Ade Academy - RASMI

Ade Academy - RASMI

Share

We Produce Street Expert Marketers Ade Academy adalah sebuah pusat yang memberikan latihan keusahawan khususnya dalam skop pemasaran offline dan juga online.

07/02/2026

Entrepreneur Discovery Day

Peluang Kerjaya & Keusahawanan untuk Belia bersama Ade Academy

Kerjasama Strategik Bersama YB Jeram
Alhamdulillah, Ade Academy yang diterajui oleh telah menempa sinergi baharu melalui pertemuan rasmi bersama YB Dato’ Harisson Bin Hassan, ADUN Jeram, pada 28 Januari 2026 bertempat di Pusat Khidmat ADUN Jeram. Inisiatif “Entrepreneur Discovery Day” ini dicetuskan hasil cadangan bernas dan sokongan padu daripada Puan Mas Ayu dari D’Ayu Production.

YB Dato’ Harisson menyambut baik usaha murni ini dan memberikan sokongan penuh bagi merealisasikannya. Kejayaan pertemuan ini menjadi bukti kerjasama erat antara pihak kerajaan, sektor swasta, dan komuniti dalam memartabatkan agenda keusahawanan belia. Insya-Allah, program akan dilancarkan selepas Hari Raya Aidilfitri sebagai pembuka peluang baharu bagi belia cemerlang.

Keistimewaan Program “Entrepreneur Discovery Day”

• Percuma & Terbuka:
• Program latihan keusahawanan tanpa yuran penyertaan, terbuka kepada semua belia yang berminat.
• Pembelajaran Praktikal; Pendekatan experiential learning peserta menjalani latihan praktikal sebenar, bukan sekadar kuliah teori.
• Fokus Belia 18–30: Disasarkan kepada lepasan SPM, pelajar tercicir, dan remaja berumur 18–30 tahun untuk membina asas keusahawanan yang kukuh.

Sokongan Komuniti: Disokong sepenuhnya oleh YB Dato’ Harisson bin Hassan (ADUN Jeram) melalui kerjasama strategik dengan Puan Mas Ayu (D’Ayu Production).

Semangat Islamik & Motivasi Belia

Laungan “Bijak Niaga” dijulang sebagai moto program. Kami membimbing belia mengasah potensi diri melalui ilmu, keberanian, dan keyakinan, berlandaskan nilai-nilai Islam dalam setiap langkah. Insya-Allah, inisiatif ini bakal melahirkan generasi usahawan muda cekal, cerdas, berilmu dan bertakwa.

Dengan semangat ihsan dan tawakkal, setiap peserta diharapkan meraih kejayaan dunia dan akhirat. Marilah kita sama-sama menyemarakkan semangat keusahawanan dengan niat yang tulus dan doa yang tidak berputus-putus.

Nantikan pengumuman tarikh Pelancaran Selepas Raya. Insya-Allah, selepas Hari Raya Aidilfitri nanti program “Entrepreneur Discovery Day” akan dilancarkan secara rasmi dan dapatkan butiran program melalui saluran media sosial rasmi Ade Academy tidak lama lagi. Jangan lepaskan peluang keemasan ini mari kita raikan Syawal dengan lembaran baru mengorak langkah kejayaan keusahawanan!

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Shah Alam
40300

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00