Tips Biskut Raya Sedap
Untuk berkongsi dan mendidik tips serta cara membuat biskut raya sedap dengan mudah.
06/08/2019
Hari ni nak kongsi Resepi Biskut Cornflakes Madu. Resepi ni memang budak-budak la paling s**a. Dia rangup dan manis kan. Senang sangat tutup mata pun boleh buat. Haha. So selamat mencuba gaiss.
Bahan-bahan ( 50-60 biji )
4 cawan Cornflakes
¼ cawan madu
¼ cawan mentega
Papercup secukupnya
Sprinkles sebagai hiasan
Ceri (sebagai hiasan - ikut s**a)
Cara-cara
Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair. Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam mangkuk.
Campuran mentega dan madu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi Cornflakes tadi. Gaul rata hingga semua Cornflakes diselaputi dengan madu.
Sudukan ke dalam paper cup dan tabur sprinkles ke atasnya. Letak hirisan ceri jika s**a.
Susun di loyang dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu yang bersesuaian.
Credit to : AzieKitchen.com
29/07/2019
Biskut Rangup Bussku. Tak rasa lagi tak tahu. Sekali Rasa Ingat Selalu.
Tips Bikut Raya RANGUP! Yang pasti dia tak terlalu rapuh sampai tak boleh nak susun dalam baling. Rangup maksudnya bila kita makan dia berderap elok je dalam mulut. Tapi tak terlalu keras sampai rasa macam makan batu. Haha. Ok cukup. Jom kita start.
Tips pertama :
1. Penggunaan Butter/Mentega sebagai bahan asas. - Guna yang tulen/pure tak main yang pelesu ya. Nanti biskut tak rangup sado. Kalau tak sado jangan salahkan saya ya. Cari yang ada tulis pure butter saya s**a pakai buttercup.
2. Kalau boleh elakkan pakai majerin sebab nanti biskut rasa masin, cepat berbau tengik.
3. Semasa putar butter jangan terlalu lama, jika tidak nanti biskut jadi lembik dan tak ranggup. Cukup hingga dia bertukar warna cerah sikit je.
4. Biskut yang menggunakan kekacang mestilah dibakar terlebih dahulu. Jangan beli terus guna nanti tak ranggup. Rajin sikit. Samada nak bakar dalam oven atau goring tanpa minyak dua-dua pun boleh.
5. Guna mentega yang dalam suhu bilik, jangan guna yang baru keluar dari peti ais. Gelojoh sangat pun. Haha. Keluarkan awal dalam 5 jam sebelum start buat biskut.
6. Bila dah siap jadi doh, wrap elok-elok dengan plastic wrap dan simpan dalam peti sejuk selama 3-4 jam. Lepas keluar dari peti dan doh agak keras jangan risau uli sahaja.
7. Boleh tambah tepung jagung, tepung kastard, tepung ubi dan tepung kentang tapi jangan banyak sangat. Boleh juga tambah emplex, gula pasir, serbuk badam dan shortening untuk ranggupkan biskut.
8. Adunan yang gunakan bijirin seperti oat, nestum, cornflakes dan gandum adunan mesti lembut, kerana bijirin akan serap lelemak dan akan mengeras setelah direhatkan.
9. Teknik tabur tepung atas papan sebelum diuli juga akan menjadikan adunan bijirin menjadi keras.
10. Guna loyang pembakar yang tepinya rendah, ini akan memudahkan aliran haba dari oven ke biskut dan menjadikan biskut masak sekata.
11. Jangan terlalu banyak menyapu butter pada loyang,ia akan menyebabkan biskut jadi berminyak dan lembab.
Itu sahaja tips kita pada hari ini. Harap membantu akak2 mencapai impian biskut raya terangup di dunia dengan segala macam tips ini. adios.
credit to Maszie.blogspot.com
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Puncak Jalil
Seri Kembangan
43000