PASTI Ar-Raudhah Seksyen U5
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PASTI Ar-Raudhah Seksyen U5, School, No1, JalanUranus U5/128E, TamanSubangPelangi, SeksyenU 5, Shah Alam.
21/05/2026
PROGRAM HAJI CILIK PASTI KAWASAN SUNGAI BULOH
Alhamdulillah, Program Haji Cilik berjalan dengan penuh ceria dan teratur.
Anak-anak PASTI Ar-Raudhah telah berjaya melalui setiap rukun haji,dari niat ihram, tawaf, saβie sehinggalah melontar jamrah dengan penuh semangat serta adab yang sangat membanggakan.
Melihat kesungguhan dan kesopanan mereka benar-benar mengharukan.
Semoga langkah awal ini menjadi asas cinta mereka kepada Allah SWT dan sunnah Nabi Ibrahim A.S.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada guru-guru PASTI yang bertungkus-lumus menjayakan program ini, serta ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dan kepercayaan kepada kami.
Moga Allah memberkati setiap usaha ini dan menjadikan anak-anak PASTI Ar-Raudhah sebagai anak-anak soleh dan solehah yang membesar dengan akhlak mulia Aamiin π€²
15/05/2026
Pihak PASTI Ar-Raudhah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah bersusah payah menyediakan hadiah dan mengirim ucapan buat para guru.Kami amat menghargai setiap pemberian dan setiap doa yang dititipkan.
Anak-anak adalah amanah berharga, dan sokongan ibu bapa menjadikan perjalanan pendidikan mereka lebih indah.
Semoga Allah SWT melimpahkan keberkatan, memudahkan urusan, serta mengurniakan kebahagiaan yang berpanjangan kepada keluarga Tuan dan puan Aamiin.π€²
15/05/2026
πΈ Majlis Sambutan Hari Guru PASTI Ar-Raudhah 2026 πΈ
Alhamdulillah, majlis sambutan Hari Guru pada pagi ini berlangsung dengan penuh kegembiraan dan berwarna-warni. Terima kasih yang tidak terhingga kepada para ibu bapa yang begitu komited menghiasi anak-anak mereka dengan tema Flora & Fauna, yang benar-benar menyerikan suasana.
Anak-anak PASTI Ar-Raudhah tampil ceria dan bersemangat dalam setiap aktiviti.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah:-
πΌ Pertandingan Mewarna bagi umur 4, 5 dan 6 tahun
π¦ Pertandingan Pakaian Tercantik bertemakan Flora & Fauna
Semoga pengalaman hari ini menambah keyakinan diri dan menjadi kenangan indah buat anak-anak semua. Terima kasih kepada ibu bapa atas sokongan padu, dan terima kasih juga kepada para guru yang sentiasa menjadi lilin dalam menerangi pendidikan awal kanak-kanak.
Selamat Hari Guru 2026
"Guru Pembina Generasi Rabbani."
10/05/2026
πβ½π KEJOHANAN BOLA SEPAK & BOLA JARING PASTI KAWASAN SUNGAI BULOH πβ½π
Alhamdulillah, selesai sudah program kejohanan yang penuh semangat dan ceria.
Tahniah buat semua anak-anak PASTI AR-RAUDHAH yang telah memberikan kerjasama, keberanian dan semangat kesukanan yang sangat baik.
Terima kasih juga kepada guru-guru serta ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan sepanjang program berlangsung.
07/05/2026
πΈ PENDAFTARAN PASTI Ar-Raudhah SESI 2027 KINI DIBUKA πΈ
Alhamdulillah Kami membuka peluang buat ibu ayah yang ingin memberikan pendidikan awal terbaik berteraskan Al-Quran dan Islam untuk si kecil tersayang π₯°
β¨ Melahirkan generasi celik Al-Quran
β¨ Guru berpengalaman & terlatih
β¨ Yuran berpatutan
β¨ Kemudahan transit disediakan
πTempat terhad
π Pengambilan murid
umur :-
π‘ 4 Tahun
π΅ 5 Tahun
π 6 Tahun
π Sebarang pertanyaan boleh hubungi:-
Ustaz Hafizuddin : 014-5147391
Cikgu Muyah : 018-2458060
Tempat terhad Jom daftarkan anak-anak anda bersama keluarga PASTI Ar-Raudhah.
09/04/2026
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Sambutan Hari Lahir Anak-Anak PASTI Ar-Raudhah (Januari β April) π
Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan meriah dan penuh kegembiraan. Semoga anak-anak PASTI Ar-Raudhah sentiasa membesar dengan sihat, ceria dan diberkati Allah π€²β¨
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ibu bapa serta guru-guru yang telah menjayakan majlis ini.
15/03/2026
Alhamdulillah, Majlis Iftar dan Halaqah Al-Quran PASTI Kawasan Sungai Buluh telah berlangsung dengan penuh keberkatan dan ukhuwwah.
Majlis ini diadakan bagi mengimarahkan Ramadan melalui pengisian rohani serta menguatkan hubungan sesama guru dan warga PASTI. Alhamdulillah, semua guru turut menerima sumbangan duit raya sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini. Semoga Allah melimpahkan ganjaran dan keberkatan buat kita semua, insyaAllah.
31/01/2026
PASTI Ar-Raudhah telah mengadakan Program Sambutan Hari Al-Quds bagi memupuk kesedaran awal dalam diri murid tentang kedudukan Masjid Al-Aqsa dan perjuangan rakyat Palestin.
Terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa atas kerjasama.
Semoga program seperti ini terus menyuburkan kecintaan terhadap bumi barakah Palestin. Aamiin π€² π΅πΈ
17/01/2026
Alhamdulillah, warga pendidik PASTI Ar Raudhah telah menyertai Kursus Asas Canva 1.0 pada hari ini. Kursus ini bertujuan memperkasakan guru-guru dalam penyediaan bahan pembelajaran yang lebih menarik dan interaktif.
Moga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam mendidik anak-anak PASTI dengan lebih kreatif dan berkesan.
12/01/2026
Alhamdulillah, Majlis Apresiasi PASTI Kawasan Sungai Buluh telah berlangsung dengan penuh kesyukuran dan semangat ukhuwah. Tahniah diucapkan kepada semua guru atas komitmen, kesungguhan dan pengorbanan sepanjang tahun ini.
Tahniah juga kepada para penerima Anugerah atas pencapaian yang membanggakan. Semoga terus istiqamah dalam mendidik generasi Rabbani.
Jazakumullahu khayran kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
No1, JalanUranus U5/128E, TamanSubangPelangi, SeksyenU 5
Shah Alam
40150
Opening Hours
| Monday | 07:30 - 12:30 |
| Tuesday | 07:30 - 12:30 |
| Wednesday | 07:30 - 12:30 |
| Thursday | 07:30 - 12:30 |
| Friday | 07:30 - 12:30 |