Moda Motorcycle
At MODA, everything we do is centered around your needs. For us, quite simply, it just has to make sense. After all, just like our customers, we are bikers too.
02/06/2026
πΎβ¨ Selamat Menyambut Hari Gawai 2026 β¨πΎ
--
MODA Motorcycles mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada semua yang meraikannya, khususnya masyarakat Dayak di Sarawak.
Semoga sambutan yang penuh warna-warni ini membawa kegembiraan, kemakmuran dan kebersamaan bersama keluarga serta insan tersayang.
Gayu Guru, Gerai Nyamai!
--
MODA | By Bikers For Bikers
31/05/2026
πππππππππ ππππππ.
Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan setulus junjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Sembah takzim daripada MDua Motor Sdn. Bhd.
30/05/2026
πͺ·β¨ Selamat Menyambut Hari Wesak 2026 β¨πͺ·
--
31 Mei 2026
MODA Motorcycles mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut Buddha yang meraikannya.
Semoga sambutan Hari Wesak ini membawa kedamaian, keharmonian, kebijaksanaan dan kasih sayang dalam kehidupan anda serta keluarga tersayang. Marilah kita bersama-sama menghayati nilai murni seperti belas ihsan, kesederhanaan dan saling menghormati demi membina masyarakat yang lebih aman dan bersatu.
Semoga perjalanan hidup anda sentiasa dipenuhi dengan kebahagiaan dan kesejahteraan.
--
MODA | By Bikers For Bikers
30/05/2026
πΎπ Selamat Menyambut Pesta Kaamatan 2026 ππΎ
--
30 & 31 Mei 2026
Warga MODA Motorcycles Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada seluruh rakyat Sabah dan semua yang meraikannya.
Semoga sambutan yang penuh dengan nilai kesyukuran, kegembiraan dan warisan budaya ini membawa kebahagiaan, kemakmuran serta kenangan indah bersama keluarga dan sahabat tersayang.
Raikan keunikan budaya, eratkan persahabatan, dan teruskan perjalanan dengan penuh semangat serta gaya yang tersendiri.
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan! πΎβ¨
--
MODA β By Bikers For Bikers
26/05/2026
πβ¨ Selamat Hari Raya Aidiladha β¨π
--
Semoga sambutan Aidiladha kali ini membawa seribu keberkatan, ketenangan jiwa dan kebahagiaan buat anda serta keluarga tersayang.
Dalam erti pengorbanan dan keikhlasan yang sebenar, semoga setiap perjalanan yang dilalui sentiasa dipermudahkan dan dipenuhi dengan momen indah bersama insan tersayang.
Walau ke mana destinasi anda, semoga perjalanan pulang untuk meraikan Aidiladha berlangsung dengan selamat, lancar dan penuh makna.
Ikhlas daripada MODA Motorcycles.
--
MODA | By Bikers For Bikers
15/05/2026
ππ΅ β¨οΈHappy Teachersβ Day 2026β¨οΈ π΅π
--
16 May 2026
Every meaningful journey in life begins with the guidance, patience, and dedication of a teacher.
Thank you to all teachers and educators for your endless commitment and sacrifices in shaping future generations. Your wisdom and encouragement continue to inspire and empower lives every single day.
From all of us at MODA Motorcycles, we would like to wish all teachers across Malaysia a very Happy Teachersβ Day. β€οΈ
May you continue to be blessed with happiness, good health, and strength in educating and inspiring the leaders of tomorrow.π²πΎπͺπ»
--
MODA | By Bikers For Bikers
15/05/2026
πβ¨ Selamat Hari Guru 2026 | 16 Mei 2026β¨π
β
Seorang guru bukan sekadar mengajar di dalam kelas, tetapi turut membimbing perjalanan hidup, membina keyakinan dan mencorakkan masa depan generasi akan datang.
Terima kasih kepada semua guru atas segala ilmu, pengorbanan dan jasa yang tidak ternilai dalam mendidik anak bangsa dengan penuh sabar dan keikhlasan.
Daripada seluruh warga MODA Malaysia, kami mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik di seluruh negara. Semoga terus diberikan kesihatan, kebahagiaan dan semangat untuk terus menjadi inspirasi buat semua. π²πΎβ€οΈ
Terima kasih cikgu!
β
MODA | By Bikers For Bikers
12/05/2026
π Selamat Menyambut Hari Jururawat Antarabangsa 2026 π
--
Terima kasih kepada semua jururawat di seluruh Malaysia atas dedikasi, pengorbanan dan komitmen luar biasa yang dicurahkan setiap hari tanpa mengira waktu dan keadaan.
Anda adalah wira sebenar yang sentiasa berada di barisan hadapan demi kesihatan dan kesejahteraan semua. β€οΈ
Daripada seluruh warga MODA Motorcycles, kami mengucapkan Selamat Hari Jururawat Antarabangsa kepada semua jururawat yang banyak berjasa kepada negara dan masyarakat.
Teruskan melangkah dengan penuh semangat dan senyuman.
Pengorbanan anda amat dihargai.
--
MODA | By Bikers For Bikers
10/05/2026
π©·π· Selamat Hari Ibu 2026 | 10 Mei 2026 π·π©·
--
Di sebalik setiap perjalanan yang indah, pasti ada kasih sayang dan doa seorang ibu yang sentiasa mengiringi. β€οΈ
Terima kasih kepada semua insan bergelar ibu atas segala pengorbanan, kasih sayang dan kekuatan dalam membesarkan keluarga serta menjadi inspirasi dalam setiap langkah kehidupan.
Daripada seluruh warga MODA Motorcycles, kami mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu, mama, umi, mak dan bonda di seluruh dunia.
Semoga kasih seorang ibu terus menjadi cahaya dan kekuatan buat kita semua setiap hari.
Ride safe, ride with love. π«Άπ»
--
MODA | By Bikers For Bikers
09/05/2026
Semangat MODA terus membara di ISMG 4.0 Terengganu! π₯π΅π
--
Hari yang indah. Hari yang hebat. Hari yang penuh tenaga! π₯π¨
International Scooter Mega Gathering 4.0 tahun ini menjadi lebih meriah dengan kehadiran ramai pemilik skuter MODA dari seluruh negara. Dari MODA Sporter-S, Aero-E, Moca hingga Shifter 400X, semuanya turun padang memeriahkan suasana sepanjang dua hari acara berlangsung di Terengganu. π΅π
Paling best bila semua dapat santai bersama Team MODA, bertukar pendapat, berkongsi pengalaman tunggangan dan berehat seketika sebelum memulakan perjalanan pulang ke destinasi masing masing. Inilah semangat komuniti yang menjadikan keluarga MODA semakin rapat dan penuh warna! π€π₯
Terima kasih kepada semua pemilik dan penyokong MODA yang hadir menjadikan ISMG 4.0 antara gathering paling happening dan bermakna buat kami semua. Anda semua memang steady boh! ππ¨
Kita jumpa lagi di acara seterusnyaβ¦ dan sudah tentu di ISMG tahun hadapan! ππ
Ride safe dan jumpa lagi di jalan raya! π΅β¨
--
MODA | By Bikers For Bikers
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
No. 14, Jalan Jurunilai U1/20, Seksyen U1, HICOM Glenmarie Industrial Park
Shah Alam
40150
Opening Hours
| Monday | 08:30 - 17:00 |
| Tuesday | 08:30 - 17:00 |
| Wednesday | 08:30 - 17:00 |
| Thursday | 08:30 - 17:00 |
| Friday | 08:30 - 17:00 |