Miracle Umrah
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Miracle Umrah, Travel Company, No. 45-1F , Jalan Setia Perdana BF U13/BF, Bandar Setia Alam , Shah Alam., Shah Alam.
07/04/2021
Cantik nya rumah kediaman kita kalau dihiasi Poster Frame Pemandangan Indah Mekah dan Madinah ni.
Korang tak teringin ke? tengok pun sejuk mata je. Ni gambar betul ya. Bukan gambar seni reka graphic semata-mata.
Gambar ni bukan dari google atau stock photos mana2. Gambar-gambar ni semua di ambil oleh jurugambar kami sendiri.
Kalau anda berminat, boleh buat pembelian terus di website link di bawah
https://believers.myshoppegram.com/categories/frame
31/03/2021
SYAMAIL MUHAMMADIAH 49: AKHLAK RASULULLAH
"Rasulullah SAW tidak pernah berteriak-teriak di pasar. Beliau tidak pernah membalas keburukan dengan keburukan; beliau selalu memafkan dan bersikap lapang dada." Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ahmad
Lihat akkhlak Rasulullah SAW, seharusnya kita jadikan role model untuk kita ikut dan bina keperibadian kita. Begitu baik dan terpuji nya Akhlak Rasulullah SAW. Kalau orang mengata, beliau tak campur. Orang buat jahat beliau tak balas dendam. Beliau sentiasa senyum, bagi orang habis cakap dulu baru reply, jujur dan sentiasa buat orang happy dengan kehadiran beliau, walaupun orang tu jahat. Tapi bila bab orang melanggar hukum Allah SWT, dialah orang yang paling berang sekali.
So kita kenalah ikut teladan yang sama. Cukup lah dunia sekarang ni pelbagai tohmahan dan fitnah. Yang menunjuk satu hal, yang mengata satu hal, yang menyokong pun satu hal. Berbalik kepada asas Sunnah dan terap pada diri cukuplah, confirm bagi impak yang sangat besar pada hidup, keluarga dan masyarakat.
13/01/2021
SYAMAIL MUHAMMADIAH 47: TAWADUK RASULULLAH SAW
Tawaduk secara bahasa bermaksud rendah hati. Secara istilah p**a tawaduk adalah sikap merendahkan hati, baik di hadapan Allah SWT mahupun sesama manusia.
Harta yang banyak, pangkat yang tinggi dan rupa paras yang cantik hanyalah diberikan Allah sebagai ujian kepada manusia. Semua kenikmatan ini tidak akan dapat menjadi bekal untuk 'membeli' syurga melainkan sekiranya ia digunakan dengan mengikut landasan yang betul berdasarkan pertimbangan agama.
Orang yang beriman akan menyedari bahawa harta yang ada padanya adalah jauh lebih sedikit berbanding dengan harta yang dimiliki oleh Allah SWT yang menguasai alam semesta ini.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sonbong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang. (al-Israa': 37)
Jom follow kami di facebook dan Instagram
https://www.instagram.com/p/CEYA7XVDtC1/
30/09/2020
SYAMAIL 46 ALAS TIDUR
Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS al-Ahzab [33] : 21).
Suri teladan yang baik dari beliau itu menyangkut segala segi kehidupan. Maka, tak ada sesuatu pun dari kehidupan beliau yang luput dari pantauan sahabat-sahabatnya. Mulai dari hal-hal kecil hingga hal-hal besar.
Boleh jadi, kesederhanaan beliau ditinjau dari segi pakaian, perabotan rumah tangga, dan lainnya lebih sederhana dari sahabat-sahabatnya. Ambil contoh, menyangkut alas tidur yang biasa beliau gunakan sehari-hari.
Alas tidur beliau sangat sederhana. Alas tidur beliau berdasarkan catatan yang valid terbuat dari kulit yang diisi sabut. Berdasarkan catatan lainnya, Umar bin Khattab RA pernah masuk ke kamar pribadi Rasulullah. Di sana, dia mendapati beliau tengah tidur di atas tikar terbuat dari pelepah kurma. Sehingga, terlihat meninggalkan bekas di lambungnya.
