JKMN Negeri Sembilan

JKMN Negeri Sembilan

Share

Official page JKMN Negeri Sembilan
Untuk maklumat lanjut tentang JKM sila lawati laman web

Photos from SPRM Negeri Sembilan's post 08/07/2026

Jalinan Kerjasama Demi Integriti: SPRM & JKM Negeri Sembilan

Seremban, 8 Julai – Fokus utama dalam memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang telus dan berintegriti, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan, Tuan Haji Muhammad Yusry Che Dah telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat SPRM Negeri Sembilan.

Pertemuan bersama Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Tuan Awgkok Ahmad Taufik Putra bin Awg Ismail ini bertujuan membincangkan kerjasama strategik bagi memperkasa budaya integriti, khususnya dalam aspek pengurusan dana kebajikan.

Langkah proaktif ini diharapkan dapat menutup ruang salah guna kuasa serta meningkatkan keyakinan orang awam terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh JKM Negeri Sembilan.

Turut hadir dalam sesi tersebut:
🔸 Pn. Nur Syahirah Binti Azahar (Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khidmat Pengurusan mewakili Unit Integriti JKM Negeri Sembilan)
🔸 PKPj Mohd Yusof bin Awg Osman (Timbalan Pengarah Operasi SPRM Negeri Sembilan)
🔸 PPj Fatimah binti Hamid (Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Negeri Sembilan)
🔸 PPj Mohamad Fareez bin Mohd Zawawi (Ketua Siasatan Negeri SPRM Negeri Sembilan)

Sama-sama kita membudayakan integriti dan menolak rasuah dalam setiap urusan pentadbiran.



# #𝐒𝐏𝐑𝐌𝐏𝐞𝐧𝐜𝐞𝐠𝐚𝐡𝐚𝐧

07/07/2026

PENCARIAN WARIS KANAK-KANAK

Maklumat Kanak-Kanak

Nama: Wisyah Tey Nuraafiyah
Tarikh Lahir: 22 Oktober 2020
Tempat Lahir: Hospital Port Dickson

Nama Ibu Kandung yang Dicari:
Tuti Ramahdani

RINGKASAN KES

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Port Dickson sedang mengendalikan satu kes melibatkan seorang kanak-kanak perempuan warganegara Indonesia, beragama Islam dan bernama Wisyah Tey Nuraafiyah.

Dimaklumkan bahawa ibu kandung kanak-kanak, Puan Tuti Ramahdani, telah menghilangkan diri selepas meninggalkan kanak-kanak tersebut dalam jagaan seorang individu. Sehingga kini, ibu kandung masih gagal dikesan dan tidak dapat dihubungi.

Pada masa ini, kanak-kanak berada di bawah jagaan individu berkenaan berdasarkan Perintah Mahkamah. Walau bagaimanapun, perintah jagaan tersebut akan tamat dalam masa terdekat dan pihak Jabatan sedang menjalankan penilaian semula bagi menentukan penempatan serta kebajikan kanak-kanak yang terbaik demi kepentingan dan masa depan kanak-kanak.

Sehubungan dengan itu, Jabatan memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Puan Tuti Ramahdani, atau ibu kandung sendiri, supaya segera hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Port Dickson atau menghubungi Puan Melati binti Che Mahmood, Pelindung Kanak-Kanak merangkap Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, di talian 06-647 1920 bagi membantu proses penilaian kes serta membolehkan Mahkamah membuat keputusan yang terbaik berkaitan penjagaan dan kebajikan kanak-kanak tersebut.

Segala kerjasama dan keprihatinan daripada orang ramai amatlah dihargai.

Disediakan oleh:
Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak Negeri
JKMN Negeri Sembilan

Want your organization to be the top-listed Government Service in Seremban?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Negeri Sembilan Darul Khusus Tingkat 1 Blok B, Wisma Negeri
Seremban
70000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00