Interpersonal Communication (INC Club)

Interpersonal Communication (INC Club)

Share

All About Interpersonalist

21/03/2026

Pergi ke desa membeli juadah,
Singgah sebentar di rumah Pak Ali,
Hari Raya mengeratkan ukhwah,
Saling bermaaf menyuci hati.

Bunga melati di tepi perigi,
Harum mewangi sepanjang masa,
Aidilfitri menyatukan hati,
Ukhwah terjalin penuh mesra.

Pergi ke bandar membeli hadiah,
Hadiah dibungkus penuh makna,
Hari Raya menyubur ukhuwah,
Komunikasi baik pengikat jiwa.

Pelajar UiTM perkenal ‘Netnobility’, tangani buli siber 08/02/2026

'NETNOBILITY' Tangani Buli Siber.

https://malaysiagazette.com/2026/02/08/pelajar-uitm-perkenal-netnobility-tangani-buli-siber/?fbclid=IwdGRzaAP1XF5leHRuA2FlbQIxMQBzcnRjBmFwcF9pZAwzNTA2ODU1MzE3MjgAAR6FAshyTKW3J1IAbJpHTmmtaDMLRCaDd7NzRHN5LVUANS-t7ZnE-I42LflGLA_aem_laEb-rfphhhGgzijzqHf-A&sfnsn=wa

Pelajar UiTM perkenal ‘Netnobility’, tangani buli siber Isu buli siber, penyebaran maklumat palsu serta budaya perbalahan dalam talian mendorong sekumpulan pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam tampil dengan inisiatif pendidikan digital beretika dikenali 'Netnobility'.

Photos from Interpersonal Communication (INC Club)'s post 24/01/2026

Tahniah kepada pelajar semester 5 atas kejayaan penganjuran 'Digital Empathy Fun Run 2026' pada 11 Januari 2026 yang lalu. dengan kerjasama bersama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

Penganjuran ini bertujuan menyemai budaya komunikasi digital yang sihat dan beretika dikalangan masyarakat bagi mengekang buli siber.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan bersempena Hari Tanpa Kenderaan MBSA.

Larian ini adalah penutup kepada siri advokasi awam "Digital Empathy: Think Before You Type, Make Kindness Viral" yang dimulakan pada Oktober 2025 dengan aktiviti advokasi di media sosial dan juga forum bersama pelajar sekolah.

Setiap aktiviti dan permainan dirancang dengan teliti dan teratur. Simulasi dilakukan di dalam kelas dan di tempat tumpuan pelajar sebelum setiap program dilaksanakan. Ini bagi memastikan setiap aktiviti yang dirancang menepati ketepatan masa, kaedah penyampaian, kefahaman peserta dan keberkesanan mesej yang ingin disampaikan. Setiap maklumbalas daripada sukarelawan yang menyertai simulasi akan dicatat dan disemak bagi penambahbaikan.

Tahniah juga kepada setiap peserta larian dan orang awam yang turut sama mengambil bahagian dan menamatkan larian 'Digital Empathy' ini.

https://www.hmetro.com.my/akademia/2026/01/1312839/menyemai-empati-digital-dalam-kalangan-masyarakat

Photos from Interpersonal Communication (INC Club)'s post 06/10/2025

🌟 Welcome aboard, new MC247 fam! 🌟
We’re so excited to have you join the Bachelor of Communication (Hons) Interpersonal Communication journey 🚀✨

This semester is all about making memories, connecting with amazing people, and growing together 💬🤝

So let’s rock this semester and make it unforgettable 🎉🔥

Want your university to be the top-listed University in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Shah Alam
40450