Azhar Hilmi

Azhar Hilmi

Share

Pencetus Ummah Musim 3
�+6019 453 4425 (Akeem)
[email protected]

20/03/2026

Assalamualaikum & Salam Aidilfitri,

Saya mengambil kesempatan ini ingin memohon maaf atas segala salah dan silap, zahir dan batin.

Semoga segala amal kita diterima dan Syawal yang bakal tiba membawa kebahagiaan, ketenangan serta keberkatan buat kita semua 🤲

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Ikhlas,
Azhar Hilmi

16/10/2025

Hari ini bukan sekadar hari lahirmu, tapi hari yang selalu mengingatkan aku tentang nikmat sebuah kehadiran.

Seorang wanita yang lembut tutur katanya, sabar dalam setiap keadaan dan luar biasa kasihnya bukan saja pada manusia, tapi juga pada setiap makhluk kecil ciptaan Tuhan.

Aku selalu kagum dengan cara dia melihat dunia penuh kasih, tenang, dan jujur.

Dalam setiap langkah, engkau bukan sekadar isteri, tapi sahabat seperjalanan, penguat ketika aku hampir rebah, dan kawan yang tak pernah berhenti percaya.

Terima kasih kerana terus menjadi cahaya dalam hidupku, mengajar aku erti sabar, dan mengingatkan aku bahawa setiap kebaikan walau sekecil memberi makan pada haiwan tetap bernilai besar di sisi Tuhan.

Moga Allah panjangkan umurmu dalam rahmat, berkati setiap langkahmu, dan terus jadikan dirimu wanita yang menjadi sumber tenang dan kasih buat keluarga ini.

Daripada,
Azhar Hilmi
Yang sentiasa bersyukur kerana Allah menghadirkanmu dalam hidupku.

23/06/2025

Alhamdulillah!

Pagi ini, pada tarikh yang akan saya kenang sepanjang hayat, isteri saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.46kg. Allahuakbar… tiada kata yang mampu menggambarkan rasa syukur dan sebak dalam hati ini.

Melihat wajah kecil itu buat pertama kali terasa segala penat, debar dan tangis seolah diganti dengan satu nikmat yang tak ternilai. Sungguh, kelahiran seorang anak bukan sekadar hadirnya insan baru dalam keluarga, tapi juga hadirnya amanah besar dari Allah SWT.

Saya pandang wajah isteri, beliau seorang wanita hebat yang telah melalui detik penuh pengorbanan dengan sabar dan tenang.

Mohon doakan agar bayi ini membesar dalam lindungan rahmat dan kasih sayang Allah, menjadi anak solehah, penyejuk mata dan hati, serta aset akhirat buat kami.

Setiap kelahiran adalah permulaan baru.
Dan hari ini, hidup kami bermula semula dengan cinta yang lebih besar, tanggungjawab yang lebih mendalam, dan doa yang tak pernah putus.

Want your business to be the top-listed Media Company in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Shah Alam