Rumah Ngaji Rohani

Rumah Ngaji Rohani

Share

Pengajian Bacaan Al Quran, Iqra, Balajar Ilmu Tajwid & Tadabbur.

Photos from Rumah Ngaji Rohani's post 29/11/2024

Alhamdulillah syukur kepada Allah

Kumpulan kami kecil sahaja .
Class harian, mingguan dan bulanan berjalan seperti biasa mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Bukan lah jumlah yang menjadi tajok keutamaan atau boleh mematahkan semangat kami. Usaha yang kecil ini, kami mahu memperjuangkan Al Quran dalam setiap sanubari sahabat Al Quran yang dijemput Allah untuk hadir menambah ilmu.

Visi utama kami adalah perjuangan istiqamah itu sendiri. Ia tidak mudah. Namun berkat sokongan sesama ahli yang cintakan suasana belajar demi perintah Allah.
Demi Al Quran.
Kami semua dalam proses belajar lagi dan lagi sehingga masih diberi kesempatan sehat dan kelapangan masa yang Allah izinkan.

Ia bermula dari pembelajaran Al Quran dari kosong , kalau ada pun ia berlaku di zaman mengaji usia kanak- kanak dengan bacaan merangkak, bacaan yang tak lancar dan banyak kesalahan terbata-bata, sebutan makhraj yang tak jelas dan pemahaman ilmu tajwid yang tidak dipraktikkan.

Namun berkat keprihatian para istiazah yang konsisten mencurahkan ilmu tanpa jemu. Moga syurga tempat guru-guru kami ini. Aamiin
Alhamdulillah.
Insyaallah sedikit sebanyak , bacaan makin banyak perubahan terutama sebutan makhraj semakin jelas serta ditambah lagi pemahaman ilmu tadabbur Al Quran dikuti rapat setiap 1 bulan sekali.

Pihak RNngaji Rohani menjemput Tenaga Pengajar yang bertauliah yang didatangkan khas demi pengukuhan pemahaman isi Al Quran kepada muslimat. Selain ilmu bacaan perlu dilatih setiap masa, ilmu memahami isi Al Quran, menterjemah dan mentafsir kan dalam bahasa Melayu sangat penting supaya selepas faham perlu diamalkan dalam kehidupan sehari- hari dan seterusnya perlu disebarkan dengan mengajak sesiapa saja menghadiri class sebagai asbab salah satu saham akhirat juga. Aamiin

Terima Kasih semua yang tak pernah rasa rugi untuk luangkan masa untuk belajar, tak pernah rasa malu saat bacaan banyak kesilapan, kerana sedar tiada siapa yang akan menegur bacaan bila membaca Al Quran bersendirian. Bertalaqqi bersama GURU adalah sangat penting.

Moga menjelang Tahun 2025 yang bakal menjelma tidak lama lagi…Allah terus melimpahkan Rahmat serta keizinan Nya, segala apa jua dirancang ke arah kebaikan menjadi kenyataan dan dipermudahkan usaha demi meneruskan perjuangan pengorbanan yg telah Rasullullah saw Nabi Junjungan Nabi Muhammad saw tinggalkan demi kita umat baginda yang di kasihinya.

Aamiin ya rabilalamiin

Pendaftaran menjadi Sahabat Al Quran RNgaji Rohani sentiasa terbuka. Boleh hubungi pihak kami untuk keterangan lanjut.

Terima Kasih

~kredit shima (ahli RN Rohani) dengan gambar2 ini.

04/09/2024

Kepada semua muslimah sekelian, jangan ketinggalan untuk bersama hadir ke Majlis Ilmu.

Class Tadabbur Al Quran (Surah Al Fatihah) bulan September 2024 ini .
Bertempat :- Masjid Saiyidina Abu Bakar, Kampung Jijan, N. Sembilan.
Tarikh:- 7/9/2024
Hari :- Sabtu.
Tenaga Pengajar:- Ustazah Zarina bt Zainudin.

Moga perkongsian ilmu memahami isi Al Quran ini memberi peluang terbesar dalam hidup kita mengubah diri dalam melaksanakan tanggungjawap kita sebagai hamba Allah yang bertaqwa. Aamiin

Jumpa di sana.

Want your school to be the top-listed School/college in Seremban?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


No. 166, Peringkat 3, Lorong Kekwa, Kg LBJohnson
Seremban