Integriti USIM

Integriti USIM

Share

Integrity

15/07/2026

Selamat Menduduki Peperiksaan buat SRIM & AMAR! πŸ“πŸ’‘

Berintegriti dalam menuntut ilmu, jujur pada diri sendiri. Kejayaan yang hakiki bermula daripada usaha yang murni dan penuh disiplin.

Lakukan yang terbaik, kekal fokus, dan semoga beroleh kejayaan yang cemerlang! 🀲✨

Ikhlas daripada Pejabat Integriti Universiti Sains Islam Malaysia.

15/07/2026

Pejabat Integriti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang ke Pejabat Integriti, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

✨ Encik Mohd Saifullah Zulkapli
✨ Puan Aslita Zainal

Semoga kehadiran dan pengalaman yang dibawa dapat menyumbang kepada kecemerlangan perkhidmatan serta memperkukuh budaya integriti, amanah dan profesionalisme di USIM.

Selamat maju jaya dan selamat menjalankan tugas. Bersama-sama kita membudayakan integriti demi kecemerlangan universiti.

03/07/2026

🎁 DAPAT HADIAH? JANGAN TERUS SIMPAN!

Sebelum menerima hadiah, pastikan ia mematuhi Garis Panduan Pemberian dan Penerimaan Hadiah USIM.

βœ… Tanyakan diri anda: β€’ Adakah ia berkaitan tugas rasmi?
β€’ Boleh menimbulkan konflik kepentingan?
β€’ Perlu dilaporkan kepada Ketua Jabatan?

⚠️ Lindungi integriti diri dan organisasi. Jika ragu-ragu, dapatkan nasihat Ketua Jabatan atau Pejabat Integriti USIM.

πŸ“– Rujukan: Pekeliling Pentadbiran Bil. 6 Tahun 2024 – Garis Panduan Pemberian dan Penerimaan Hadiah USIM

29/06/2026

NAK JADI CALON? NAK BANTU KEMPEN?
πŸ›‘ Tunggu dulu!
Sebelum terlibat dalam aktiviti politik, pastikan anda faham kedudukan anda sebagai penjawat awam.
βš–οΈ Setiap kumpulan perkhidmatan (Pengurusan Tertinggi / Profesional / Pelaksana)
πŸ‘‰ mempunyai peraturan yang BERBEZA.
❌ Jangan anggap semua boleh
❌ Jangan ikut orang lain
❌ Jangan bertindak tanpa maklumat yang betul
πŸ“Œ Semak dahulu Akta 605 & pekeliling berkaitan
⚠️ Kegagalan mematuhi peraturan boleh menyebabkan tindakan tatatertib diambil.
βœ… Tahu peraturan sebelum bertindak!

Photos from Integriti USIM's post 24/06/2026

NILAI, 24 Jun 2026 – Kursus Asas Pengurusan Integriti (KAPI): Tatacara Perolehan dan Kewangan Jabatan telah berjaya dilaksanakan pada Rabu bertempat di Galeri Canselori, Aras 1, Bangunan Canselori dengan penyertaan staf daripada Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (Skim J) serta kumpulan pengurusan dan profesional serta pelaksana Gred 5 ke atas.

Program yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran warga kerja terhadap risiko rasuah dalam pengurusan projek pembangunan, di samping memperkukuhkan nilai integriti dalam pelaksanaan tugas harian.

Sepanjang program, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai pengisian penting termasuk penerangan berkaitan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan kesalahan berkaitan, risiko rasuah dalam projek dan perolehan, serta panduan mengenal pasti dan menangani situasi berisiko dalam organisasi.

Pelaksanaan kursus ini turut memberi impak positif apabila berjaya meningkatkan tahap kesedaran dan sensitiviti staf terhadap isu integriti dan rasuah, seterusnya menyumbang kepada pemantapan tadbir urus dan akauntabiliti organisasi. Selain itu, ia juga berperanan dalam mengurangkan risiko ketirisan dalam pengurusan projek pembangunan serta membudayakan nilai integriti dalam kalangan warga kerja.

Secara keseluruhannya, penganjuran Kursus KAPI ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada pembentukan persekitaran kerja yang lebih telus, berakauntabiliti dan bebas rasuah selaras dengan aspirasi organisasi dalam memperkukuh tadbir urus yang baik.

18/06/2026

Setiap langkah meninggalkan jejak… πŸ‘£
Ke mana arah hijrah kita hari ini?
Mari bina diri berintegriti – jujur, amanah dan berprinsip demi kecemerlangan bersama.
🌿 Hijrah bermula dari diri kita.