Pada waktu lain beliau tidur beralaskan mantel kasar atau kulit yang digelar. Ada juga keterangan bahwa beliau tidur di atas “ranjang” terbuat dari rakitan pelepah kurma atau lainnya yang diikat dengan tali. Sehingga, terlihat meninggalkan bekas di lambungnya.
Alas tidur beliau yang sangat sederhana itu tentu saja mengundang rasa takjub siapa pun yang melihatnya. Bahkan, Umar sampai meneteskan air matanya saat melihat bekas tikar di lambung beliau. Lalu dia berkata, “Engkau adalah Rasulullah. Sedangkan kisra dan kaisar tidur di atas ranjang terbuat dari emas.”
Ketika Adi bin Hatim datang di Madinah sebagai seorang Muslim, Rasulullah memintanya datang ke rumah beliau. Maka untuk menghormatinya, beliau memberikan bantal miliknya kepada Adi. Padahal, tidak ada lagi yang lain di rumah itu selain bantal tersebut.
Ketika seorang wanita Anshar suatu ketika masuk ke rumah Rasulullah untuk menemui Aisyah, dia pun geleng-geleng kepala saat mengetahui kondisi alas tidur beliau. Karena itu, tanpa diminta dia mengirimkan selembar alas tidur terbuat dari wol. Begitu beliau melihatnya, Rasulullah memerintahkan Aisyah untuk mengembalikannya kepada wanita itu.
Ketika Hafshah ditanya tentang alas tidur Rasulullah, dia menjawab, “Kain wol kasar yang kami lipat dua. Suatu malam, tebersit di benakku untuk melipatnya menjadi empat. Ternyata paginya beliau bertanya, ‘Apa yang kau jadikan alas tidurku tadi malam?’
Aku jawab, ‘Itu adalah alas tidurmu, hanya saja tadi malam aku lipat menjadi empat. Aku pikir itu akan lebih nyaman untukmu.’ Sekonyong-konyong beliau bersabda, ‘Kembalikan lagi ke keadaan semula (dilipat menjadi dua). Ketahuilah, kenyamanannya telah menghambatku (mendirikan) shalat tadi malam.” (HR Tirmidzi). Subhanallah wa bi hamdih.
28/08/2020
KISAH SEMUT BERCAKAP DAN DOA NABI SULAIMAN
Allah SWT berfirman: (Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari".
Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kump**an hamba-hambaMu yang soleh". (Surah al-Naml: 18-19)
Sayyid Qutb berkata: Angkatan bala tentera Nabi Sulaiman meneruskan perjalanannya dalam barisan yang teratur rapi. Barisan pertama bersambung dengan barisan terakhir. Mereka berjalan dengan saf-saf yang padu dan dengan langkah yang sama sehingga sampailah di sebuah lembah yang banyak semut sehingga dikenali lembah semut atau wadi al-naml.
Syeikh al-Maraghi berkata: Sehinggalah apabila mereka menghampiri Lembah Semut, salah seekor semut pun berkata. Menurut pemahaman Nabi Sulaiman AS, semut tersebut menyuruh anak buahnya masuk semula ke sarang mereka supaya tidak dipijak oleh Nabi Sulaiman AS dengan bala tenteranya, kerana mereka menyedari situasi itu.
Nabi Sulaiman tersenyum kagum terhadap keprihatinan dan peringatan semut itu kepada kawan-kawannya, serta adanya hidayah yang Allah berikan kepada semut itu. Baginda juga merasa gembira dengan anugerah khusus yang dimilikinya iaitu dapat memahami maksud bahasa semut itu.
Sambungan di ruang komen👇🏻
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
No. 45-1F , Jalan Setia Perdana BF U13/BF, Bandar Setia Alam , Shah Alam.
Shah Alam
40170
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |
| Saturday | 09:00 - 17:00 |