Spa
Apakah maksud mediCspa? medi = perubatan@rawatan
C = complimetary @bersama
spa = solus per aqua @ rawatan menggunakan air. Kebaikannya? Meningkatkan keimunan.
Assalamualaikum warahmatullah wabarokatuh. Ustazah ini mengalami sakit lutut sudah agak lama. Kali pertama melalui rawatan mediCspa terapi telah mulai pulih. Alhamdulillah.
ckgu lufti:
INFORMASI MEDICSPA YANG AMAT BERGUNA BAGI SETIAP INDIVIDU ATAU PENGAMAL TERAPI MEMAHAMINYA:
✅ Masa berlalu....perkembangan sains dan teknologi berkembang dengan amat pantas, dunia perubatan moden menemui penemuan2 terkini. Bukan dunia perubatan barat sahaja mendominasi penemuan dan kajian, namun dunia perubatan Cina juga cemerlang dalam menjalankan kajian mereka secara berterusan.
mediCspa atau homespa adalah satu entiti yang muncul dari kegemilangan perubatan Cina moden yang bergabung dengan ilmu barat melalui teknologi. Perubatan Cina faham bahawa hidroterapi mediCspa berupaya mengurang/meredakan kesakitan sengal2 otot, radang sendi termasuk berkeupayaan meningkatkan penghasilan kolagen di dalam tubuh, pergerakan - fleksibiliti sendi dan peredaran darah yang lebih sempurna.
✅ Pada waktu yang sama, hidroterapi cemerlang dalam merawat hal2 berkaitan orthopedics (tulang), arthralgia (sakit sendi) dan dermatosis (penyakit kulit).
Ujian klinikal membuktikan bahawa hidroterapi merupakan aplikasi perubatan yang berupaya menjadi medium pencegahan, penyakit2 gynecology (berkaitan sakit puan) dan masalah angiocardiopathy (masalah jantung dan salur darah).
✅ Hidroterapi adalah dari kombinasi teori fizik hidrolik (tekanan), kinesiologi (ilmu pergerakan tubuh/"the science human movement" yang menjelaskan gerak tubuh manusia yang mengaplikasikan prinsip-prinsip mekanik dalam gerak manusia yang disebut biomekanik anatomi), perubatan Cina dan psychoanalysis (psikologi dan emosi) dan beberapa teori fizik lain.
✅ mediCspa juga berfokus kepada konsep apungan (buoyancy), tekanan hidrolik dan kepelbagaian suhu sepanjang terapi/regangan di dalam air yang menjadi medium penjagaan kesihatan terbaik.
✅ Hidroterapi merupakan terapi fizikal yang merangsang hingga ke tisu, otot dan tulang melalui tenaga yang dihasilkan oleh mesin yang kemudiannya ditukarkan menjadi tenaga semulajadi - dari tenaga ultrasonik kepada tenaga thermal (panasan dalaman).
✅ Kaedah itu sebenarnya ada persamaan dengan teori akupunktur tradisional Cina. Beza antara kedua-duanya ialah akupunktur menggunakan jarum dan moxibustion (kaedah pemanasan) dan kedua2 kaedah ini adalah rawatan berbentuk fizikal yang diperaku.
✅ Melalui tenaga supersonik, hidroterapi mediCspa dapat membantu tulang menghasilkan tenaga thermal dan memindahkan tenaga tersebut ke otot dan epidermis, di mana ia membantu proses perpeluhan. Doktor dan pakar perubatan tradisional Cina memperakui bahawa kelenjar peluh bertindak sebagai buah pinggang ke-2 kita.
Mereka yang tidak berpeluh dipanggil "anhidrosis" dan boleh dibahagikan sebagai "congenital" (kelainan bawaan kimia tubuh) dan "acquired syndrome" (kerosakan akibat jangkitan).
Penghidap mungkin juga berhadapan dengan masalah kesihatan kerana tidak berpeluh - lebihan perkumuhan/toksin seperti logam berat akan terkumpul di dalam badan dan tidak dapat dikeluarkan dari secara semulajadi.
