Humaira KASIH Ikhlas
Humaira Kasih Ikhlas menyediakan Al Quran Premium kepada Mahad, Sekolah, Madrasah, Pondok Pengajian
05/08/2021
IBU BAPA ADALAH JANTUNG KITA DUNIA AKHIRAT
Siapakah kita di dunia tanpa mereka ?
" Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak
menyembah melainkan kepadaNya semata-mata,
dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.
Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali,
sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu,
maka janganlah engkau berkata kepada mereka
(sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha",
dan janganlah engkau menengking menyergah mereka,
tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia
(yang bersopan santun)." - Surah Al-Isra' : 23
Allah SWT mewasiatkan tentang tanggungjawab terhadap
ibu bapa secara serius.
Nabi Muhammad SAW pernah berkata orang yang hina
adalah orang yang mempunyai peluang bersama ibu bapanya tetapi gagal untuk mengambil peluang tersebut bagi membolehkan dia untuk masuk ke dalam syurga.
Daripada Abu Huraira R.A, Rasulullah SAW bersabda :
" Kehinaan, kehinaan, kehinaan."
Baginda ditanya :
"Siapa (yang engkau maksudkan) wahai Rasulullah ?"
Rasulullah menjawab :
"Siapa sahaja yang mempunyai orang tuanya ketika sudah lanjut usia, salah satu atau keduanya namun tidak (menjadikannya sebab) masuk syurga."
- [Riwayat Muslim (2551)]
Terdapat dua jenis tanggungjawab terhadap ibu bapa :
I ) Semasa kedua ibu bapa masih hidup.
- Memberi layanan yang baik dan tidak meninggikan suara
di hadapan mereka.
- Menghulur bantuan kepada ibu bapa mengikut
kemampuan kita sendiri.
" Apabila Allah SWT memberikan seseorang kebaikan
(kelebihan dari sudut harta) maka mulakanlah dengan
dirinya dan juga ahli keluarganya." [Riwayat Muslim (1822)]
- Taat dan jangan sama sekali menderhakai ibu bapa.
- Sentiasa mendoakan perkara yang baik-baik kepada
mereka.
II ) Melangsaikan hutang-hutang yang wajib iaitu hutang
dengan Allah SWT seperti haji, puasa, nazar dan
sebagainya.
Telah datang kepada Nabi Muhammad SAW seorang lelaki,
lalu berkata :
" Wahai Rasulullah ! Sesungguhnya ibuku telah meninggal
dunia dan ke atasnya puasa Ramadhan
(meninggalkan puasa). Adakah aku perlu qadha' puasa bagi
puasa bagi pihaknya ?"
Rasulullah SAW bersabda :
" Ya, kerana hutang dengan Allah lebih berhak untuk
tunaikan." [Riwayat al-Bukhari (1953)]
- Menunaikan hutang-hutang ibu bapa yang telah pergi
kepada manusia setakat yang mampu.
- Sentiasa berdoa kepada mereka kerana doa seorang anak
yang soleh merupakan amalan yang tidak terputus.
- Ziarah - menziarahi sahabat ataupun keluarga ibu bapa kita
untuk menyambung pertalian silaturrahim.
- Sedekah untuk mereka walaupun mereka telah pergi.
- Tunaikan wasiat ibu bapa yang telah pergi dengan baik.
"Setiap dosa akan dilewatkan oleh Allah hukumannya
mengikut kehendak-Nya sehingga hari kiamat kecuali
derhaka kepada ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah akan
menghukumkan kepada pelakunya semasa hidup sebelum
kematian lagi." [Riwayat al-Hakim (7263)]
Ibu bapa adalah satunya anugerah paling istimewa maka,
kita jagalah mereka seperti mutiara dan sentiasa doa yang
terbaik buat mereka.
03/08/2021
Alhamdullilah, mari kita sama-sama doakan usaha pelaksanaan wakaf di bawah program Kasih Ikhlas berjalan dengan lancar.
Semoga Al-Quran Premium 35 dalam 1 yang diwakafkan oleh para pewakaf yang murah hati ini dapat membantu dan melahirkan para Hafiz dan Hafizah.
Jika anda berminat untuk mengukir senyuman pelajar tahfiz dengan wakafkan Al-Quran Premium 35 dalam 1 ini boleh klik link ini.
https://www.kasihikhlashasaria.com/pages/infaq
Sekiranya berminat untuk memiliki boleh klik link dibawah.
https://www.kasihikhlashasaria.com/pages/al-quran-1
ALHAMDULILLAH SYUKUR
Tanggal 31hb Mei tepat jam 5.30pm. Ade Azhar Trading Sdn Bhd telah berjaya merealisasikan satu impian besar team Ade Azhar
Dengan termeterainya Memorandum Persefahaman (MOU) bersama MAPIM : Malaysian Consultative Council for Islamic Organization maka secara rasmi Ade Azhar Trading Sdn Bhd akan bekerjasama untuk membangunkan Ummah
Terima Kasih Para Penyumbang & Pewakaf, sumbangan anda dapat membantu mereka yang memerlukan
Semoga usaha kecil ini dapat membantu saudara kita di Gaza dan juga Insya-Allah buat saudara kita yang berada di Malaysia
"mudahkan urusan orang lain, maka Allah akan permudahkan juga urusan kita"
Nak sama bantu dalam usaha kami ni ? Boleh tekan link dibawah
https://www.prihatinalquran.com/pages/infaq
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Tidak akan berganjak kedua kaki seorang hamba pada hari kiamat melainkan ditanya dahulu tentang empat perkara, tentang umurnya dan untuk apa dihabiskan, masa mudanya bagaimana ia mempergunakanya, hartanya dari mana ia memperolehinya dan untuk apa ia membelanjakannya dan tentang ilmunya bagaimana ia memanfaatkannya".
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Address
No 66A Tingkat, 1, Jalan Pelabur A 23/A, Seksyen 23
Shah Alam
40300