MSA GROUP
Pengurusan Hartanah, Pembangunan Hartanah, Pembinaan, Perladangan, Penternakan, Perikanan, Pembekalan Bahan Binaan, Peruncitan, Takaful.
10/07/2017
Info Pindahmilik Tanah...............
AYAH NAK PINDAMILIK TANAH PERTANIAN 2 EKAR KEPADA 4 ORANG ANAKNYA. BOLEH ATAU TIDAK ?
Saya pernah diajukan soalan lebih kurang begini.
"Ayah saya ada tanah pertanian seluas 2 ekar (dalam 1 geran). Saya ada 4 orang adik beradik. Boleh kah kalau ayah saya nak pindah milik kan tanah 2 ekar tu kepada 4 orang adik beradik saya?"
Jawapan saya:
1. Di bawah Kanun Tanah Negara, telah ditetapkan, untuk setiap satu ekar tanah pertanian yang mempunyai satu nama pemilik, ianya hanya boleh dipindahmilikkan kepada satu penerima pindahmilik sahaja.
2. Melainkan atas sebab turun milik akibat kematian. Dimana, jika berlaku kematian kepada pemilik, maka tanah tadi boleh di turun milik kepada lebih daripada seorang penama, tertakluk kepada bahagian-bahagian yang telah diputuskan dalam perintah pusaka.
3. Walau bagaimanapun dalam kes di atas, jika ayah ingin memindah milik kan 2 ekar tanah pertanian tersebut kepada anak-anaknya, dia hanya boleh memindah milik kan kepada 2 orang sahaja daripada 4 orang anaknya itu , di mana setiap orang akan memiliki 1 ekar seorang. Perkara ini mungkin tidak adil bagi kesemua anak-anaknya.
4. Jadi cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut adalah, SI AYAH MELANTIK SALAH SEORANG DARIPADA ANAK-ANAKNA SEBAGAI PEMEGANG AMANAH.
5. Satu surat cara ikatan amanah perlulah ditandatangani oleh si ayah dan salah seorang anak tersebut sebagai pemegang amanah.
6. Surat ikatan amanah tersebut hendaklah di daftarkan di pejabat tanah sebagai rekod di kemudian hari. Dan satu nombor rujukan perserahan pejabat tanah akan direkodkan pada Surat Ikatan Amanah tersebut.
7. Si ayah kemudiannya akan memindah milikkan tanah tersebut kepada anaknya yang telah dilantik sebagai pemegang amanah tadi. Dalam geran tanah akan ditulis nama si anak sebagai pemegang amanah.
8. Dan sebagai pemegang amanah yang telah dilantik, beliau hendaklah bersifat adil, amanah dan jujur serta hendaklah mempastikan yang setiap adik beradik mendapat hasil dan manfaat yang sama daripada tanah tersebut.
9. Untuk melindungi kepentingan adik beradik yang lain, mereka boleh memohon supaya satu kaveat pendaftar atau kaveat amanah dimasukkan ke atas tanah tersebut.
10. Kaveat pendaftar atau kaveat amanah itu akan kekal pada tanah tersebut sehinggalah ikatan amanah tadi dibatalkan.
11. Untuk membolehkan setiap adik beradik itu mendapat bahagian masing-masing yang lebih terjamin di kemudian hari, mereka digalakkan membuat permohonan pecah bahagian dengan melantik juru ukur dan memfailkan permohonan pecah bahagian di pejabat tanah.
12. Setelah urusan pecah bahagian selesai, pejabat tanah akan mengeluarkan geran individu untuk setiap anak-anak tersebut.
Terima kasih,
SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)
Mengundang rezeki dari ALLAH.
- Ada yang mengetuk pintu langit dengan cara setiap pagi memberi 40 nasi bungkus untuk orang miskin. Rutin dia lakukan.
- Ada yang mengundang rezeki dengan cara mencium tangan ibunya lalu minta didoakan.
- Ada yang mengundang rezeki, setiap minggu dia mendatangi anak-anak yatim, mengusap kepala mereka, membelikan sesuatu untuk keperluan mereka sebagaimana diajarkan Nabi SAW.
- Ada yang mengundang rezeki, setiap pagi keluar ke tempat kerja dia rutin bersedekah kepada siapa saja.
- Ada yang mengundang rezeki, tiap malam jumaat dia membahagi makanan kepada orang² yang tidur di jalanan. Doanya tembus ke langit!
- Ada yang mengundang rezeki, setiap kali setelah solat subuh dia tidak tidur. Dia beristighfar 100 kali dan bertadarrus Al-quran hingga terbit fajar, lalu menatap langit langsung dan mengangkat tangan. Doanya tembus langsung kepada Tuhannya.
- Ada yang mengundang rezeki, setiap Jumaat profit hasil jualannya 100% disedekahkan.
- Ada yang mengundang rezeki, tiap bulan 20% dari total pendapatannya disedekahkan. Dia yakin Tuhan-nya MAHA KAYA.
- Ada yang mengundang rezeki, seminggu sekali tengah malam didatangi rumah orang miskin. Dia angkat/pikul sendiri makanan untuk mereka.
- Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat dia tidak mahu dibayar upah untuk khidmatnya yang diberikan ke orang lain. Tiap titik keringatnya penuh pahala.
- Ada yang mengundang rezeki dengan memperbaiki jadual solat 5 waktunya berjamaah di masjid dan Allah pun memudahkan segala urusannya.
- Ada yang mengundang rezeki, tiap pagi dia solat dhuha & berdoa, ketika orang lain sudah sibuk dia memilih menghadap langsung ke Penciptanya.
- Ada yang mengundang rezeki tiap 1/4 malam bangun solat tahajud berbisik pada bumi dan terdengar di langit. Allah redha, hidupnya pun berkat.
- Ada yg mengundang rezeki dengan cara menanam pkok agar semua makhluk bumi boleh menikmati oksigen.
Rezekimu bukan dari bossmu atau pelangganmu.
Tapi dari Allah swt.
Jemputlah rezeki datang dengan cara-cara yang Allah redhai.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Website
Address
Shah Alam