Photos from Integriti USIM's post 17/06/2026

*🌿✨ TAZKIYATUN NAFSI IS COMING! ✨🌿*

Nak isi masa cuti dengan aktiviti yang best? πŸ˜†
Nak jumpa kawan baru? 🀝
Nak sertai pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan? πŸŽ‰

*Kalau ya, Tazkiyatun Nafsi adalah program yang anda cari!🀩*

πŸ“Œ Butiran Program
πŸ“… *Tarikh* : 20 Jun 2026 (Sabtu)
πŸ•’ *Masa* : 8 pagi - 5 petang
πŸ“ *Lokasi* : KITM USIM
πŸ’Έ *Yuran* : RM15
πŸ‘₯ *Kategori* : Berumur 7-13 tahun

πŸ‘€ *APA YANG MENARIK?*
🎯Aktiviti explorace berkaitan dakwah & integriti dalam kumpulan
🀝 Kenali kawan baharu
🌟 Bina keyakinan diri dan kemahiran sosial
🎁 Hadiah & cenderamata menarik

➑️ DAFTAR SEKARANG!
πŸ“² https://forms.gle/WShpQSWqirqZqdmb8

⏳ *Tempat adalah terhad kepada 60 peserta sahaja!*

Sebarang pertanyaan:
πŸ“ž Amani : 017-3505758
πŸ“ž Sakinah : 011-60640832

πŸŒΏπŸ’š Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada Program Tazkiyatun Nafsi. Kami tunggu anda di sana! ✨

*SEKRETARIAT RAKAN* *INTEGRITI MAHASISWA*
*SESI AKADEMIK 2025/2026*
*UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA*

16/06/2026

✨ Salam Awal Muharam 1448H / 2026M✨

Marilah kita melangkah ke tahun baharu dengan hati yang bersih, niat yang ikhlas, dan tekad yang jitu demi kebaikan bersama.

Semoga setiap langkah kita diberkati Allah SWT dan usaha kita sentiasa dirahmati.
Mari kita hayati semangat Madani agar ummah terus diberkati dan dipandu ke arah kemajuan.

Ikhlas daripada Pejabat Integriti USIM

11/06/2026

MERAFAK SEMBAH SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Mulia Tunku Zain Al-'Abidin ibni Tuanku Muhriz, Pro- Canselor USIM atas pemasyhuran sebagai Tunku Panglima Besar pada 11 Jun 2026 bersamaan 25 Zulhijjah 1447H di Istana Besar Seri Menanti.

Seluruh warga USIM mendoakan semoga Yang Amat Mulia sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT, serta dikurniakan kesihatan, kebijaksanaan, dan kekuatan dalam meneruskan amanah demi menjunjung kedaulatan Institusi Diraja Negeri Sembilan serta kesejahteraan rakyat dan negeri.

Ikhlas daripada seluruh warga USIM

Photos from Integriti USIM's post 10/06/2026

Nilai, 10 Jun 2026 – Program Mini Konvensyen Integriti & Antirasuah 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada hari ini bertempat di Dewan Auditorium, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang ini merupakan inisiatif bagi memperkukuh kesedaran warga universiti khususnya mahasiswa terhadap kepentingan amalan integriti dan penolakan rasuah dalam kehidupan seharian serta dalam persekitaran kerja pada masa hadapan.

Konvensyen ini menghimpunkan pelbagai pengisian menarik termasuk sesi forum dan perkongsian panel yang menampilkan individu berpengalaman dalam bidang integriti. Antara pengisian utama adalah sesi forum yang dikendalikan oleh seorang moderator bersama beberapa panel jemputan yang berkongsi pandangan serta pengalaman berkaitan cabaran dan usaha membanteras gejala rasuah dalam kalangan masyarakat.

Selain itu, program turut diserikan dengan kehadiran seorang personaliti jemputan yang terkenal dalam bidang media sosial, yang berkongsi perspektif mengenai peranan generasi muda dalam menyebarkan mesej integriti melalui platform digital.

Penganjuran program ini melibatkan kerjasama pelbagai pihak termasuk Pejabat Integriti USIM, Majlis Perwakilan Pelajar dan beberapa organisasi berkaitan integriti serta antirasuah. Program ini turut mendapat sokongan daripada Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) USIM dan SPRM Negeri Sembilan yang memainkan peranan penting dalam penglibatan mahasiswa.

Melalui penganjuran konvensyen ini, diharapkan para peserta dapat meningkatkan kefahaman serta menghayati nilai integriti sebagai asas penting dalam pembentukan sahsiah diri dan profesionalisme.

β€œIntegriti Tunjang Kesejahteraan, Rasuah Musuh Negara” terus dijadikan pegangan dalam usaha melahirkan masyarakat yang beretika dan bebas daripada amalan rasuah.

Want your university to be the top-listed University in Seremban?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


USIM
Seremban
71800