RMC Props

RMC Props

Share

Kepakaran kami adalah menyediakan servis menjual & membeli Hartanah, mencari & menyediakan kedai atau rumah untuk disewa dan mencari tanah untuk JV

09/01/2015

[ SESAK DUIT??? JOM REFINANCE RUMAH ANDA! ]

Setelah bertahun membayar ansuran pembiayaan perumahan, baki hutang kita di bank sudah pasti akan semakin berkurang. Sekiranya nilai rumah kita (harga pasaran terkini) melebihi baki hutang, maka kita dikatakan mempunyai ekuiti iaitu perbezaan nilai harga rumah dengan baki hutang kita.

Ekuiti kita akan bertambah lebih tinggi lagi sekiranya harga pasaran rumah kita naik. Walaubagaimanapun, ramai pemilik rumah tidak tahu cara untuk menggunakan ekuiti tersebut.

Sebenarnya ekuiti rumah boleh kita gunakan untuk pelbagai tujuan. Cara untuk menggunakan asset tersebuat adalah melalui “cash out” refinance di mana kita perlu mendapat pinjaman baru dan menggunakan rumah tersebut sebagai cagaran.

Kadar faedah atau keuntungannya sudah pasti lebih rendah berbanding pinjaman peribadi.

Salah satu penggunaan Cash Out Refinance adalah untuk tujuan menstruktur kembali hutang-hutang sedia ada . Ini kerana pinjaman perumahan merupakan cara yang baik untuk membayar hutang-hutang lain yang interest tinggi seperti kad kredit.

Kadar faedah untuk refinance adalah lebih rendah daripada pinjaman peribadi dan pinjaman lain. Setelah membayar hutang-hutang lain, kita hanya ada satu hutang sahaja iaitu hutang pinjaman perumahan. Oleh itu proses ini juga digelar debt consolidation (penggabungan semua hutang kepada satu hutang).

Selagi kadar keuntungan sekarang lebih rendah berbanding kadar keuntungan sedia ada yang dikenakan oleh Bank, refinance semula rumah boleh mendatangkan manfaat kepada kita. Duit daripada cash out pembiayaan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti berikut, antaranya:
1. menjelaskan hutang-hutang kita yang berfaedah tinggi seperti kad kredit
2. mengubahsuai rumah dan sekaligus menaikkan lagi nilai rumah kita.
3. membiayai kos pendidikan anak-anak
4. membayar bil perubatan dan rawatan hospital
5. melabur pada pelaburan yang menguntungkan seperti ASB (8%),TABUNG HAJI (6%), FELDA (16%),walhal hanya bayar 4.++% untuk rumah.
5. dan lain-lain.

Hubungi kami untuk consultation percuma.

AWAS: nak refinance pastikan kewangan adalah mencukupi @ komitmen rendah..CCRIS good...

09/01/2015

Assalamualaikum WBT,

Maaf sgt, dah lama tak update page.
Kami betul2 occupied.

Ok, salah satu azam untuk tahun 2015 kami, page mesti active!

Ok dearies, siapa dah mula rasa bahang ekonomi 2015???

Photos from RMC Props's post 19/11/2014

[ NAK MASUK TINGGAL CUCI KAKI SAHAJA! ]

Ok ok..kami ada good news nak share with all of you, our dearest readers.

Rumah untuk DIJUAL !!!

Details:-

Jenis : Semi D Double Storey
Lokasi : Puncak Alam
Title : Leasehold, Bumi Lot
Exterior : Keluasan kawasan-32x60
Keluasan rumah (built up)-22x36
10 kaki extra kawasan tepi.
Interior : Lampu & Kipas remote sudah dipasang.
Lampur dapur dah siap tarik point & dipasang lampu.

Facilities : Berdekatan sekolah rendah & menengah.
Berdekatan UiTM Puncak Alam
Berdekatan Tesco & EconSave
10 min ke Highway Latar
25 min ke Toll Shah Alam (PLUS)
30 min ke UNISEL
25 min ke Bandar Shah Alam
20 min ke Sg Buloh/ Hospital Sg Buloh

Syarat-Syarat: 3% booking & 7% masa sign SNP. Diminta untuk cek dulu loan sblm book sbb cancellation caj akan dikenakan kalau tak jadi proceed.

Price : RM 460k.

Pm/call 018-399 3960 untuk PERCUMA servis permohonan loan ke Bank dan untuk melihat rumah.

Photos 18/11/2014

[ LEASEHOLD -VS- FREEHOLD ]

Sebelum anda membeli sesebuah Hartanah, pasti anda akan terperasan salah satu dari dua perkataan ini. Freehold/Pegangan Bebas ATAU Leasehold/Pajakan.

Juga jika anda merujuk kepada geran Hartanah anda, akan ada tertera salah satu dari dua perkataan ini.

Ok hari ini kami kongsikan basic idea & perbezaan asas di antara dua jenis pegangan Hartanah ini.

FREEHOLD / PEGANGAN BEBAS
1. Tanah tersebut dimiliki oleh tuannya.
2. Pegangan atau pemilikan tanah ini berpanjangan tanpa had masa.
3. Tidak memerlukan kebenaran dari Kerajaan Negeri untuk pertukaran Hak Milik.
4. Tidak akan timbul persoalan mengenai had masa pemilikan tanah ketika memohon pembiayaan/pinjaman perumahan di Bank.

LEASEHOLD / PAJAKAN
1. Tanah tersebut kepunyaan Kerajaan Negeri, dipajak atau disewakan kepada pemilik tanah untuk sementara waktu/untuk sesuatu tempoh yang telah ditetapkan. (Biasa dilihat, 99 tahun pajakan)
2. Dipenghujung tempoh sewaan/pajakan tersebut, pemilik sementara tanah MESTI membayar sejumlah wang premium bagi menyambung/menambah tempoh sewaan/pajakan.
3. Memerlukan kebenaran dari Kerajaan Negeri untuk pertukaran pemilikan. (Permohoan dibuat di Pejabat Tanah)
4. Kebanyakan Bank TIDAK AKAN MEMBIAYAI Hartanah jika sewaan/pajakan tersebut kurang dari 30 tahun.

Diharapkan anda sudah dapat sedikit idea ya? :)

p/s: Nanti kami kongsikan Pemilikan Hartanah mana lebih bagus untuk dibeli. Freehold atau Leasehold. Tunggu ya ;)

Want your business to be the top-listed Realtor/realty Service in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Shah Alam
40000