Sifu Rekod, FPM
Semua cerita/kisah yang melibatkan para penasyarah dan mahasiswa/mahasiswi Pusat Pengajian Pengurusan Rekod, Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM.
19/01/2026
Tak lama lagi...
Kami akan duduk semeja lagi untuk berbincang mengenai pencapaian akademik pelajar Program Pengurusan Rekod.
Musim peperiksaan dah nak tiba.
Belajarlah bersungguh-sungguh. Jangan nak menipu dan meniru. Sia-sia pembelajaran satu semester tetiba kena tangkap sebab meniru. Hukuman? Kalian akan digantung SATU SEMESTER.
Best kan?
Tirulah.
*Sifu Rekod : Doakan kesejahteraan Dr Hj WAM. Setahun lamanya beliau dalam cuti sakit.🥹🥹🥹
Mmmmm
Sifu MZM dah macam seronok balik jadi 'retis' ya?
Sifu kena cari 'pengganti' baharu ni.
Mmmmmmmmm
25/07/2025
Ehem!
Ingat kami lagi?
Kami bergambar bersama dua (2) orang pegawai Arkib Negara. Salah seorang itu adalah anak sifu.
Gambar adalah semasa Program Hari Arkib Antarabangsa; dan ketika ini adalah sesi Dialog Bersama Industri. Antara pihak Arkib Negara dan Program Pengurusan Rekod.
Macam itulah 'style' kami bergambar.
Serupa nak menyanyi lagu UiTM DiHatiku. ðŸ«
Anak-anak Sifu di luar sana.. kalau ada berita mengenai peluang-peluang kerjaya; maklumkan sifu ya.
Kalau ada yang perlukan pelajar 'intern' pun, boleh maklumkan Sifu.
Ok?
18/01/2025
Anak-anak Sifu tahun 2025.
Yang lain ... tidur.
08/12/2024
Mungkin ada yang mengenali Arwah (telah berpencen).
Pensyarah bidang Pengurusan Pusat Sumber (IM247).
Moga Arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.
SALAM TAKZIAH
Dukacita dimaklumkan bahawa Allahyarham Tuan Shahrom TM Sulaiman, Mantan Pensyarah Pusat Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah kembali ke rahmatullah pada 7 Disember 2024.
Salam takziah kepada keluarga dan sahabat - sahabat Allahyarham.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Shah Alam