Program Bahasa Arab ABRAZ

Program Bahasa Arab ABRAZ

Share

Kepakaran kami membantu anda memahami Bahasa Arab dengan Mudah, Cepat dan Santai Kaedah Belajar Bahasa Arab Yang SANGAT JELAS

25/05/2026

[ KATA SEERTI ]

Kedua-dua perkataan ini membawa makna yang sama iaitu yang bodoh, atau orang yang bodoh, atau apa-apa makna yang seangkatan dengannya.

Berikut contoh ayat Al-Quran yang mengandungi perkataan tersebut:

1. وَأَنَّهُۥ كَانَ يَقُولُ سَفِيهُنَا عَلَى ٱللَّهِ شَطَطًا
[Surah Al-Jinn: 4]

Dan (dengan ajaran Al-Quran nyatalah) bahawa sesungguhnya: (ketua) yang bodoh dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui kebenaran.

2. لِلۡفُقَرَآءِ ٱلَّذِينَ أُحۡصِرُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ لَا يَسۡتَطِيعُونَ ضَرۡبًا فِي ٱلۡأَرۡضِ يَحۡسَبُهُمُ ٱلۡجَاهِلُ أَغۡنِيَآءَ مِنَ ٱلتَّعَفُّفِ
[Surah Al-Baqarah: 273]

(Pemberian sedekah itu) adalah untuk orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (untuk berjuang) pada jalan Allah, yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya - oleh orang yang jahil mengenainya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta.

Perkataan "Safih" سَفِيهٌ dan "Jahil" جَاهِلٌ mempunyai kata seerti yang lain, antaranya :

غَبِيّ، بَلِيد، أَحْمَق، أَبْلَهُ، أَخْرَقُ، أَرْعَنُ، طَائِش، نَزِق، بَذِيء

Nantikan lagi posting menarik dari kami.

21/05/2026

[ KOSAKATA BAHASA ARAB ]

Dalam segmen kali ini, kami perbaharui penambahan vocabulary hanya dengan mengambil kalimah mufrad dan jamak sahaja, tanpa mengambil bentuk muthanna lagi kerana faktor kurang digunapakai dan jarang ditemui.

Mufrad bermaksud bilangan satu atau singular, manakala jamak ialah bilangan banyak, ramai atau plural.

Mari kita lihat contoh dalam Al-Quran :

1. وَيَعۡبُدُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ مَا لَا يَنفَعُهُمۡ وَلَا يَضُرُّهُمۡۗ وَكَانَ ٱلۡكَافِرُ عَلَىٰ رَبِّهِۦ ظَهِيرًا
[Surah Al-Furqan: 55]

Dan mereka menyembah selain dari Allah; yang tidak memberi manfaat kepada mereka dan tidak p**a mendatangkan mudarat kepada mereka. Dan orang yang kafir adalah pembantu (terhadap kekufuran) kepada tuhannya.

2. فَٱدۡعُواْ ٱللَّهَ مُخۡلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡكَٰفِرُونَ
[Surah Ghafir: 14]

Oleh itu kamu sembahlah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya sekalipun orang-orang kafir membenci.

3. يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِيُّ جَٰهِدِ ٱلۡكُفَّارَ وَٱلۡمُنَٰفِقِينَ وَٱغۡلُظۡ عَلَيۡهِمۡۚ وَمَأۡوَىٰهُمۡ جَهَنَّمُۖ وَبِئۡسَ ٱلۡمَصِيرُ
[Surah At-Tahrim: 9]

Wahai Nabi! Berjihadlah (menentang) orang-orang kafir dan orang-orang munafik, serta bertindak keras terhadap mereka. Dan (sebenarnya) tempat kembali mereka adalah Jahannam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

4. أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡكَفَرَةُ ٱلۡفَجَرَةُ
[Surah 'Abasa: 42]

Mereka itu ialah orang-orang yang kafir lagi derhaka.
_____________________________

Nantikan posting seterusnya ya! 😉

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Pusat Bahasa Arab Abraz, U12, 9-2, Jalan Pegaga B, Desa Alam
Shah Alam
40170