SPJM Negeri Sembilan
Hubungi ; +6013-3227937 (HQ) | +601120912912 (Negeri)
03/01/2026
عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ يَقُولُ:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ،
وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ،
وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ،
وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ.
Daripada Anas r.a., beliau berkata:
Rasulullah ﷺ sering berdoa:
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kegelisahan dan kesedihan,
dan aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan,
dan aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil,
serta aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan penindasan manusia.”
(Riwayat Muslim, no. 2713)
"Hadis ini merangkumkan doa perlindungan menyeluruh meliputi aspek:
🧠 Psikologi dan emosi – al-hamm (kegelisahan masa depan) dan al-hazan (kesedihan masa lalu).
💪🏻 Keupayaan diri – ‘ajz (tidak mampu) dan kasal (malas).
❤️ Akhlak dan keperibadian – jubn (pengecut) dan bukhl (bakhil).
💸 Tekanan sosial dan ekonomi – beban hutang serta kezaliman manusia.
Para ulama menjelaskan bahawa doa ini mendidik umat Islam agar menangani tekanan hidup dengan pergantungan penuh kepada Allah, bukan sekadar usaha zahir semata-mata." 💀🤲🏼
Ustaz Rafie Zainal - Undertaker
Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia - SPJM
08/12/2025
BERAPAKAH KEDALAMAN TANAH BAGI ANGGOTA BADAN?
Kedalaman tanah bagi mengebumikan jenazah adalah 7 kaki dengan kelebaran 3 kaki. Namun, berapa p**a kedalaman tanah bagi anggota badan yang perlu diuruskan terlebih dahulu bagi pesakit yang menghidapi kencing manis dan sebagainya?
Bagi anggota badan, kedalaman yang disarankan kebiasaannya sekitar 3 hingga 4 kaki (kira-kira 1 meter).
Jangan terlalu dalam sehingga menyukarkan proses pengebumian. Kedalaman ini adalah untuk mengelakkan anggota badan tersebut digali haiwan liar dan baunya terhidu.
Wallahualam.
SPJM KE ARAH PENGURUSAN JENAZAH PATUH SYARIAH
PROFESIONAL ANTARABANGSA
Ustaz Rafie Zainal - Undertaker
Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia - SPJM
02/12/2025
KURSUS PENGURUSAN JENAZAH 🕌💀
Pengurusan jenazah adalah amanah penting yang menuntut ketelitian, adab serta rasa hormat terhadap insan yang telah pergi. Ia bukan sekadar tugasan fizikal, tetapi satu ibadah yang memerlukan hati yang tenang dan ilmu yang tepat.
Dengan pendedahan dan kefahaman yang betul, masyarakat dapat melaksanakan setiap langkah pengurusan jenazah mengikut syariat serta dengan penuh tertib. Ilmu ini juga membantu kita lebih bersedia apabila tiba waktunya ia diperlukan.
Semoga usaha mempelajari pengurusan jenazah menjadi pengingat lembut tentang sementaranya hidup, di samping menyemai rasa tanggungjawab bersama dalam memenuhi tuntutan fardhu kifayah ini.
https://forms.gle/yfGiUvLYxkLLrzWD6
SPJM KE ARAH PENGURUSAN JENAZAH PATUH SYARIAH PROFESIONAL ANTARABANGSA
Ustaz Rafie Zainal - Undertaker
Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia - SPJM
26/11/2025
Perkongsian ilmu pengurusan jenazah bersama pelajar tahun 5 & 6 Sekolah Agama Rakyat (SAR) Al-Qalam, Nilai pada 24 & 25 November 2025.
🎯 Objektif Kursus Pengurusan Jenazah
Memberi pemahaman asas tentang kepentingan pengurusan jenazah menurut syariat Islam.
Mendedahkan pelajar kepada adab, etika dan tanggungjawab seorang Muslim terhadap jenazah.
Melatih pelajar dengan kemahiran asas seperti memandikan, mengkafankan dan mengurus solat jenazah menggunakan peralatan latihan yang sesuai.
Membentuk rasa tanggungjawab dan keprihatinan dalam diri pelajar terhadap komuniti serta amalan fardu kifayah.
Membantu pelajar membezakan perkara yang wajib, sunat dan makruh dalam pengurusan jenazah.
Meningkatkan keyakinan pelajar untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan yang berkaitan dengan pengurusan jenazah.
Menerapkan nilai murni seperti kasih sayang, hormat, kerjasama dan empati terhadap ahli keluarga si mati dan masyarakat.
https://vt.tiktok.com/ZSfaN4cbA/
TikTok · SPJM N.Sembilan Lihat video SPJM N.Sembilan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the organization
Telephone
Website
Address
SEREMBAN
Seremban
70400