Kolej 12 UPM

Kolej 12 UPM

Share

Official Page bagi Kolej 12, Universiti Putra Malaysia. Satu Hati Satu Jiwa, Kolej 12 Kolej Kita

Photos from Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan's post 05/05/2026

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera semua. Kebetulan p**a selepas artikel projek ikan keli Kolej 12 keluar di akhbar Kosmo! semalam hari ini Jabatan Perikanan Malaysia mengeluarkan infografik mengenaik aktiviti akuakultur dengan cara yang ekonomi dengan hasil yang optimum. Info lanjut di pauntan berikut https://www.facebook.com/share/p/1BAtQX911u/

04/05/2026

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera semua. Daripada seluruh pengurusan dan warga Kolej Dua Belas kami ingin mengucapkan Selamat Datang dan Bertugas kepada Cik Nurul Wardah Jabir. Semoga lebih banyak kejayaan diperolehi dengan kehadiran beliau di Kolej 12. Terima kasih.

Photos 04/05/2026

Sambungan berita di akhbar Kosmo! mengenai aktiviti membela ikan keli di Kolej 12. Terima kasih Kosmo!

Photos 04/05/2026

Terima kasih Kosmo sudi menerbitkan aktiviti dan program ikan keli Kolej 12 hari ini 04 Mei 2026.

13/04/2026

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera semua. Semoga anda semua sihat hendaknya. Aamin. Ini merupakan pesanan penting drpd pihak berkepentingan dalam bidang kesihatan kpd kita semua. Anda sangat digalakkan untuk membawa bekas sendiri untuk membeli atau mengambil makanan secara bungkus. Ini kerana kebiasannya plastik makanan yang dibekalkan oleh peniaga tidak sesuai untuk membungkus makanan terutama makanan panas. Membawa bekas makanan sendiri juga boleh membantu menjaga alam sekitar kita. Semoga info ini bermanafaat buat semua. Terima kasih.

Pagi-pagi dalam kelam-kabut nak pergi kerja, sempat singgah gerai tepi jalan beli bihun sup atau nasi berlauk kuah banjir. Peniaga pun dengan laju cedok kuah sup yang tengah mendidih menggelegak dalam periuk tu, terus tuang masuk ke dalam plastik nipis jernih.

Ikat tepi. Sampai kita yang tolong pegang plastik tu pun rasa pijar dan melecur jari! Masuk kereta, sangkut kat 'dashboard' atau tombol gear sambil bau wangi sup semerbak. Sampai office, tuang dalam mangkuk dan hirup panas-panas. Fuh, nikmat.

Nampak macam rutin biasa rakyat Malaysia. Tapi sedar tak sedar, anda sebenarnya sedang hirup 'air rebusan' bahan kimia bertoksik yang boleh mengundang kanser.

Ini fakta perubatan yang ramai pandang remeh. Plastik jernih nipis (biasanya plastik pembungkus ais atau lauk biasa) langsung tidak direka untuk menahan suhu air yang sedang mendidih!

Bila cecair bersuhu lebih 100 darjah celcius disimbah terus ke dalam plastik nipis tersebut, struktur kimia plastik itu akan mula 'cair' perlahan-lahan. Proses ini dipanggil 'Leaching'. Bahan kimia toksik pembentuk plastik seperti BPA (Bisphenol A), Phthalates, dan ribuan zarah mikromplastik akan bocor dan meresap terus ke dalam kuah sup lazat anda. Ia tak mengubah rasa, tak mengubah warna, tapi racun itu ada di situ.

Apa akibatnya bila hari-hari kita hirup 'sup plastik' ni?
Bahan-bahan kimia ini adalah 'Pengganggu Hormon' (Endocrine Disruptors). Bila ia masuk dalam badan:
1. Ia mengganggu sistem hormon semulajadi badan, menyebabkan masalah kesuburan untuk lelaki dan wanita.
2. Meningkatkan risiko mutasi sel yang membawa kepada pelbagai jenis Kanser.
3. Merosakkan buah pinggang dan hati yang terpaksa bekerja keras menapis bahan kimia industri ini setiap hari.

Tolonglah, jangan gadaikan nyawa sendiri dan keluarga semata-mata sebab nak cepat.

Jadikan habit baru: Bawa mangkuk tingkat (tiffin) atau bekas makanan tahan panas (BPA-free) sendiri dari rumah. Kalau terpaksa sangat bungkus guna plastik gerai, minta peniaga biarkan kuah tu suam sikit dulu, jangan dicedok waktu tengah berasap mendidih. Beringat sebelum kena, mencegah tu jauh lebih murah daripada kos bil rawatan kanser.

Want your university to be the top-listed University in Serdang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Serdang
43400

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 12:00
14:45 - 17:00