FS GROUP

FS GROUP

Share

General Contractor, Cleaning Services, HR Management Service, General Insurance Agency, Employment Agency, Recruitment Consultancy

20/04/2026

20 ๐˜ˆ๐˜ฑ๐˜ณ๐˜ช๐˜ญ 2026

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐— ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—š ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—š๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ง๐—˜๐—ก๐—”๐—š๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—š

Kami yang bertandatangan di bawah memandang serius laporan-laporan media dan reaksi Menteri Sumber Manusia, R. Ramanan mengenai cadangan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) untuk melaksanakan satu sistem baru yang dibangunkan oleh Bestinet Sdn Bhd bernama TURAP (The Universal Recruitment Advanced Platform).

Cadangan ini telah dilaporkan secara meluas oleh media tempatan dan antarabangsa.

Menteri Sumber Manusia bukan sahaja mengesahkan bahawa cadangan TURAP sedang dipertimbangkan, malah mempertahankan rekod Bestinet yang mengendalikan sistem sedia ada iaitu Foreign Workers Centralised Management System (FWCMS).

Pendirian R. Ramanan itu bertentangan dengan penemuan dan keputusan yang dibuat oleh badan-badan semak imbang yang telah meneliti FWCMS, antaranya seperti berikut:

1. Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), iaitu badan tertinggi di Parlimen yang menjadi semak imbang kerajaan, telah bersidang sebanyak 8 kali dalam tempoh Disember 2023 hingga Februari 2025 untuk meneliti perihal FWCMS dan Bestinet.

2. Di antara penemuan-penemuan PAC yang diumumkan di dalam laporan bertarikh 6 Mac 2025 adalah:

i. FWCMS beroperasi dan digunakan oleh Kementerian Dalam Negeri walaupun tidak ada kontrak ditandatangani di antara Bestinet dan kerajaan, sejak Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan pada 12 Januari 2018 hingga tarikh SST luput pada 31 Mei 2024, iaitu selama tempoh lebih 6 tahun;

ii. Ada kelemahan kronik di dalam operasi FWCMS bersabit kawalan sistem, iaitu 2 ID pengguna super admin yang tidak dipegang oleh pegawai KESUMA dan 24 pengguna yang tidak sah yang meluluskan permohonan 24 majikan;

iii. Pelaksanaan FWCMS tidak termasuk di dalam senarai projek kerjasama awam swasta (yang membolehkan pendekatan โ€œproof of conceptโ€ dan melepasi proses tender terbuka), seperti satu surat Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) bertarikh 30 Disember 2020.

3. Laporan Ketua Audit Negara 2022 juga telah membuat penemuan- penemuan berikut:

i. Keseluruhan pengurusan FWCMS diklasifikasikan sebagai โ€œtidak memuaskanโ€;

ii. FWCMS hanya digunakan untuk pengambilan pekerja asing dari Bangladesh sahaja sedangkan ada 15 negara sumber tenaga asing secara keseluruhan;

iii. Kontrak tidak ditandatangan walaupun FWCMS digunakan, menyebabkan hak dan kepentingan kerajaan terjejas;

iv. Risiko salah guna apabila ada 2 ID super admin yang tidak dipegang oleh pegawai KESUMA dan 24 lagi ID pengguna bukan kerajaan yang meluluskan permohonan kuota pekerja asing.

Penemuan-penemuan ini secara jelas menunjukkan isu tata kelola yang kronik mengenai FWCMS dan hubungan kerajaan dengan Bestinet dalam urusan pengambilan pekerja asing.

Maka, kenyataan Menteri Sumber Manusia, R Ramanan yang memberi gambaran seolah-olah prestasi Bestinet dan FWCMS adalah baik sangatlah bertentangan dengan prinsip tata kelola yang diulang-ulang oleh Perdana Menteri, Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim.

Kerajaan membuat keputusan untuk memuktamadkan perjanjian dengan Bestinet dari 1 Jun 2024 hingga 31 Januari 2031 pada caj RM215 setiap pekerja (berbanding persetujuan asal RM100 setiap pekerja) atas pertimbangan mengelakkan tuntutan Bestinet selama 6 tahun (sebelum perjanjian dimeterai) dibawa ke mahkamah.

Keputusan ini juga dibuat dengan perancangan pelaksanaan National Integrated Immigration System (NIISe) yang dijangka beroperasi tahun 2028 dan membolehkan FWCMS tidak lagi digunakan.

Latar belakang ini penting untuk membolehkan orang ramai faham kenapa cadangan penggunaan satu lagi sistem baru oleh Bestinet (iaitu TURAP) mengundang kemarahan rakyat.

