MARA Negeri Sembilan
Badan Berkanun Persekutuan yang memberi perkhidmatan dalam bidang Keusahawanan dan Pendidikan
02/07/2026
๐ PROGRAM HALAL BIZSTART: LANGKAH PERTAMA KUASAI PASARAN HALAL
Ingin bawa perniagaan anda ke peringkat seterusnya tetapi pening memikirkan cara nak mohon Sijil Halal? Atau anda rasa Sijil Halal ini hanya untuk syarikat besar sahaja?
Tanggapan itu salah! Memiliki Sijil Halal adalah kunci emas untuk membina kepercayaan pelanggan, meluaskan pasaran, dan melonjakkan jualan perniagaan anda. Sertai Program Halal BizStartโsebuah program khas yang direka untuk membimbing usahawan memulakan langkah pertama dalam pensijilan halal dengan cara yang betul dan mudah.
๐ฏ Tujuan Program
Program ini diadakan bertujuan untuk:
Membina Kesedaran (Awareness): Memberikan kefahaman tentang kepentingan dan potensi besar pasaran halal untuk usahawan tempatan.
Mempermudahkan Proses: Membongkar langkah demi langkah (step-by-step) proses permohonan Sijil Halal Malaysia yang sebenar agar tidak lagi dianggap rumit.
Persediaan Dokumentasi: Membimbing peserta memahami syarat-syarat asas, kebersihan, dan dokumentasi yang diperlukan sebelum memohon.
๐ Hasil Pembelajaran (Outcome)
Selepas menghadiri program ini, peserta akan dapat:
Pelan Tindakan Halal: Tahu dengan jelas tindakan pertama yang perlu dilakukan untuk premis atau produk mereka bagi memenuhi kriteria JAKIM / JHEAINS.
Sedia Dokumentasi Asas: Mampu menyemak dan menyediakan keperluan asas seperti spesifikasi bahan mentah dan susun atur premis yang patuh syariah.
Peluang Pasaran Lebih Luas: Bersedia untuk memposisikan jenama perniagaan ke pasaran premium, pasar raya besar, dan industri rantaian bekalan halal.
๐ Maklumat Program
Tarikh: 15 Julai 2026 (Rabu)
Masa: 1.30 Petang - 6.00 Petang
Tempat: Palm Hotel, Seremban
Yuran Pendaftaran: PERCUMA! (Tiada sebarang bayaran dikenakan)
Kemudahan: โ Makan & minum disediakan untuk para peserta.
Pegawai untuk dihubungi:
Pn Roszaida 013-396 7792
En. Hafizan 019-675 7068
๐ Masa Untuk Bertindak! Sijil Halal bukan lagi satu kelebihan, tetapi satu keperluan dalam perniagaan hari ini. Tempat adalah terhad untuk usahawan yang serius ingin berkembang sahaja.
[Klik Link Di Bawah Untuk Daftar Slot Percuma Anda Sekarang]
๐ https://forms.gle/z7pMmycXboHt3jN78
24/06/2026
๐๐ข๐ฌ๐ค๐ฎ๐ฌ๐ข ๐๐ญ๐ซ๐๐ญ๐๐ ๐ข๐ค ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐๐ง ๐๐จ๐๐๐ฅ ๐๐ง๐ฌ๐๐ง
Seremban, 24 Jun 2026 - Pertemuan dan perbincangan strategik antara MARA Negeri Sembilan dan Markas Pemerintahan Latihan Dan Doktrin Tentera Darat, Kem Segenting, Port Dickson telah berlangsung di Pejabat MARA Negeri, Negeri Sembilan. Lt Kolonel Azrul bin Shamsuddin bersama pasukan markas Kem Segenting mengetuai delegasi ini dalam membincangkan ruang dan peluang kolaborasi bersama MARA ke arah memperolehi pengiktirafan sijil standard kepada bidang kursus yang dilaksanakan oleh markas pada masa ini.
Perbincangan ini turut dihadiri Pengarah TVETMARA Rembau, Pegawai Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT), GIATMARA Negeri Sembilan dan pegawai-pegawai MARA Negeri. Pertemuan ini juga turut bertukar pendapat dan perkongsian idea kepada program TVET dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi memberi nilai tambah kepada kompetensi anggota tentera sebelum persaraan di samping program keusahawanan.
