Uncle Chik Cat Shop
Kami adalah salah satu kedai profesional dandanan kucing yang terletak di Bandar Sunsuria, Sepang. Anda boleh lihat rating kami di google...
31/05/2026
Happy Wesak Day dari Oyen 🧡
Oyen macam biasalah… pantang nampak kakak terus mintak peluk .
ingat ringan rupanya berat semacam HAHAHA
Kakak dah lenguh angkat Oyen oi 😂
Diet sikit boleh tak OYEN
Tapi salah mami jugak… hari-hari bagi makan sedap
katanya kesian kalau Oyen kurus tak cukup makan
Aduhaiii manja betul anak mami ni
Btw harini Oyen happy lepak Wesak Day dekat hotel dengan geng-geng dia
12/05/2026
PREMIUM MEDICATED OAT PACKAGE
Memang tak mengecewakan
Tengok sendiri before & after , jauh beza hasil dia!
Package ni direka khas untuk semua jenis kucing
Tak perlu pening nak pilih package apa sebab ini
ALL IN ONE system:
✔️ Premium grooming care
✔️ Medicated treatment
✔️ Fokus pada kesihatan kulit & bulu
✔️ Sesuai untuk semua jenis bulu
❗ Kecuali rawatan kutu
Hasil lebih bersih, bulu lebih sihat & nampak lebih “fluffy” lepas grooming
📩 Berminat?
Rogerr je kakak admin sekarang — slot masih banyak lagi!
10/05/2026
SPECIAL WEEKDAYS HAJI PROMO
Bayar harga Premium Revitalizes
FREE upgrade ke Premium Medicated Oat
(Original package bernilai RM95)
💸 Jimat banyak beb!
🐾 SHORT HAIR — RM60
🐾 DOUBLE COAT — RM75
🐾 LONG HAIR — RM70
🐾 LARGE CAT / MAINE C**N — RM80
(BERAT
SPECIAL PROMO RAYA HAJI !!!!
12–15 MAY & 19–22 MAY (weekdays sahaja)
🎟️ 20 slot sehari sahaja
🐾 Sign up Premium Revitalizes
FREE upgrade ke Premium Medicated Oat
Tak kisah kucing garang atau behave .
Kakak groomer berpengalaman 8 tahun akan handle anak bulus anda .
Cepat lock slot dengan kakak admin sebelum penuh!
0177855141
14/04/2026
Sejak tertubuhnya Uncle Chik Cat Shop pada tahun 2023 hingga kini 2026, perjalanan ini penuh dengan kepercayaan dan sokongan dari mami & daddy semua .
Dengan pengalaman lebih dari 4 tahun, kami telah berjaya mencantikkan lebih 3500 ekor kucing ,
dari yang kusut, takut air, sampai jadi bersih, wangi dan confident .
Setiap ekor ada cerita dia sendiri…
Dan ini antara throwback si comel yang pernah singgah dan p**ang dengan versi terbaik mereka .
Terima kasih sebab percaya pada kami untuk jaga anak bulus kesayangan anda .
Perjalanan ini baru bermula… banyak lagi yang akan kami cantikkan insyaAllah .
CatLoversMY PetCareMalaysia GroomingKucing
3 hari je lagi Uncle Chik ada di kedai 🐾
Last call grooming: hari ni, esok & lusa sahaja.
Lepas tu Uncle Chik akan fly pergi haji selama 49 hari ✈️🕋
Jumaat & Sabtu memang dah tak ada ya.
Jangan risau ❤️
Sepanjang tempoh tu:
– Kakak admin tetap reply & uruskan semua
– Groomers ganti ada hari weekdays (Selasa–Jumaat)
– Senior yang berpengalaman akan handle kucing-kucing
Apa-apa plan, roger dulu ya
Better booking awal sebab slot memang terhad (10 ekor sehari sahaja)
Terima kasih atas kepercayaan semua pawparents
09/04/2026
Kucing impian 😍🤲🏻
07/04/2026
📢 MAKLUMAN PENTING
📅 11 & 12 April 2026
Uncle Chik tidak available kerana menghadiri
Kursus Perdana Haji 🕋
Sepanjang tempoh ini:
✔️ Hanya kucing behave sahaja diterima
❌ Tiada Lion Cut & Teddy Cut
❌ Kucing agresif tidak diterima
📌 Grooming hanya by appointment sahaja
📌 Sebarang urusan:
Sila WhatsApp Admin terlebih dahulu
Terima kasih atas kerjasama semua
Uncle Chik Cat Shop
Perhatian Kepada Pawparents
Untuk makluman, berdasarkan penerangan Dr Veterinar , sebarang reaksi alahan selepas grooming kebiasaannya akan berlaku dalam tempoh yang singkat — sama ada pada hari yang sama atau dalam masa 24 jam.
Alahan terhadap shampoo p**a adalah sangat jarang berlaku dan bergantung kepada sensitiviti individu kucing.
🔹 Sehubungan itu, pihak kami hanya menerima sebarang aduan atau makluman dalam tempoh 24 jam selepas grooming dilakukan.
🔹 Sebarang isu yang dimaklumkan selepas tempoh tersebut adalah di luar tanggungjawab pihak kami, kerana banyak faktor lain boleh mempengaruhi keadaan kucing selepas p**ang ke rumah.
🔹 Tambahan p**a, bagi kucing yang datang dalam keadaan bulu berminyak, bergumpal atau mempunyai masalah kulit sedia ada — keadaan ini memerlukan rawatan berterusan dan bukan berpunca daripada satu sesi grooming semata-mata.
👉 Grooming adalah untuk pembersihan dan penjagaan asas, bukan rawatan perubatan bagi masalah kulit yang serius.
Kami amat menghargai kerjasama pawparents untuk:
✔️ Memaklumkan sebarang reaksi dalam tempoh 24 jam
✔️ Memberikan info keadaan asal kucing dengan jelas
✔️ Mendapatkan pemeriksaan veterinar bagi simptom berlarutan
Untuk menjaga kualiti servis dan integriti kerja, kami tidak akan melayan sebarang complaint yang dibuat selepas 24 jam dari waktu servis.
Terima kasih atas kefahaman dan kerjasama semua
27/03/2026
Hidup anak perantau… tak dapat join balik beraya ..
Mami dengan dadi busy beraya, anak kandung semua pergi jalan…
Anak bulus? Check-in hotel dulu .
Bukan tak sayang, kereta tak muat nak bawak Chombie…
Lagipun cuaca panas lit lit
Biarlah mami dadi beraya kepanasan…
Chombie chill je aircond full time kat Uncle Chik Cat Shop
Esok lusa mami dadi balik la tu… sabar je Chombie
ADMIN UNCLE CHIK KARANG CERITA!! MAAF LAAA MAMI DADI CHOMBIE
allen
catlovers
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
No 3G, Ground Floor Giverny Walk Persiaran Sunsuria, Sunsuria City Sepang
Sepang
43900
Opening Hours
| Tuesday | 09:00 - 18:00 |
| Wednesday | 09:00 - 18:00 |
| Thursday | 09:00 - 18:00 |
| Friday | 09:00 - 18:00 |
| Saturday | 09:00 - 18:00 |
| Sunday | 09:00 - 18:00 |