STLC

STLC

Share

Laman rasmi KELAB SEPAK TAKRAW LANJUT
Kelab dibawah kepimpinan Hafizie Manap bekas Pemain Kebangsaan

Photos from STLC's post 07/12/2025

Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Jemputan telah dianjurkan pada hari ini. Pemain-pemain diundi mengikut posisi masing-masing. Pemain jemputan dari luar juga terlibat dalam penganjuran ini, terima kasih pada penganjur Coach Nawie yang terlibat sepenuhnya dalam kejohanan kali ini.

Presiden Sepak Takraw Lanjut Club (STLC) Mohd Hafizie Manap sempat menyantuni pemain-pemain dan memberikan sedikit ucapan dan perkongsian semua yang hadir.

Tahniah pada semua yang terlibat dalam penganjuran kali ini.

Photos from STLC's post 02/10/2025

2hb Oktober (Khamis) - Presiden Sepak Takraw Lanjut Club (STLC) bersama Bendahari En Najib Khamis diiringi Ketua Pasukan Hafiz Bohari telah menghantar satu kertas kerja baikpulih gelanggang sedia ada di Balairaya Kg Baru Lanjut.

Kertas kerja ini diangkat untuk menggunakan sumber peruntukan yang ada untuk menaiktaraf gelanggang yang telah rosak.

Alhamdulillah kertas kerja ini diluluskan serta merta ddan proses baikpulih ini akan dilaksanakan pada bulan Oktober ini.

Photos from STLC's post 21/09/2025

20 September (Sabtu) - Sepak Takraw Lanjut Club (STLC) telah menyertai kejohanan Sepak Takraw Daerah Sepang anjuran Kelab Sepak Takraw Salak (Kess) bertempat di Arena Bandar Baru Salak Tinggi.

Kejohanan yang disertai sebanyak 72 regu bakat baru STLC menghantar 2 regu untuk memberi saingan kepada pasukan lain.

Namun regu A STLC tewas dalam pusingan peringkat kumpulan manakala STLC B telah terkandas di pusingan ke 3, apapun tahniah kepada semua pemain yang telah mewakili regu STLC pada kejohanan kali ini.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Sepang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Sepang