Danial Al Rashid Haron
Ahli Dewan Negeri Selangor N41 Batu Tiga | Assoc.Prof Taylor’s U | Felo UNISEL | TKP Amanah Nasional
29/01/2026
KEMUDAHAN AWAM | AKSES KE PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN BATU TIGA
Bagi memudahkan urusan warga Batu Tiga, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Tiga di Dewan Beringin, Seksyen 24 kini boleh diakses menggunakan Bas Smart Selangor – Laluan SA03.
Kemudahan ini disediakan bagi memastikan akses pengangkutan awam yang lebih mudah, selamat dan menjimatkan, khususnya untuk warga emas, pelajar serta mereka yang memerlukan urusan harian di Pusat Khidmat.
23/01/2026
MAKLUMAT PENTING | PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN BATU TIGA
Bagi memastikan perkhidmatan yang lebih selesa, teratur dan mesra rakyat, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Tiga akan berpindah operasi sepenuhnya ke Dewan Beringin, Seksyen 24, Shah Alam.
Perpindahan ini bertujuan untuk menyediakan ruang yang lebih sesuai bagi urusan khidmat masyarakat, termasuk kemudahan yang lebih baik untuk warga emas, OKU serta urusan harian penduduk Batu Tiga.
📅 Berkuat kuasa mulai 26 Januari 2026
📍 Dewan Beringin, Seksyen 24, Shah Alam
Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda. Insya-Allah, kami komited untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik demi kesejahteraan warga Batu Tiga.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Website
Address
Jalan Tinju 13/50
Shah Alam
401000