SMK Cyberjaya
SMK Cyberjaya
"Sentiasa Menuju Ke Arah Cemerlang"
"Always Striving Towards Excellence" Its neighbours are the SK Cyberjaya school and the Multimedia University.
12/06/2026
Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI
Tahniah dan Selamat Maju Jaya kepada
1. Cikgu Rosmaini binti Abdul Rashid
2. Cikgu Siti Fariha binti Risman
3. Cikgu Nurul Faizah binti Fakrul Zaman
4. Cikgu Siti Norhazwani binti Mohd. Ghazali
yang telah diluluskan penempatan ke sekolah baharu & cuti tanpa gaji mengikut pasangan.
Terima kasih atas perkhidmatan di SMK Cyberjaya dan semoga sentiasa cemerlang di sekolah baharu.
Salam Sayang ❤️
*Pengetua, barisan pentadbir dan warga SMK Cyberjaya*
06/06/2026
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.
📚 PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2026 & UTQH SPM 2026
Dipanjangkan surat pemakluman dan jadual Peperiksaan Percubaan SPM 2026 dan UTQH SPM 2026 untuk perhatian dan tindakan semua ibu bapa/penjaga serta murid-murid Tingkatan 5 SMK Cyberjaya.
Pihak sekolah amat berharap agar ibu bapa/penjaga dapat memberikan kerjasama dengan memastikan anak-anak hadir ke sekolah mengikut jadual yang ditetapkan sepanjang tempoh peperiksaan. Sokongan dan pemantauan berterusan daripada pihak ibu bapa amat penting bagi membantu anak-anak membuat persediaan yang terbaik.
Murid-murid Tingkatan 5 p**a diingatkan agar sentiasa bersedia dari segi fizikal, mental dan emosi, mengurus masa dengan baik serta memperbanyakkan ulang kaji bagi menghadapi peperiksaan ini dengan penuh keyakinan dan kesungguhan.
Semoga peperiksaan percubaan ini menjadi medan terbaik untuk menilai tahap penguasaan pembelajaran serta meningkatkan persediaan ke arah mencapai keputusan cemerlang dalam SPM 2026.
Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, boleh menghubungi Datin Aslaniah binti Jamali, PK Pentadbiran.
“Usaha Gigih, Doa Berterusan, Kejayaan Menjadi Kenyataan.”
Sekian, terima kasih.
Daripada:
Pengetua
SMK Cyberjaya
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Persiaran Fauna 2
Sepang
63000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 13:00 |
| 14:00 - 17:00 | |
| Tuesday | 08:00 - 13:00 |
| 14:00 - 17:00 | |
| Wednesday | 08:00 - 13:00 |
| 14:00 - 17:00 | |
| Thursday | 08:00 - 13:00 |
| 14:00 - 17:00 | |
| Friday | 08:00 - 12:30 |
| 14:45 - 17:00 |