Muzium Negeri Sembilan
Jalan Sg. Ujong, 70200 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus. Tel: 06-7631149
Faks: 06-7615355 Isa bin Hj. Abdul Samad pada 8 Julai 1986.
25/03/2026
AKAN DATANG DI MUZIUM NEGERI, SEREMBAN
Buat julung kalinya di Negeri Sembilan…
Satu pameran yang penuh misteri, warisan dan keunikan bakal membuka tirai!
Di sebalik ukiran halus dan simbolik yang tersirat, tersimpan kisah yang merentasi zaman . Menghubungkan budaya, kepercayaan dan seni yang jarang dipertontonkan kepada umum.
🐉 “AKAN DATANG” – MEI 2026
Satu pengalaman baharu yang bakal membawa anda menyelusuri keindahan artifak luar biasa yang penuh nilai sejarah.
📍 Bertempat di Muzium Negeri,Seremban
Bersiap sedia untuk menyaksikan:
🔸 Memartabatkan Warisan & Budaya
🔸 Koleksi unik yang jarang dipamerkan
🔸 Pengalaman visual dan naratif
Ini bukan sekadar pameran… Ini adalah perjalanan menyingkap rahsia warisan.
🔥 NANTIKAN !!!
19/03/2026
NOTIS PEMAKLUMAN
Adalah dimaklumkan bahawa Penutupan Galeri Pameran dibawah pentadbiran Lembaga Muzium Negeri Sembilan Sempena Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026M adalah seperti berikut :-
21 Hingga 22 Mac 2026 (Sabtu & Ahad) , Raya Aidilfitri Pertama dan Kedua
Merangkumi :
Muzium Negeri, Seremban
Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti
Muzium Rembau
Teratak Za’ba
Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas
Galeri Pameran beroperasi seperti biasa pada 24 Mac 2026 (Selasa) jam 9.00 Pagi hingga 5.00 Petang
✨✨Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨✨
Click here to claim your Sponsored Listing.
Our Story
Sejarah Muzium Negeri Sembilan bermula apabila Yam Tuan ke-8, Tuanku Abdul Rahman memberi kebenaran Istana Ampang Tinggi dipindahkan ke Taman Bunga di Jalan Dato' Hamzah dan dijadikan Muzium Negeri. Disebabkan lokasi yang kurang sesuai, Muzium Negeri kemudiannya dipindahkan ke Kompleks Taman Seni Budaya Jalan Sungai Ujong. Bangunan Teratak Perpatih telah diisytiharkan secara rasminya oleh YAB Dato' Mohd. Isa bin Hj. Abdul Samad pada 8 Julai 1986. Bangunan itu yang dahulunya adalah astaka pertandingan Tilawah Al-Quran Kebangsaan 1981 telah diubahsuai dan dipelihara sebagai tanda kenangan dan kerana ciri-ciri Minangkabaunya, sebagai lambang senibina dan budaya rakyat Negeri Sembilan.
Category
Contact the museum
Telephone
Website
Address
Muzium Negeri Sembilan, Jalan Sungai Ujong
Seremban
70200
Opening Hours
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |
| Saturday | 09:00 - 17:00 |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |