Sangetha Jayakumar
Leadership, Inclusion and Diversity Consultant. Wanita KEADILAN. LeadUpMsia.org
30/08/2025
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2025!
Lembaga Pelabuhan Kelang & Lembaga Pelabuhan Melaka mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan dengan tema “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” lambang perpaduan, keharmonian dan semangat membina negara maju, bersatu padu dan berdaya saing. Semoga semangat merdeka terus subur dalam diri kita semua.
KENYATAAN MEDIA
28 JULAI 2025
Malaysia Menjadi Pemimpin Damai Serantau: Menyediakan Kepimpinan, Kestabilan dan Panduan Menuju Keamanan
Malaysia sekali lagi memperkukuh peranannya sebagai peneraju serantau yang bertanggungjawab apabila tampil sebagai tuan rumah rundingan damai antara Thailand dan Kemboja yang berlangsung pagi ini di Kuala Lumpur.
Rundingan bersejarah yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri diadakan susulan ketegangan yang memuncak selama empat hari di sempadan kedua-dua negara.
Langkah tegas ini menzahirkan iltizam Malaysia dalam menjamin kestabilan serantau, mengangkat solusi diplomatik dalam penyelesaian konflik, serta memperkukuh peranan ASEAN sebagai blok yang berteraskan dialog, muafakat dan persefahaman.
Malaysia yakin bahawa keamanan bukan sekadar ketiadaan pergolakan, tetapi berakar pada keberanian untuk berdialog, keikhlasan dalam saling menghormati, serta kebijaksanaan kolektif dalam mencari jalan damai.
Menjayakan agenda perdamaian dan perpaduan menuntut penglibatan aktif wanita. Sebagai pemimpin komuniti, pembina keluarga dan pendamai semula jadi, wanita berperanan sebagai jambatan yang merapatkan jurang perbezaan, menyatukan suara pelbagai latar, dan menawarkan pendekatan yang lebih empati serta berperikemanusiaan.
Wanita KEADILAN percaya bahawa kestabilan jangka panjang hanya mampu dicapai apabila wanita dilibatkan secara bermakna dalam proses membuat keputusan dan penyelesaian konflik, sama ada di meja rundingan rasmi mahupun di peringkat akar umbi.
Sehubungan itu, Wanita KEADILAN menyambut baik usaha Malaysia membuka ruang dialog ini, dan menyeru agar prinsip inklusiviti, keadilan dan kesaksamaan gender dijadikan teras utama dalam sebarang penyelesaian yang bakal dirumuskan demi keamanan yang menyeluruh dan berkekalan.
SANGETHA JAYAKUMAR�Setiausaha Wanita KEADILAN Pusat
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Website
Address
Shah Alam
40000