Semoga diskusi strategik ini dapat membuka ruang dan peluang kepada kedua-dua pihak untuk kolaborasi dengan memfokuskan kepada pembangunan kompetensi anggota kerja selaras dengan latihan/program kursus yang disediakan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada tuan/puan sekalian.
Selamat Maju Jaya.
21/06/2026
๐จ๐ฆ๐๐๐๐ช๐๐ก ๐๐๐ง๐ ๐ง๐ข ๐๐๐ข๐๐๐ ๐ ๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐ก๐ฌ๐๐ฅ๐ง๐๐ ๐๐๐๐ซ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Majlis Amanah Rakyat menerusi Program Gate to Global bakal menyertai pameran makanan dan minuman bertaraf antarabangsa JAPAN INTERNATIONAL FOOD & BEVERAGES EXPO 2026 (JFEX) yang akan diadakan di Tokyo Big Sight, Tokyo, Jepun pada 24 hingga 26 Jun 2026.
Penyertaan melibatkan 5 syarikat usahawan di bawah bimbingan MARA menerusi Program Gate to Global untuk memperluas akses pasaran global, mengerat jaringan perniagaan antarabangsa serta meneroka peluang eksport menerusi platform B2B yang menghimpunkan pemain industri dari pelbagai negara.
Syarikat yang terlibat :
Samz Holding Sdn. Bhd.
Joeyees Trading Sdn. Bhd.
Syarikat Jutaan Purnama
Nims Adeliciousz Sdn. Bhd.
Nutrivera Manufacturing Sdn. Bhd.
Semoga penyertaan ini dapat memperkasa dan memacu usahawan Bumiputera agar lebih kompetitif dan berdaya saing di persada antarabangsa.
16/06/2026
๐๐๐๐ฎ๐ญ๐ฒ๐ฉ๐ซ๐๐ง๐๐ฎ๐ซ: ๐๐ฅ๐จ๐๐๐ฅ ๐๐ฎ๐ฌ๐ข๐ง๐๐ฌ๐ฌ ๐๐ซ๐๐ง๐ ๐๐๐๐
๐ฝ๐๐ฃ๐๐ ๐๐ฉ, ๐๐ฃ๐จ๐ฅ๐๐ง๐๐จ๐ & ๐๐๐ง๐ ๐๐จ๐๐ ๐๐ฃ!
Kuala Lumpur, 13 Jun 2026 - Penganjuran forum โBeautypreneur: Global Business Trendโ di International Beauty Expo (IBE) yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Forum yang dikendalikan oleh Dr. Mohd Azly bin Zakaria ini menampilkan panel khas diketuai oleh Datin Rosnawati Salleh (MBMUAA), Dr. Nurhidayah Roslan (Dr. Anne Skincare), Puan Rohana Jusoff (MARA) dan Encik Omar Mohd Salleh (MATRADE).
Menerusi forum ini, Datin Rosnawati Salleh Rose JR Jr. mendedahkan bahawa zon selesa dan ketakutan untuk mengubah paradigma merupakan kekangan terbesar buat jurusolek tempatan, justeru MBMUAA komited memberikan latihan dan pensijilan demi membina kredibiliti mereka.
Seterusnya, Dr. Nurhidayah menekankan kepentingan R&D berasaskan sains bagi menolak produk 'timbang kilo' dan memacu jenama Dr Anne Skincare yang diiktiraf Malaysia Book of Records ke pasaran global.
Pn Rohana Jusoff hadir mewakili Ketua Pengarah MARA memaklumkan agensi MARA bertindak sebagai 'One Stop Ecosystem' menerusi program seperti Beauty In Business yang menawarkan program keusahawanan, Premis Perniagaan serta sokongan Skim Pembiayaan Perniagaan untuk membantu perniagaan usahawan terus berkembang dan berdaya maju di samping menaik taraf operasi perniagaan serta pensijilan perniagaan sebagai pemangkin utama melonjakkan kredibiliti.
Informasi daripada MATRADE dengan menyediakan Geran Pembangunan Pasaran (MDG) sehingga RM300,000 untuk kos pemasaran eksport serta sesi padanan perniagaan (B2B) bersama pengimport global.
Wanita kini pemacu utama ekonomi, usahawan wanita digalakkan untuk terus membina keyakinan diri, menguasai pengurusan kewangan dan berani menghadapi risiko. Keusahawanan wanita merupakan pemacu utama ekonomi.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Seremban Plaza, Jalan Dato' Muda Linggi
Seremban
70100