Maznah Ibrahim

Maznah Ibrahim

Share

Perkongsian pendidikan hati untuk diri & pembaca demi kesejahteraan emosi dan spiritual keibubapaan. JAMMAZ MARKETING AND SOLUTIONS (RA0044101-U)

02/05/2026

[Kesedaran Keibubapaan Berasaskan Sains]

SIRI 3: 10 Minit Yang Mengubah Segalanya
(SPECIAL PLAY TIME)

Jadual kita sangat padat tapi kita sedar kepentingan bonding dengan anak, dan kita mahu ikatan (bonding) yang kuat dengan anak.

Sains membuktikan Kualiti > Kuantiti.

Hanya 10-15 minit perhatian penuh ('undivided attention') jauh lebih berkesan daripada berjam-jam interaksi sambil lewa ('multitasking').

Apabila tangki emosi anak dipenuhi secara konsisten, tingkah laku negatif yang bertujuan "mencari perhatian" akan berkurang secara drastik.

Cara Melakukan "Special Play Time":

1️⃣ Satu Anak, Satu Masa: Jika ada ramai anak, giliran adalah kunci. Ini memberi mereka rasa "istimewa".

2️⃣ Matikan Gangguan: Simpan telefon, tutup TV. Hadir 100%.

3️⃣ Anak Pilih Aktiviti: Walaupun kena main kereta mainan buat kali ke-1000! Ini menunjukkan anda berminat dengan dunia mereka. 😄😄😄

4️⃣ Teknik "Sports Announcer": Ulas apa yang mereka buat tanpa mengarah.
Contoh: "Wah, abang s**a sangat susun kereta merah ni jadi barisan panjang!" atau "Mama nampak kakak sangat fokus siapkan binaan ni."

5️⃣ Puji Usaha, Bukan Hasil: Fokus kepada proses ("Ibu s**a tengok awak cuba sedaya upaya") untuk membina harga diri ('self-esteem') mereka.

Rutin ringkas ini akan merangsang hormon oksitosin yang menguatkan "synapses" dalam otak anak.

Ingat, ibu bapa yang hadir ('present') adalah 'hadiah terbaik' buat anak.

Momen ini sangat mahal, selagi mereka masih berada dalam lingkungan kita, depan mata kita setiap hari...

Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan

02/05/2026

[Kesedaran Keibubapaan Berasaskan Sains]

SIRI 2: "GOOD ENOUGH PARENTING" & "WINDOW OF TOLERANCE"

"Anda Tak Perlu Jadi Sempurna Untuk Menjadi Ibu Bapa Yang Hebat."

Rasa bersalah (parental guilt) sebab termarah anak adalah biasa berlaku dalam kalangan ibu ayah. Ramai juga hampir rasa "burnout" bila tengok 'perfect parents' di media sosial.

Haaa.. mari lah kita pause dan renung sejenak🛑

Donald Winnicott, seorang pakar kanak-kanak, memperkenalkan konsep "Good Enough Parent".

Anak-anak kita ni memang tidak perlukan kesempurnaan; mereka hanya perlukan kita ibu ayah yang "Cukup Baik".

"Cukup" ni maksudnya sekadar memadai, tidak lebih dan tidak kurang. Apa yang termampu terbaik buat masa itu, tiada salah apa pun, kita lah yang perlu rasa "Alhamdulilah berjaya buat ini hari ini". 😄.

Malah, ketidaksempurnaan kita sebenarnya membantu anak-anak membina daya tahan (resiliens) untuk menghadapi dunia luar yang tidak selamanya sempurna. Siapalah yang betul-betul sempurna kan?

Penting untuk kita faham 'Window of Tolerance' kita sendiri:

🔥 Hyper-aroused (Exploding): Rasa cemas, jantung laju, nak marah atau menjerit.
- bagus sekali bila ada skil kenalpasti badan sendiri, tanda-tanda awal nak meletup tapi belum meletup ni 😄. Jadi segera 'walk away', dapatkan oksigen baru di kawasan lain dan tenangkan diri dulu.

❄️ Hypo-aroused (Imploding): Rasa kosong, "shut down", atau tiada tenaga (withdrawn).
- penting untuk kenalpasti momen ini, sebab ada caranya untuk 'up'kan balik rasa kosong kepada rasa 'hidup' semula. Ada window of tolerance yang membenarkan / izinkan diri untuk rehat seketika, untuk recaj.
- Cuma bila tak mampu nak bangkit, dan kalau memang ada mental illness, penting untuk pasangan tidak 'push' atau paksa pasangannya untuk bangkit segera. Mereka perlu masa, tapi bukan selamanya, just beri ruang....

Apabila berlaku kesilapan, gunakan proses "Rupture & Repair" (Keretakan & Pembaikan).

--> Minta maaf kepada anak selepas kita terlepas laku. Ia bukan tanda bahawasanya kita lemah tapi tanda kita sedar dan kita kuat/berani utnuk akui kesilapan terlepas laku kita kerana emosi sendiri.

Ia adalah "Parenting Superpower" yang mengajar anak bahawa hubungan boleh diperbaiki walaupun selepas konflik. Ini adalah latihan penting untuk emosi mereka. Mereka belajar konflik boleh diselesaikan / diperbaiki sedikit demi sedikit, asalkan ada kemahuan, keterbukaan..... kelak mereka dengan pasangan mereka, mereka ada pengalaman untuk "rupture and repair" ini.