Kami berpandangan keras bahawa:

1. Tidak ada keperluan satu sistem baru diperkenalkan memandangkan kerajaan sepatutnya menggunakan NIISe (yang dilaporkan menelan belanja lebih RM1 bilion) yang dijangka beroperasi dalam 2028;

2. Sistem dan perkhidmatan penting kerajaan yang berkaitan dengan keselamatan negara dan pekerja asing tidak boleh diswastakan melalui kaedah usaha sama awam swasta seperti yang dicadangkan melalui TURAP;

3. Jika pun ada keperluan untuk sistem baru, apa-apa sistem yang hendak diperkenalkan hendaklah mengikut spesifikasi dan keperluan yang ditentukan oleh kerajaan dan seterusnya melalui tender terbuka;

4. Kerajaan tidak boleh mempunyai beberapa sistem yang menguruskan pengambilan pekerja asing beroperasi serentak. Kerajaan telah mengikat perjanjian untuk menggunakan FWCMS sehingga 2031, maka kerajaan tidak boleh memperkenalkan p**a satu lagi sistem seperti TURAP yang akan memanjangkan โ€œkonsesi monopoliโ€ kepada sebuah syarikat swasta untuk satu lagi tempoh yang panjang, iaitu 12 tahun seperti yang dilaporkan.

Kami menyeru Kementerian Sumber Manusia menumpukan tenaga untuk meneruskan reformasi pasaran kerja seperti yang telah menjadi dasar negara di dalam Kajian Separuh Penggal RMK12 dan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Matlamat utama reformasi pasaran kerja yang digariskan di dalam RMK13 ialah menurunkan pergantungan negara kepada pekerja asing, iaitu dengan menurunkan had maksimum jumlah pekerja asing dari 15% (dari jumlah keseluruhan pekerja) dalam RMK12 kepada 10% di akhir RMK13.

Beberapa keputusan penting telah dipersetujui Jemaah Menteri, termasuklah pelaksanaan Multi Tier Levy Management (MTLM) dan Akademi Dalam Industri (ADI) yang bertujuan menggalakkan majikan mengambil pekerja tempatan dan menyediakan kerjaya berkemahiran yang disijilkan.

Tumpuan R. Ramanan sebagai Menteri Sumber Manusia sepatutnya melaksanakan dasar-dasar negara seperti ini dan bukannya memberi fokus untuk mengukuhkan lagi kebergantungan kepada pekerja asing.

๐—ฌ๐—• ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผโ€™ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฑ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ณ๐—ถ๐˜‡๐—ถ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐—ฅ๐—ฎ๐—บ๐—น๐—ถ
Ahli Parlimen Pandan

๐—ฌ๐—• ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ถ๐—ธ ๐—ก๐—ฎ๐˜‡๐—บ๐—ถ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐—ก๐—ถ๐—ธ ๐—”๐—ต๐—บ๐—ฎ๐—ฑ
Ahli Parlimen Setiawangsa

๐—ฌ๐—• ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ช๐—ผ๐—ป๐—ด ๐—–๐—ต๐—ฒ๐—ป
Ahli Parlimen Subang

๐—ฌ๐—• ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐—ข๐—ป๐—ป ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐—”๐—ฏ๐˜‚ ๐—•๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ
Ahli Parlimen Batu Pahat

๐—ฌ๐—• ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—Ÿ๐—ฒ๐—ฒ ๐—–๐—ต๐—ฒ๐—ฎ๐—ป ๐—–๐—ต๐˜‚๐—ป๐—ด
Ahli Parlimen Petaling Jaya

๐—ฌ๐—• ๐—ฃ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ต ๐—ฅ๐—ผ๐—ฑ๐˜‡๐—ถ๐—ฎ๐—ต ๐—ฏ๐—ถ๐—ป๐˜๐—ถ ๐—œ๐˜€๐—บ๐—ฎ๐—ถ๐—น
Ahli Parlimen Ampang

๐—ฌ๐—• ๐—œ๐—ฟ. ๐—ง๐˜€. ๐—ญ๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ฟ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐˜€๐˜€๐—ฎ๐—ป
Ahli Parlimen Wangsa Maju

๐—ฌ๐—• ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผ ๐— ๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ ๐—•๐—ฎ๐—ธ๐—ต๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐—ช๐—ฎ๐—ป ๐—–๐—ต๐—ถ๐—ธ
Ahli Parlimen Balik Pulau

๐—ฌ๐—• ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐˜€๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—บ
Ahli Parlimen Pasir Gudang

๐—ฌ๐—• ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐˜ƒ๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ/๐—น ๐—ฆ๐˜‚๐—ฏ๐—ฟ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐—ฎ๐—บ
Ahli Parlimen Sungai Siput

Employment agencies want clarification on direct hiring of foreign workers 12/02/2026

Employment agencies want clarification on direct hiring of foreign workers PETALING JAYA: Migrant workers brought in by licensed private employment agencies (APS) are protected and assured of employment, says industry group.

Want your business to be the top-listed Business in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


No. 10-1, Jalan Public, Kampung Baru Sungai Buloh
Shah Alam
40160

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00