Brainy Bunch Alam Budiman
Brainy Bunch Preschool Sdn Bhd
2010010112910 (897141-A)
Be Brainy for Success in Dunia & Akhirah! A very warm welcome to our Brainy Bunch International School.
28/01/2026
Bila dunia rumah dan dunia sekolah selari,
anak lebih senang dengar kata,
lebih cepat ikut peraturan,
lebih berani cuba benda baru.
Jadi, bila awak serah anak di pintu BB Campus, cuba sekali serah sikit kepercayaan pada aunty dan uncle kami untuk urus, jaga dan ajar anak sebaik mungkin.
Pendaftaran Brainy Bunch untuk tahun 2026 masih dibuka, tapi tempat makin terhad di banyak BB Campus.
Kalau awak sedia jadi satu pas**an dengan kami, insyaAllah anak akan rasa rumah dan sekolah sama sama sokong dia untuk membesar dengan yakin.
27/01/2026
26/01/2026
Satu Suara Dari Lapangan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Mereka tidak menolak perubahan. Mereka hanya memohon agar perubahan dilaksanakan dengan tertib, berperingkat dan berpijak di bumi nyata.
Pengusaha tadika swasta dari seluruh negara dalam taklimat hari ini tampil dengan satu rayuan yang ikhlas agar pelaksanaan dasar baharu pendidikan awal kanak-kanak ditangguhkan sementara. Bukan kerana takut kepada perubahan, tetapi kerana perubahan yang terlalu cepat berisiko menjejaskan ekosistem yang telah dibina dengan penuh komitmen selama bertahun-tahun.
Di sebalik setiap tadika, terdapat guru-guru yang berkelulusan dan telah lama berkhidmat dengan dedikasi. Terdapat mahasiswa yang sedang menuntut ilmu dengan harapan untuk menjadi pendidik. Terdapat ibu bapa yang meletakkan kepercayaan, dan terdapat anak-anak kecil yang sedang membina asas kehidupan mereka.
Pendidikan awal kanak-kanak bukan sekadar persediaan ke Darjah Satu. Ia merupakan fasa penting dalam pembentukan emosi, sosial, disiplin, fokus dan keyakinan diri asas yang menentukan bagaimana seseorang anak menghadapi alam persekolahan dan kehidupan seterusnya.
Sehubungan itu, mereka merayu agar ruang perbincangan dibuka, suara lapangan didengar dan pelaksanaan dasar dilaksanakan secara berperingkat. Demi menjaga kebajikan guru, kelangsungan pengusaha dan yang paling utama, masa depan anak-anak negara.
Antara yang hadir termasuk Al Baghdadi, Q-Dees, REAL Kids, Sun Bear Sproud, Tadika Harmoni, Tadika Seri Cahaya, Little Cali
09/01/2026
Anak aktif sikit terus dilabel susah fokus.
Anak tak boleh duduk diam lama terus dianggap bermasalah.
Itu realiti yang ramai parents hadapi sebelum anak masuk preschool.
Hakikatnya, kebanyakan anak bukan tak boleh belajar.
Mereka cuma tak dapat saluran yang betul untuk lepaskan tenaga dan rangsang otak mereka.
Di BB Campus, preschool dan playschool Brainy Bunch, kami sedar satu perkara penting.
Otak kanak-kanak belajar paling baik bila badan mereka bergerak.
Itulah sebabnya outdoor play dan physical activity bukan aktiviti selingan.
Ia sebahagian daripada pendekatan Montessori yang dirancang.
Masalahnya, ramai tempat kurangkan pergerakan.
Anak duduk lama.
Ruang sempit.
Gerak dikawal.
Akhirnya emosi tertekan, fokus merosot, dan tantrum jadi kerap.
Bila ini berlaku, anak yang sebenarnya normal mula nampak bermasalah.
Di Brainy Bunch, kami buat pivot yang berbeza.
Kami benarkan anak bergerak dengan tujuan.
Lari, melompat, panjat, imbang badan, bermain luar dan aktiviti fizikal berstruktur.
Semua ini membantu perkembangan motor kasar, kawalan diri dan fokus dalam kelas.
Apa yang berlaku selepas itu sangat ketara.
Anak lebih tenang bila masuk kelas.
Lebih lama boleh fokus pada kerja Montessori.
Lebih mudah ikut rutin dan arahan.
Badan yang bergerak bantu otak bersedia untuk akademik.
Parents selalu perasan perubahan ini.
Anak kurang meletup emosi.
Lebih senang dengar cakap.
Dan yang paling penting, anak mula enjoy proses belajar.
Inilah keseimbangan yang kami bina di BB Campus.
Akademik berjalan.
Emosi terjaga.
Fitrah anak dihormati.
Kalau awak nak anak belajar dalam persekitaran preschool dan playschool yang faham keperluan sebenar kanak-kanak, pendaftaran Brainy Bunch 2026 kini dibuka.
Tempat makin cepat penuh di banyak BB Campus.
Bagi anak peluang belajar dengan cara yang betul sejak awal.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
No. 2 Jalan Pulau Lumut U10/76G, Alam Budiman
Shah Alam
40170
Opening Hours
| Monday | 07:30 - 18:30 |
| Tuesday | 07:30 - 18:30 |
| Wednesday | 07:30 - 18:30 |
| Thursday | 07:30 - 18:30 |
| Friday | 07:30 - 18:30 |