DOSM Negeri Sembilan
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from DOSM Negeri Sembilan, Government Organization, Seremban.
30/05/2026
PELAKSANAAN KERJA OPERASI BANCI EKONOMI 2026 (BE 2026) FASA 2 DI NEGERI SEMBILAN
Dikongsikan kerja-kerja Pelaksanaan Banci Ekonomi 2026 (BE 2026) dan NPI (Non Profit Institution) pada:
📆 Khamis-Jumaat, 28-29 Mei 2026
Daerah: Rembau
Lokasi:
🔸 Pedas Tengah
🔸 Pedas Indah
🔸 Kundur
🔸 Pekan Rembau
🔸 Chengkau
🔸 Pulau Mampat
🔸 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
🔸 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK)
🔸 Restoran Ikan Bakar Sungai Rembau
Kerjasama dan komitmen semua pihak amatlah dituntut demi kemajuan negara.
Sumbangan kecil anda..
Amat besar ertinya kepada 🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾
21/05/2026
Khamis, 21 Mei 2026
Sesi Penyelenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance) bagi Mesin Pengimbas ICR berserta taklimat penggunaan TransformIR (Perisian ICR) bagi Banci Ekonomi 2026 (BE2026) telah dilaksanakan di DOSM Negeri Sembilan.
Kerja-kerja pemasangan, penetapan dan pengujian sistem telah diadakan bagi memastikan proses pengimbasan serta pemprosesan data dapat dilaksanakan dengan lebih lancar.
Terima kasih kepada dua orang pegawai daripada Bahagian Pengurusan Maklumat iaitu Puan Haniza dan Cik Nur Aina Nabilah yang telah memberikan komitmen serta berkongsi ilmu sepanjang sesi yang berlangsung selama tiga hari (19-21 Mei 2026). Sesi hands-on penggunaan mesin pengimbas ICR amatlah bermanfaat dan membantu meningkatkan kefahaman serta kemahiran peserta dalam pengendalian sistem pengimbasan dengan lebih efisien dan teratur.
Semoga segala ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam memastikan kejayaan Banci Ekonomi 2026 ini.
13/05/2026
Rabu, 13 Mei 2026
Sesi Taklimat dan Latihan Pengisian Borang Soal Selidik Banci Ekonomi 2026 (BE 2026) bagi Liputan Non Profit Institution (NPI) kepada semua warga DOSM Negeri Sembilan telah diadakan di Bilik Salatin, Era Square.
Taklimat yang telah disampaikan oleh Cik Yuslianah binti Yusof adalah bertujuan untuk menerangkan:
🔸Mengenai data pendapatan dan perbelanjaan yang perlu dikumpul
🔸Konsep pembiayaan atau dana yang diterima
🔸Definisi sukarelawan dan tenaga kerja bagi sektor NPI
🔸Pemilikan aset yang perlu direkodkan dan aktiviti organisasi terpilih.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir. Semoga segala penerangan yang disampaikan dapat membantu memudahkan proses pengisian borang selidik dengan lebih tepat dan berkesan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Seremban
70000
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |