Khazanah dan Op Tapis dilakukan pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia bersama 15 anggota Polis Diraja Malaysia di sebuah rumah terletak di Ladang Durian Sungai Chenulang di sini.
Ketua Pengarah PERHILITAN Semenanjung Malaysia, Dato' Abdul Kadir Abu Hashim berkata, operasi bagi melindungi khazanah negara itu berjaya merampas pelbagai bahagian hidupan liar dianggarkan RM160,000.
Menurutnya, semasa pemeriksaan dilakukan di rumah itu, pihaknya menemui pelbagai sisa bangkai hidupan liar yang sudah dilapah.
"Kami menyita satu tong besar berisi daging hidupan liar yang sudah dilapah serta sebilah lembing yang dipercayai digunakan sebagai senjata untuk memburu.
"Kami turut merampas tujuh unit kuku haiwan, dua belas unit taring, sebelas unit bahagian badan, dan tujuh unit tulang hidupan liar," katanya.
Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Telephone
Website
Address
Bandar Baru Salak Tinggi
Sepang