Pro Agro

Pro Agro

Share

Professional Orchard, Farm and Landscape Maintenance Services

25/05/2026

Healthy orchard starts with the right program.
Protection, nutrition and performance โ€” all in one system. ๐ŸŒฑ๐Ÿ’ช

From disease control to plant recovery, every input matters when protecting your durian investment.

Photos from Pro Agro's post 22/05/2026

๐Ÿ”ฅRacun Serangga ๐—–๐—ข๐—ฅ๐—˜๐—š๐—œ๐—ฆ

โœ… Kandungan bahan aktif Chlorantraniliprole
โœ… Sangat efektif mengawal ulat pengorek batang/ buah durian, ulat gulung daun, ulat ratus
โœ… Ulat berhenti makan selepas terkena semburan
โœ… Berkesan untuk tempoh yang lama

Photos from Pro Agro's post 21/05/2026

โ€ผ๏ธ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—ฃ: Melemah dan Menghambat Perkembangan Pokok

Teritip (pectenococcus) merupakan perosak yang melekat kuat pada daun, ranting dan buah durian. Pengalaman kami melakukan tinjauan di beberapa kebun dan ladang penanaman durian, serangan teritip antara yang biasa dijumpai.

Namun pekebun sering terlepas pandang kerana saiznya yang agak kecil. Simptom awal serangan teritip dapat dilihat dengan melihat kesan tompokan kecil berwarna kuning pada permukaan daun, jika diterbalikkan akan kelihatan tempelan sisik-sisik kecil yang berwarna pucat keperangan.

Kawalan dan pencegahan awal perlu dilakukan kerana infestasi tertitip yang tidak terkawal akan melemahkan pokok secara perlahan. Akibatnya, pokok akan mudah menerima serangan daripada perosak lain serta proses semulajadi pokok terjejas, hinggakan dalam sesetengan kes yang teruk, pokok boleh terbantut.

โ€ผ๏ธ๐—•๐—”๐—š๐—”๐—œ๐— ๐—”๐—ก๐—” ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—ฃ ๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—˜๐—๐—”๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ข๐—ž๐—ข๐—ž?

Teritip memberi tekanan biologi pada pokok durian melalui beberapa mekanisme utama seperti :

1. ๐—ž๐—ฒ๐—ต๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—–๐—ฒ๐—ฐ๐—ฎ๐—ถ๐—ฟ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—ง๐˜‚๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—ป - Pokok kekurangan sumber tenaga dan bahan binaan untuk pertumbuhan

2. ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐˜€๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐˜€๐—ฒ๐˜€ ๐—™๐—ผ๐˜๐—ผ๐˜€๐—ถ๐—ป๐˜๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐˜€ - Kehadiran teritip dan jangkitan kulat sekunder seperti "sooty mold" mengurangkan keupayaan daun untuk menjalankan fotosintesis dan menjejaskan penghasilan tenaga

3. ๐—š๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐˜‚๐˜๐—ฟ๐—ถ๐—ฒ๐—ป - Tisu tumbuhan menjadi lemah dan akhirnya mati

4. ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐—ถ๐˜€๐—ถ๐—ธ๐—ผ ๐—๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐˜‚๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ - Kesemua faktor ini menyebabkan pokok mengalami tekanan fisiologi yang boleh mengurangkan daya tahan terhadap stres lain seperti kemarau, suhu tinggi dan serangan perosak lain.

๐Ÿ›ก ๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—›๐—”๐—ก

Jika ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—”๐—ช๐—”๐—Ÿ dapat dikesan, boleh menggunakan racun berasaskan white oil (seperti ALBAROL) atau racun buprofezin (seperti AZATIN 46.3SC) yang dapat mengawal teritip seawal peringkat muda yang juga dipanggil perayap (crawler).

Sekirannya ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก, boleh lakukan rotasi dengan gabungan racun neonicotinoid dan pyrethroid (seperti SOLOMON, ALIKA ZC, COLAM ZC), ataupun gabungan racun neonicotinoid dan tetramic (seperti MOVENTO E) yang efektif dikedua-dua peringkat muda dan dewasa.

