PERMATAKU

PERMATAKU

Share

ILMU, IMAN, AKHLAK MEMIMPIN Enam bulan berikutnya, jumlah kanak-kanak meningkat kepada 10 orang berbanding 3 pada awal penubuhan.

Photos from PERMATAKU's post 04/03/2026

TASKA PERMATAKU

Kelas 2 tahun.

Tema: Deria Saya
Aktiviti: Mengecop dengan span
(Perkembangan Kreativiti dan Estatika)

Kanak-kanak diberi peluang untuk meneroka tekstur span yang lembut dan membuat capan dengan menggunakan warna air. Aktiviti ini dapat merangsang deria rasa dan sentuhan kanak-kanak. Semasa menjalankan aktiviti, guru juga akan menyebutkan beberapa perkataan mudah (seperti: bunga, cop, tekan) untuk meningkatkan kemahiran bercakap kanak-kanak.
__________________________________________

Pendaftaran 2026 dibuka sepanjang tahun selagi ada kekosongan, boleh whatsapp segera: https://www.wasap.my/601165291919/DaftarTaska2026

03/03/2026

🌹KALAM PENDIDIK🌹

🌙 EDISI RAMADAN Siri 1

Ramadan merupakan bulan istimewa yang dikurniakan Allah kepada seluruh hamba-Nya. Bulan ini juga dikenali sebagai BULAN TARBIYAH, kerana natijah didikan Ramadan adalah lahirnya ketakwaan kepada Allah Yang Maha Esa.

Sebagai ibu bapa dan pendidik, kita perlu berusaha mengambil sebanyak mungkin keberkatan serta tarbiyyah yang tersedia dalam bulan mulia ini. Ramadan mendidik kita untuk menjadi ibu bapa yang bertakwa, kerana didikan yang paling berkesan bermula daripada diri sendiri.

Seorang pendidik adalah insan yang bekerja untuk menyempurnakan ibadah, membersihkan amalan, dan menyucikan hati demi mendekatkan diri kepada Allah. Inilah bekalan yang akan menguatkan seorang pendidik untuk membimbing anak-anaknya agar mengamalkan amalan soleh dan hidup di atas jalan yang benar.

----

02/03/2026

🌹KALAM PENDIDIK🌹

📝 Pendahuluan.

Di antara tanggungjawab besar yang digariskan dalam Islam ialah amanah ibu bapa dalam mendidik anak-anak. 🏡

Dalam pendidikan Islam, pendidikan keimanan merupakan asas utama dan menjadi langkah pertama dalam pembinaan diri seorang anak. Justeru, setiap ibu bapa perlu memiliki ilmu yang berkaitan dengannya.

Islam adalah agama yang syumul, merangkumi setiap aspek kehidupan. Pendidikan anak-anak merupakan salah satu cabang penting dalam ajarannya. Bahkan, Islam menyediakan modul lengkap tentang cara mendidik anak-anak sejak usia bayi, termasuk panduan menangani pelbagai cabaran yang mungkin timbul.

Sesungguhnya, pendidikan bukan hanya berlaku ketika anak masih kecil, tetapi berterusan sehingga mereka dewasa. Dan pendidikan itu bermula dengan kefahaman ibu bapa terhadap ajaran Islam.

---

Photos from PERMATAKU's post 27/02/2026

TASKA PERMATAKU

Kelas 2 tahun.

Tema: Keluarga Saya
Aktiviti: Mencedok pompom dengan sudu
(Perkembangan Fizikal)

Aktiviti melatih kekuatan motohalus dan fokus kanak-kanak. Aktiviti dijalankan setiap hari mengikut tahap perkembangan, dan kanak-kanak dilatih untuk mengikut jadual rutin harian.
__________________________________________

Pendaftaran 2026 dibuka sepanjang tahun selagi ada kekosongan, boleh whatsapp segera: https://www.wasap.my/601165291919/DaftarTaska2026

Want your school to be the top-listed School/college in Seremban?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


No 1204 Jalan Semarak 37, Taman Panchor Jaya
Seremban
70400

Opening Hours

Monday 10:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Thursday 10:00 - 18:00
Friday 10:00 - 18:00