ThePost

ThePost

Share

Agensi Media Sosial

22/05/2026

PAS Kaji Semula Kerjasama Dengan Bersatu?

Perkembangan politik semasa kembali menghangat apabila timbul persoalan sama ada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sedang mengkaji semula hubungan politiknya dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam kerangka Perikatan Nasional (PN).

Di peringkat akar umbi, sudah mula kedengaran bisik-bisik bahawa PAS mungkin membuka ruang kerjasama dengan United Malays National Organisation (UMNO) pada masa depan. Namun begitu, ramai pemerhati politik melihat perkara itu masih jauh dan belum menjadi keperluan mendesak buat PAS ketika ini.

Adakah ini sekadar strategi politik menjelang PRU dan ia kelihatan sangat dan semakin menarik, kerana ada pandangan dari pemerhati bahawa PAS belum memerlukan UMNO buat masa ini kerana masih dibuai mimpi bersama Bersatu.

Berdasarkan landskap politik semasa, PAS dilihat berada dalam kedudukan yang semakin kukuh terutama di negeri-negeri pantai timur dan utara Semenanjung.

Di Kelantan, Terengganu dan Kedah, PAS kini mempunyai pengaruh yang besar dan struktur akar umbi yang stabil. Sekiranya kerjasama dengan UMNO diwujudkan sebelum pilihan raya, PAS berpotensi berdepan dilema besar kerana perlu berkongsi kerusi dengan parti itu.

Keadaan tersebut boleh menyebabkan PAS kehilangan ruang untuk memperkukuhkan dominasi mereka di negeri-negeri yang ketika ini dianggap sebagai kubu kuat parti berkenaan, selain mempertahankan kekuatan sedia ada, PAS juga dilihat sedang memberi tumpuan untuk memperluaskan pengaruh di beberapa negeri strategik seperti Pahang, Perak, Selangor dan Perlis.

Strategi ini menunjukkan PAS bukan lagi sekadar parti yang bergantung kepada kawasan tradisional Melayu luar bandar, sebaliknya cuba muncul sebagai kuasa politik nasional yang lebih besar.

Jika kerjasama rasmi dengan UMNO berlaku terlalu awal, PAS mungkin terpaksa mengorbankan sebahagian agenda perluasan mereka kerana pembahagian kerusi akan menjadi lebih kompleks.

Dalam kalangan pemerhati politik, terdapat tanggapan bahawa PAS ketika ini merasakan mereka berada pada kedudukan terbaik menjelang pilihan raya umum akan datang.

Mudahnya, PAS melihat diri mereka sudah “berada di depan pintu gol”. Dalam situasi begitu, parti itu mungkin merasakan tidak perlu terlalu bergantung kepada parti lain untuk mencapai kemenangan besar.

Momentum sokongan yang meningkat sejak beberapa pilihan raya kebelakangan ini menjadikan PAS lebih yakin untuk bergerak dengan strategi sendiri dalam PN.

Walaupun kerjasama sebelum pilihan raya dilihat s**ar, namun senario kerjasama PAS-UMNO mungkin berlaku selepas PRU adalah terbuka luas.

Sekiranya UMNO berjaya kembali mendominasi negeri-negeri selatan seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan maka PAS mungkin melihat UMNO sebagai rakan strategik penting untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

Dalam politik Malaysia, pembentukan kerajaan selalunya memerlukan rundingan pelbagai pihak termasuk parti dari Sarawak dan Sabah, di Sarawak, PAS mungkin memerlukan rundingan dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sekiranya mahu membentuk kerajaan pusat yang stabil.

Sementara di Sabah p**a, PAS mempunyai kelebihan tertentu menerusi tokoh tokoh sedia ada yang boleh memainkan peranan sebagai jambatan rundingan dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Jika PAS berjaya memperoleh jumlah kerusi besar di Semenanjung, kedudukan mereka dalam rundingan politik nasional akan menjadi lebih kuat dan fleksibel.

Apa yang jelas, hubungan PAS, Bersatu dan UMNO masih bersifat dinamik dan bergantung kepada keputusan politik menjelang PRU akan datang.

Buat masa ini, PAS dilihat lebih selesa memperkukuhkan pengaruh sendiri dalam PN berbanding membuka ruang kerjasama besar dengan UMNO sebelum pilihan raya.

Namun dalam politik, tiada musuh atau kawan yang kekal. Segalanya bergantung kepada angka kerusi, kekuatan negeri dan keperluan membentuk kerajaan selepas rakyat membuat keputusan di peti undi.