Sepanjang pemerhatian kami merawat pokok yang diserang tertitip, daun yang telah diserang tidak akan sembuh seperti sedia kala (irreversible damage).

Oleh itu, kami akan kawal serangan teritip dan fokus pada ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ต๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐˜‚๐—ฐ๐˜‚๐—ธ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜.

Penggunaan foliar seperti Amino Acid (seperti AMBITION, CHAMBI, SUMO LIQUID, AMINO FULVAT, KMB AMINO-18) dapat membantu mengurangkan stres pada pokok dan membantu penghasilan pucuk baru.

Penggunaan seaweed extract (YN SEAWEED AMINO, KMB SEAWEED EXTRACT) juga membantu dengan membekalkan hormon-hormon penting tumbuhan (auksin, sitokinin, gibberelin) yang terlibat dalam penghasilan pucuk baru.

Teritip mungkin kecil saiznya, tetapi kesannya besar jika tidak dikawal. Pemantauan rapi dan rutin kawalan berjadual perlu ada bagi memastikan pokok anda tidak teruk terjejas sekiranya serangan berlaku.

๐Ÿ“PRO AGRO TRADING
15-G, Jasper Square, Bandar Sunsuria, Sepang, Selangor

Photos from Pro Agro's post 20/05/2026

๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ง ๐—ž๐—ข๐—ฌ๐—” : ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ผ๐˜€๐—ฎ๐—ธ ๐——๐˜‚๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ž๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜ ๐—๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ด๐—ฎ

Ulat koya (Pseudococcidae) merupakan serangga perosak yang biasa menyerang pokok durianโ€ผ๏ธ

Serangga kecil berbadan lembut yang dilapisi filamen lilin putih ini akan menghisap cairan sap daripada daun (biasanya daun muda), batang lembut dan buah, menyebabkan kerosakan yang boleh mengurangkan hasil serta kualiti buah.

Ulat koya juga akan merembeskan cecair bergula melekit (honeydew) yang akan menggalakkan pertumbuhan kulat jelaga (sooty mold). Ada juga situasi di mana cairan bergula ini menarik semut yang kemudiannya bersimbiosis dengan ulat koya dan menjadi pelindung pada ancaman pemangsa seperti ladybug.

Secara umumnya, ulat koya boleh menyerang pokok anda dari fasa vegetatif (pucuk baru) hingga ke fasa reproduktif (bunga dan buah).

Oleh itu, tindakan kawalan berkala perlu dilakukan sebelum pokok teruk diserang.

1๏ธโƒฃ๐—”๐—ฃ๐—” ๐— ๐—”๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ง ๐—ž๐—ข๐—ฌ๐—”?

Sekali pandang, ulat koya hanya sekadar โ€˜tompokanโ€™ kecil berwarna putih berdebu seperti kapas pada daun atau buah.

Nampak seperti tidak berbahaya, hanya โ€˜kecacatanโ€™ rupa yang menurunkan nilai kosmetik dan harga buah. Namun, masalah mula timbul apabila kita mengabaikan serangan dan infestasi ulat koya menjadi sangat banyak pada waktu yang singkat.

Ulat koya antara serangga perosak yang mudah membiak dan mempunyai kitaran hidup yang agak cepat. Dalam masa 2-3 minggu sahaja, serangan akan menjadi kritikal dan jika langkah kuratif tidak diambil, perkembangan pokok boleh terbantut.

