RummaReka
We furnish your dreams
Beginilah proses untuk menghasilkan sebiji sofa Chester Bruno.
Yang ni customer request menggunakan full leather. Walaupun harganya mahal, tetapi jangka hayatnya memang tahan lama.
Material leather ni takkan terkopek melainkan dipotong menggunakan pisau atau gunting.
26/01/2022
Ini salah satu design sofa chesterfield keluaran RummaReka iaitu Chester Bruno.
Design sofa-sofa chesterfield kami berkualiti premium. Kami bukan sahaja menggunakan material yang premium, malah kami menawarkan workmanship yang bertaraf 5 bintang.
Setiap sambungan material dijahit dengan teliti, bukan dilipat. Kalau sambungan material itu dilipat, ianya akan menjadi tempat terperangkap habuk dan sisa makanan.
Susunan tufted button kami penuh dan tersusun sekata. Jahitan tufted button kami juga tepat di tempat persilangan jahitan.
Perhatikan kualiti workmanship kami dan bandingkan dengan sofa-sofa chesterfield di luar sana. Anda pasti akan nampak perbezaannya.
Sekilas pandang memang susah kita nak bezakan mana satu leather, mana satu sintetik.
Antara 2 material ini, mestilah leather yang lebih mahal dan tahan lama. Untuk pengetahuan anda semua, material leather memang tidak akan mengelupas. Paling teruk pun ia cuma akan merekah jika terdedah kepada panas matahari dalam suatu tempoh yang lama.
Manakala material sintetik akan mengelupas selepas beberapa tahun (bergantung kepada cuaca dan cara penjagaan).
Ada seller mengaku jual leather, sedangkan yang mereka berikan kepada customer adalah material sintetik.
Jadi jika selepas beberapa tahun sofa anda mengelupas, maknanya material sofa anda dari sintetik, bukan leather.
Untuk mengelakkan dari kena tipu dengan seller, jom kenali apa beza antara leather dengan sintetik.
15/01/2022
Kalau ruang tamu jenis sempit, elok letak sofa L-shape macam ni sahaja, tak perlu wing chair lagi.
Sofa Greta L-shape ni boleh request nak letak L tu sebelah kiri atau kanan, ikut layout ruang tamu rumah anda.
Baring-baring sambil tengok movie kat sini, selesa sangat!
Jom subscribe Telegram Channel kami:
https://t.me/rummareka
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
No. 17-G, Jalan Matahari ZU5/Z
Shah Alam
40150