✅ Bagi mereka yang menghidap "anhidrosis" amat mudah berhadapan dengan masalah sistem metabolisme, sistem imun dan peredaran darah mereka lemah.
✅ Tubuh tidak berupaya memindahkan oksigen ke setiap organ dalaman dengan sempurna menyebabkan kecelaruan metabolisme dan mengakibatkan kesan proses penuaan.
✅ Setakat ini perubatan tradisional Cina tidak mempunyai ubat-ubatan khusus bagi merawat pesakit anhidrosis, bagaimanapun secara umumnya hidroterapi mediCspa cemerlang menangani masalah ini dan ia merupakan kaedah rawatan terbaik.
✅ Secara umumnya, terapi mandian menggunakan shower mampu merangsang kelenjar peluh dan apabila kelenjar peluh aktif/berfungsi dengan baik, tubuh kita akan kembali normal secara semulajadi.
✅ Hidroterapi juga dapat diguna dalam membantu sesetengah penyakit kardiovaskular. Ia akan meningkatkan tekanan pada venous (urat-urat salur darah) dan menghalang proses pengumpulan plak pada dinding salur darah.
Selain kebaikan di atas, hidroterapi mediCspa juga mampu diguna untuk merawat masalah otot. Mereka yang menghadapi masalah kelesuan otot boleh dibantu dengan hidroterapi mediCspa.
Cikgu Hydroterapy Lufti:
Lufti mediCspa:
Semalam ada sahabat tanya...Apa itu penyakit TB?...Bukan TV eh...kalau TV senang...TV LED je..😜😂
Tibi atau Tuberculosis adalah penyakit melibatkan jangkitan yg amat merbahaya....kerana ia boleh mengakibatkan penghidap sengsara hingga membawa maut jika tidak dirawat dengan segera.
Ia disebabkan oleh kuman halus yg dikenali sebagai Tubercle Bacilli yg biasanya menyerang paru2 mengakibatkan keradangan. Ia juga boleh merebak ke bahagian anggota dalaman lain spt otak, tulang, buah pinggang, kulit dan kelenjar limfa (lymphnodes).
TB adalah penyakit bawan udara atau airborne disease. Kuman TB merebak melalui udara terutama dari penghidap TB yg batuk (penghidap TB yg aktif - dikenali sebagai pulmonary TB). Sesiapa sahaja yg bernafas dan menghidu udara yg mengandungi kuman TB boleh dijangkiti penyakit trsebut.
Tanda2 atau simtom jangkitan TB Pulmonary adlh spt; 1) Batuk yg berterusan selama 2 minggu atau lebih, 2) Kerap demam dan berpeluh terutama pd lewat senja atau malam, 3) Gangguan darah kotor, 4) Hilang berat badan dan hilang selera makan,
5) Mungkin berhafapan dgn sakit dada terutama sewaktu
batuk atau sewaktu menarik nafas dalam2,
6) Cepat penat dan cepat kehilangan tenaga.
Sejarah telah membuktikan bahawa Bapa Hidroterapi Dunia, Sebastian Kneipp adalah penghidap TB pulmonary kronik....ternyata beliau sembuh hanya menjalani hidroterapi. Alangkah hebatnya dengan teknologi yang ada sekarang di mana apabila teknologi dan sains bergabung hingga terhasilnya mesin mediCspa yg begitu sempurna...amat cemerlang dalam membantu merawat penyakit tersebut. Di peringkat awal, Sebastian kneipp hanya menggunakan hidroterapi asas iaitu melalui terapi air sejuk dan air panas berulang kali untuk merangsang sistem imun.....hingga beliau sembuh sepenuhnya.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
No 612 Jalan TTJ 1/10 TamanTuanku Jaafar
Seremban
71450
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| 20:00 - 23:00 | |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| 20:00 - 23:00 | |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| 20:00 - 23:00 | |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| 20:00 - 23:00 | |
| Friday | 09:00 - 17:00 |
| 20:00 - 23:00 | |
| Saturday | 09:00 - 17:00 |
| 20:00 - 23:00 | |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |
| 20:00 - 23:00 |