15/02/2026

TUNGGULAH DATANGNYA SI KITOL

Orang kita berpolitik asal bergaduh sahaja buka parti baru, dari dahulu sahingga kini tiada kemajuan pada bangsa Melayu yang kononnya mereka wakili.

Dahulunya UMNO, kemudian PKR dan terkini Bersatu dah bercelaru dah umat Melayu di Malaysia ini.

Dalam kita dok leka bergaduh puak lain dah mula melangkah kehadapan membeli Jiwa Melayu, yang Melayu p**a tak mengaku jiwa mereka Lemau almaklum mereka ini ada yang berlatar belakang Panglima dan Pahlawan.

Dahulu ketika Melayu menjadi kerajaan, mereka kaut segala apa sahaja yang sempat, tetapi bila puak mereka menjadi kerajaan dan memberi harga tapak Ramadan dengan nilai rm400.00 Melayu dah mula terpesona.

Malah ada Melayu parti lawan yang memperlekehkan tawaran tersebut kononnya nak beli jiwa, beli pop**ariti, beli undi yang pasti tetapi semasa mereka menjadi kerajaan mereka lebih menekan dan menzalimi penjaja dengan harga tak masuk akal malah sesama mereka berebut tapak berniaga walhal mereka sendiri pun tak berniaga apa pun ..cuma berniaga air liur dan jual kuasa.

Kita lalai kita tidak lakukan sesuatu walaupun bangsa kita adalah dominan. Seperti ditulisan awal orang kita Melayu asal bergaduh sahaja buka parti baru, lama kelamaan dari bersatu akhirnya tinggal lah satu Melayu atau Melayu yang kesaorangan.

Sedang kita tahu bahawa parti bukan Bangsa, jika kita berfikir pasal Parti sahaja maka Bangsa Melayu akan hanyut, kita bekerja untuk Bangsa Melayu melalui dalam Parti.

Tetapi asal bergaduh buka parti baru bersatukan bangsa kita?

Puak mereka dah mula membuka mata untuk teroka tanah seberang dan semenanjung Arab dengan produk Melayu @ Malaysia, Jika produk Indon boleh mengapa produk Melayu Malaysia tidak sedangkan disana memerlukan tahap kehalalan yang jitu.

Peluang yang pemimpin Melayu kita tak pernah pun mencadangkan, selain membenarkan kiosk pak arab berterabur di serata kompleks di Malaysia, jika ada minta maaf, tetapi selama saya berada di negara Arab tidak pernah saya melihat kiosk Melayu selain kiosk Indon, jika ada pun adalah sebuah gerai makan ala gerai Tomyam di luar Makkah dan kiosk FELDA di Zam Tower.

Kini puak mereka sudah mula mendapat perhatian dan diterima oleh orang Melayu, jika kita tak lakukan sesuatu , jangka masa panjang kita menjadi Tanah Melayu yang diperintah oleh puak mereka. Kita akan bertuankan Bangsa lain.

Kau mahu? tunggulah datangnya SI KITOL yang akan menjelma di kalangan kita.

Siapa?

Mungkin diri Kita.

23/01/2026

Pada tahun 2017 *Perkasa* telah menganjurkan *Sidang Meja Bulat: KONTROVERSI ISU UEC.* Nampaknya setelah hampir 10 tahun isu ini panas semula. Ada pihak putar belit *Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan*. Mereka berani putar belit kebenaran dalam *Dewan Rakyat* tempat yang meluluskan Perkara 152 ini. MP-MP Melayu sebahagian besarnya membisu. Yang cuba lawan, berhujah tanpa fakta jelas.

Dengan itu Perkasa merasakan perlu anjurkan *Sidang Meja Bulat: KONTROVERSI ISU UEC 2.0* dengan membawa Pakar Undang-Undang tidak asing lagi iaitu *YB Senator Dato’ Setia Salehuddin Saidin* yang juga Mantan Ahli Dewan Tertinggi Perkasa. Bersama beliau kita bawa sekali Tokoh Akademik Negara tidak asing lagi *Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong*. Dua tokoh ini akan sentuh hal pendidikan dalam Perlembagaan Negara dan Dasar Pendidikan Negara.

Kami alu-alukan Ketua NGO-NGI untuk sama-sama hadir memberi pandangan dan cadangan berkaitan isu UEC ini.

Sila hubungi 010-2283001(WhatsApp) untuk maklumat lanjut.

Want your business to be the top-listed Media Company in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Shah Alam