Shahir Rais

Shahir Rais

Share

Menyampaikan kelebihan dan kebaikan perlindungan takaful yang patuh syariah untuk diri sendiri, keluarga dan hartanah.

27/09/2020

Suami WAJIB ambil iktibar kalau tak nak perkara sama berlaku pada Isteri masing-masing.

Ini cerita yang di sampaikan pada saya tentang Makcik Maznah (bukan nama sebenar) yang berusia 63 tahun.

Bagi saya kes ini macam orang biasa kata sudah jatuh ditimpa tangga.

Arwah suami beliau sudah meninggal dunia 3 tahun, tetapi dalam 2 minggu lepas Makcik Maznah mendapat panggilan dari badan pemberi pinjaman XX.

Kata mereka, arwah suami tidak membayar hutang pinjaman semasa hayatnya.

Baki hutang keseluruhannya lebih kurang RM20,000 dan perlu dilangsaikan segera bagi mengelakkan Makcik Maznah didakwa dan disumbatkan ke penjara kerana beliau adalah penjamin.

Sudahlah Makcik Maznah menyara hidup hanya dengan hasil jualan kuih yang tak seberapa.

Nak dapat RM200 sebulan pun payah sampai tak mampu membayar sewa rumah.

Sekarang terpaksa p**a menanggung beban hutang dari arwah suami.

Nak harapkan anak-anak, beliau tak dikurniakan zuriat.

Nak minta bantuan ahli keluarga lain, mereka juga ada beban masalah sendiri.

Berat masalah Makcik Maznah. Betul-betul jatuh ditimpa tangga.

Ya! Ini kisah benar..

Bila saya dengar, saya wajib kongsi cerita ini pada semua.

Saya nak para Suami ambil iktibar dan belajar dari kes Makcik Maznah ini.

Jangan sampai Isteri kita p**a yang menanggung beban hutang kita di masa depan.

Para Suami, sila pastikan :

+ Isteri tahu semua perkara membabitkan kewangan dan pinjaman. Bincang dengan isteri jika ada masalah membabitkan bayaran balik. Terutamanya bila Isteri dijadikan Penjamin.

+ Usahakanlah sehabis baik untuk tinggalkan sedikit harta buat isteri teruskan hidup walau tidak mampu banyak, bila kita (suami) sudah tak ada. Takkan kita sanggup biar Isteri kita hidup susah melarat kan?

+ Selain hutang, aset dan harta juga sebaiknya di uruskan sejak dari sekarang. Menjadi tanggungjawab suami untuk memudahkan semua urusan supaya tidak menjadi isu di masa hadapan.

Kita berkahwin bukan semata-mata memikirkan kemaslahatan isteri semasa suami hidup sahaja, tetapi apa nasib si isteri setelah Suami pergi meninggalkan dunia.

Moga dipermudahkan urusan Makcik Maznah.

Ada yang pernah lalui kes macam ni? Rasanya banyak sangat kes macam ni di luar sana. Boleh kongsi pengalaman di ruangan komen..

24/09/2020

Betul ke kalau kita jatuh kereta, masuk hospital boleh dapat sehari Rm100?

05/09/2020

Bila kau ambik takaful bukan bermakna kau dah putuskan tawakal pada Tuhan, tapi kau usahakan satu alternatif sebagai pelengkap tawakal tu.

Takaful ni kau jadikan sebagai persediaan sebelum kau tawakal. Lagipun bukan takaful ni bagi jaminan kau selamat dari musibah. Semua orang akan rasa musibah tu cuma masa, cara, bagaimana tu je tak tahu. Ujian dan dugaan tu datang banyak cara. Sebab tu kena ada persediaan.

Simple,

Kau nak ambik peperiksaan, belajar dan buat ulangkaji persediaan yang kau kena buat.

Kau nak raya kau shopping baju raya untuk persediaan hari raya nanti.

Kau simpan air untuk persediaan nak hadapi masalah tiada air.

Kita ambik takaful ni bukan nak elak takdir Tuhan tapi satu cara untuk siapkan persediaan malah bukan untuk diri kau sorang je tapi keluarga kau jugak.

Moga kita semua dapat buat persediaan untuk dunia dan akhirat.

Want your business to be the top-listed Finance Company in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Shah Alam
40170