Kamarol Ridzuan - Pak Kam

Kamarol Ridzuan - Pak Kam

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kamarol Ridzuan - Pak Kam, Pusat Khidmat DUN Paroi, 45, Jalan Kemuning 1, Taman Kemuning, Seremban.

Photos from Kamarol Ridzuan - Pak Kam's post 31/05/2026

Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan menghadiri Majlis Walimatulurus keluarga YB Dato’ Hj Zaifulbahri bin Hj Idris, ADUN Chembong, bagi meraikan pasangan mempelai yang diraikan.

Di majlis yang penuh meriah ini, saya juga berpeluang bertemu dengan YB ADUN Pertang, YB ADUN Kota, YB ADUN Palong, YB ADUN Linggi, YB ADUN Gemencheh, YB ADUN Seri Menanti, Ahli Parlimen Kuala Pilah serta ramai sahabat dan tetamu jemputan yang hadir bersama-sama memeriahkan majlis.

Semoga majlis walimatulurus ini dilimpahi keberkatan, rahmat dan keredaan Allah SWT. Semoga pasangan pengantin yang diraikan dikurniakan kebahagiaan, mawaddah, sakinah dan rahmah, serta dikekalkan dalam kasih sayang dan keharmonian hingga ke syurga.

Tahniah kepada YB Dato’ Hj Zaifulbahri dan keluarga atas penerimaan menantu sulung. Semoga ikatan kekeluargaan yang terbina ini sentiasa diberkati Allah SWT.

Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.

Photos from Kamarol Ridzuan - Pak Kam's post 28/05/2026

Alhamdulillah, Hari kedua Ibadah Korban berkesempatan bersama Abang Hj Zul dan Team PAS Cawangan Seremban Selatan dalam program ibadah korban cawangan dilaksanakan di Rantau. Mereka bergotong-royong bersama-sama menyempurnakan urusan korban serta memasak bagi jamuan bersama.

Saya hadir dan dapat merasakan aktiviti yang dijalankan sambil mengeratkan lagi ukhuwah dan silaturahim bersama sahabat-sahabat semua. Semoga segala pengorbanan, usaha dan amal kebajikan ini diterima Allah SWT serta ibadah yang mulia ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Photos from Kamarol Ridzuan - Pak Kam's post 26/05/2026

Alhamdulillah, hari ini berkesempatan bersama jemaah masjid mengimarahkan Takbir Raya di rumah Pak Syeikh dan Pak Mus.

Takbir Raya telah dipimpin dengan penuh semangat dan penghayatan oleh Tuan Imam Najmi, menambahkan lagi suasana syahdu dan meriah Aidiladha bersama para jemaah.

Selesai bertakbir, kami turut dihidangkan dengan pelbagai juadah yang enak oleh tuan rumah.

Terima kasih kepada Pak Syeikh dan Pak Mus atas layanan serta sambutan yang begitu mesra. Semoga ukhuwah dan keberkatan terus mekar dalam masyarakat kita.

Want your place of worship to be the top-listed Place Of Worship in Seremban?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Pusat Khidmat DUN Paroi, 45, Jalan Kemuning 1, Taman Kemuning
Seremban
70450