Akhir,
Tips Penjagaan Diri:

Sebelum ibu ayah bantu anak masuk semula ke zon tenang, pastikan ibu ayah di dalam "window" kita sendiri (ada ruang/zon bertenang).

Berhenti sejenak, buat "butterfly hug" (silang dua tangan ke lengan kita, tepuk-tepuk macam tepuk bayi tidur, atau gosok perlahan-lahan), dan bisikkan: "Saya sedang melakukan yang terbaik yang saya mampu, Syabas ''nama sendiri'."

Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan

02/05/2026

[Kesedaran Keibubapaan Berasaskan Sains]

Saya membaca buku Science of Parenting / What Every Parent Needs to Know oleh Margot Sunderland sewaktu bujang dahulu (2006) kerana saya berhadapan dengan klien kanak-kanak sepenuhnya. Sweaktu itu tiada lagi kaunseling kanak-kanak secara formal di universiti di Malaysia.

Secara tak langsung, saya belajar banyak aspek keibubapaan, dan boleh kaitkan dengan ilmu psikologi dan perkembangan kanak-kanak, remaja dan dewasa (dari Diploma dan Degree saya), menarik bila saya melihat kesan mendalam emosi dalam human development, dan berterusan kitarannya (transgenerational trauma)....

3 prinsip asas ini saya ringkaskan untuk membantu kita ibu ayah beralih daripada kaedah menghukum kepada pemahaman perkembangan saraf (neurodevelopment) kanak-kanak. Saya akan gabungkan elemen empati yang mendalam dengan fakta sains kanak-kanak yang kukuh, baca ya.

SIRI 1: ICEBERG TINGKAH LAKU & MODEL "FLIPPING THE LID"

Apa Yang Kita Nampak vs. Apa Yang Sebenarnya Berlaku

Pernah rasa nak meledak bila anak tiba-tiba menjerit atau memukul di khalayak ramai? 🤯 Kita rasa macam mereka sengaja nak "test" kesabaran kita, kan?

Sebenarnya, tingkah laku yang kita nampak (menjerit, memukul, enggan mendengar) hanyalah Puncak Iceberg.

Di bawah permukaan air, terdapat keperluan emosi dan fizikal yang tidak kelihatan. Anak-anak menggunakan tingkah laku sebagai "bahasa" kerana otak mereka masih dalam proses membina sambungan saraf (synapses).

Ibu ayah boleh gunakan kanta "Saintis" dan periksa model HALT+ ini:

➡️ H (Hungry): Adakah mereka lapar atau perlukan tenaga?
- semudah haus sahaja dan kita tak ada air masak dalam kereta, jem p**a tu, anak boleh tukar 'mood' jadi sangat tak baik...

➡️ A (Angry): Adakah mereka kecewa tapi tak tahu cara nak luahkan?
- biasanya ada sesuatu berlaku sebelum kita jumpa anak (lepas balik kerja/lepas anak balik dari rumah pengasuh/taska/tadika/sekolah) yang buatkan dia tak lepas, tapi akan terlepas bila dia dengan kita (dia tahan, pendam, then meletup).

➡️ L (Lonely): Ini bukan sekadar sunyi, tapi keperluan biologi untuk "connection" dan hormon oksitosin untuk rasa selamat.
- dalam momen anak bertahan tadi (anger terpendam), dia amat rasa sunyi, tiada orang memahami, atau cuba mendekati dirinya dengan cara yang selamat. Maka kepada kita lah ibu ayah untuk anak recaj, dan dapatkan semula 'psychological safety' di 'setting' kita (rumah/dalam kereta).

➡️ T (Tired/Overstimulated): Adakah sistem saraf mereka "overload" dengan bunyi atau cahaya?
- bukan setakat suasana dalam 'mall' yang sangat ramai orang, banyak lampu, malahan cahaya dari skrin gajet, juga mengganggu sistem saraf anak kita....

Sains Di Sebalik Reaksi:
Dr. Dan Siegel memperkenalkan "Hand Model of the Brain".

Apabila anak mengamuk, mereka telah "flipped their lid".

Otak Logik (Upstairs Brain) 🔺terputus hubungan dengan Otak Emosi (Downstairs Brain) 🔻

Secara biologi, mereka tidak mampu berfikir logik pada waktu itu. 🧠⚡. Jadi usahlah kita kata "sabar" atau "diam, orang tengok, malu aja" atau "kenapa nak marah mengamuk tak tentu pasal ni?", sebab mereka 'just' tidak mampu tenang, logik, tidak faham, dan tidak menerima mesej pertanyaan logik ini. Mereka dalam keadaan terancam, keperluan biologi iaitu perlu rasa selamat secara psikologi itu tidak berlaku.....

Tindakan Kita Selepas Ini:
Lain kali bila "lid" anak terbuka, jangan balas dengan kemarahan.

1) Tinggalkan semua yang sedang kita lakukan,
2) 💆‍♀️ tarik nafas,
3) 🙂 turun ke paras mata mereka,
4) dan renung: "Apa yang ada di bawah air (iceberg) ini ?" dengan bertanya : "Apa yang buat awak tak happy ni? Mama nak faham".

Refleksi,
Maznah Ibrahim
T,mazn.me/chan

Want your business to be the top-listed Recruitment Company in Sepang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Sepang