MSD Kembara
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MSD Kembara, Travel Company, No 35 B, Jalan Pelabur B, 23/B, Syeksyen 23, Shah Alam.
08/10/2019
Umrah Tijaari
sila klik👇👇
www.wasap.my/60136771513/NakPergiUmrah
04/10/2019
Ringkasan Sejarah Masjid Nabawi.
Ketika Nabi Muhammad S.A.W tiba di Madinah, beliau memutuskan untuk membangunkan sebuah masjid, yang sekarang dikenal dengan nama Masjid Quba. Masjid kedua yang dibina ialah Masjid Nabawi, yang bererti Masjid Nabi. Masjid Nabawi terletak di pusat Madinah. Masjid Nabawi dibangunkan di sebuah lapangan yang luas. Di Masjid Nabawi juga terdapat mimbar yang sering dipakai oleh Nabi Muhammad S.A.W. Masjid Nabawi menjadi jantung kota Madinah saat itu. Masjid ini digunakan untuk kegiatan politik, perancangan kota, menentukan strategi askar, dan untuk mengadakan perjanjian. Bahkan, di kawasan sekitar masjid digunakan sebagai tempat tinggal sementara oleh orang-orang fakir miskin.
03/10/2019
*MINUM AIR ZAMZAM DAN DOA*
✍️ Antara perkara yang digalakkan adalah meminum Air Zamzam.
Barangsiapa yang mempunyai hajat maka hendaklah dia meminum Air Zamzam dengan niat supaya hajatnya tertunai. Justeru, barangsiapa yang hendak minum Air Zamzam maka hendaklah dia berkata ketika meminumnya:
اللَّهُمَّ إنَّه بلغني أنَّ نبيَّك ﷺ قالَ: "مَاءُ زَمْزَمَ لِمَا شُرِبَ لَهُ" اللَّهُمَّ إنِّي أَشْرَبُهُ مُسْتَشْفِيًا بِهِ فَاشْفِنِي وَاغْفِرْ لِي، اللَّهُمَّ إني أَسأَلُكَ عِلْمًا نافِعًا وعَملًا مُتَقبَّلًا ورِزقًا واسعًا وشِفاءً مِن كُلِّ داءٍ وسَقَم.
Mafhumnya: "Ya Allah, sesungguhnya telah sampai kepadaku bahawa sesungguhnya Nabiyy-Mu ﷺ telah bersabda: "Air Zamzam itu diminum dengan apa yang diniatkan untuknya". Ya Allah, sesungguhnya aku meminumnya (Air Zamzam) sebagai penyembuh maka sembuhkanlah aku dan ampunilah aku. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadamu ilmu yang bermanfaat, amalan yang diterima, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit".
✍️ Al-Ĥāfiž al-Nawawī berkata di dalam kitabnya al-Majmū^ (j.8, hlm. 270):
قَالَ الإمامُ الشَّافِعِيُّ وَالأَصْحَابُ وَغَيْرُهُمْ: يُسْتَحَبُّ أَنْ يَشْرَبَ مِنْ مَاءِ زَمْزَمَ، وَأَنْ يُكْثِرَ مِنْهُ، وَأَنْ يَتَضَلَّعَ مِنْهُ - أَيْ يَتَمَلَّى - وَيُسْتَحَبُّ أَنْ يَشْرَبَهُ لِمَطْلُوبَاتِهِ مِنْ أُمُورِ الآخِرَةِ وَالدُّنْيَا، فَإِذَا أَرَادَ أَنْ يَشْرَبَهُ لِلْمَغْفِرَةِ أَوْ الشِّفَاءِ مِنْ مَرَضٍ وَنَحْوِهِ اسْتَقْبَلَ الْقِبْلَةَ ثُمَّ ذَكَرَ اسْمَ اللَّهِ تَعَالَى، ثُمَّ قَالَ: اللَّهُمَّ إنَّهُ بَلَغَنِي أَنَّ رَسُولَك صلى الله عليه وسلم قَالَ: "مَاءُ زَمْزَمَ لِمَا شُرِبَ لَهُ" اللَّهُمَّ إنِّي أَشْرَبُهُ لِتَغْفِرَ لِي، اللَّهُمَّ فَاغْفِرْ لِي، أَوْ اللَّهُمَّ إنِّي أَشْرَبُهُ مُسْتَشْفِيًا بِهِ مِنْ مَرَضٍ، اللَّهُمَّ فَاشْفِنِي، وَنَحْوَ هَذَا، وَيُسْتَحَبُّ أَنْ يَتَنَفَّسَ ثَلاثًا كَمَا فِي كُلِّ شُرْبٍ، فَإِذَا فَرَغَ حَمِدَ اللَّهَ تَعَالَى. اهـ .
"Al-Imām al-Shāfi^ī, para ulama mazhab Shāfi^ī dan selain mereka berkata: "Disunatkan untuk minum Air Zamzam, memperbanyakkan meminumnya dan berkumur dengannya, dan disunatkan juga untuk meminumnya sambil meminta hajat sama ada hajat dunia mahupun akhirat. Jika seseorang mahu meminumnya untuk memohon keampunan atau kesembuhan dari penyakit dan seumpamanya maka hendaklah dia menghadap ke arah kiblat kemudian menyebut nama Allah, kemudian dia berkata:
اللَّهُمَّ إنَّهُ بَلَغَنِي أَنَّ رَسُولَك ﷺ قَالَ: "مَاءُ زَمْزَمَ لِمَا شُرِبَ لَهُ" اللَّهُمَّ إنِّي أَشْرَبُهُ لِتَغْفِرَ لِي، اللَّهُمَّ فَاغْفِرْ لِي، أَوْ اللَّهُمَّ إنِّي أَشْرَبُهُ مُسْتَشْفِيًا بِهِ مِنْ مَرَضٍ، اللَّهُمَّ فَاشْفِنِي
Mafhumnya: "Ya Allah, sesungguhnya telah sampai kepadaku bahawa Rasulmu ﷺ telah bersabda: "Air Zamzam diminum dengan apa yang diniatkan untuknya". Ya Allah, sesungguhnya aku meminumnya untuk memohon kesembuhan daripada penyakit. Ya Allah, sembuhkanlah aku". Dan boleh juga dengan lafaz seumpamanya. Dan disunatkan untuk mengambil nafas sebanyak tiga kali seperti mana apabila minum minuman yang lain. Apabila dia selesai minum maka hendaklah dia memuji Allah ta^ālā".
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
No 35 B, Jalan Pelabur B, 23/B, Syeksyen 23
Shah Alam
40300