Semasa ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ฉ๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ณ, ulat koya akan menyerang daun, pucuk dan dahan muda. Ulat koya akan menyedut keluar nutrien penting seperti asid amino, sukrosa dan mikronutrien yang akan menyebabkan beberapa kesan negatif seperti:

โ—๏ธPอŸeอŸrอŸtอŸuอŸmอŸbอŸuอŸhอŸaอŸnอŸ KULAT JELAGA yang menutup PERMUKAAN DAUN, menghalang cahaya matahari menyebakan proses fotosintesis terganggu;
โ—๏ธPอŸeอŸrอŸkอŸeอŸmอŸbอŸaอŸnอŸgอŸaอŸnอŸ KANOPI POKOK TERJEAS dengan agak ketara; dan dan
โ—๏ธMอŸeอŸnอŸgอŸuอŸrอŸaอŸnอŸgอŸkอŸaอŸnอŸ DAYA TAHAN pokok.

2๏ธโƒฃ๐—™๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ž๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—ž๐—”๐—Ÿ

Secara relatifnya, ulat koya dilihat lebih aktif menyerang pada fasa pembungaan dan putik buah (perkembangan awal buah). Pada ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ฅ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฟ๐—ผ๐—ฑ๐˜‚๐—ธ๐˜๐—ถ๐—ณ, ulat koya akan menyerang kuncup bunga, tangkai buah, dan buah muda menyebabkan:

โ—๏ธPอŸeอŸrอŸtอŸuอŸmอŸbอŸuอŸhอŸaอŸnอŸ KULAT JELAGA pada KULIT BUAH yang memburukkan penampilan buah;
โ—๏ธ MอŸeอŸnอŸjอŸeอŸjอŸaอŸsอŸkอŸaอŸnอŸ proses penghasilan KUDUP BUNGA dan BUNGA yang dihasilkan mudah GUGUR pramatang;
โ—๏ธPอŸeอŸnอŸgอŸuอŸrอŸaอŸnอŸgอŸaอŸnอŸ pembentukan BUAH dan buah GUGUR pramatang, dan
โ—๏ธKอŸuอŸaอŸlอŸiอŸtอŸiอŸ buah yang RENDAH dan kurang NILAInya di pasaran.

3๏ธโƒฃ๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—–๐—˜๐—š๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ๐—”๐—ก

Jika serangan teruk dan di luar waktu berbuah, lakukan kawalan mekanikal seperti pemangkasan dahan (pruning) supaya lebih banyak cahaya matahari yang tembus ke batang serta dahan, seterusnya mengurangkan tempat persembunyian ulat koya. Di samping dapat membaiki pengudaraan (mengurangkan kelembapan) yang mana membantu dalam pengawalan pertumbuhan kulat jelaga.

Jika serangan masih pada peringkat awal, gunakan racun serangga berasaskan ๐˜ž๐˜ฉ๐˜ช๐˜ต๐˜ฆ ๐˜–๐˜ช๐˜ญ (seperti Albarol), ataupun racun ๐˜‰๐˜ถ๐˜ฑ๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ง๐˜ฆ๐˜ป๐˜ช๐˜ฏ (seperti Azatin 46.3SC) bagi mengawal dan menghapuskan ulat koya dari peringkat muda (nimfa).

Jika serangan berterusan atau mula banyak (kritikal), gunakan racun ๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ค๐˜ฐ๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฐ๐˜ช๐˜ฅ (seperti Fusilier 18.3SL, Clipper 20SL) atau ๐˜ฑ๐˜บ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ช๐˜ฅ (seperti Cyper H2O, Alanda 2.8EC, bm Deltamethrin, Decis 250), ataupun gabungan kedua racun ini (seperti Solomon, Alika ZC, Colam ZC).

Bagi anda yang ingin lakukan rotasi (mengelakkan ulat koya menjadi imun), boleh gunakan racun ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ต๐˜ณ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ช๐˜ค ๐˜ข๐˜ค๐˜ช๐˜ฅ seperti (Linovi, Movento, Oberon KD) ataupun racun ๐˜ข๐˜ท๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ค๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ (seperti Habamec, Abenz).

Want your business to be the top-listed Food & Beverage Service in Sepang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


No 15-G, Jasper Square, Jalan Sunsuria 1B/2, Bandar Sunsuria
Sepang
43900