CREaTE

CREaTE

Share

Menjadi sebuah pusat kecemerlangan kejuruteraan dan teknologi negara, bertaraf dunia.

Photos from CREaTE's post 14/07/2026

Kursus BIM Sivil : Sistem Saliran yang disampaikan oleh Ts. Zainariah binti Zainal Abidin, En. Khairudin bin Abu Kasim dan Ir. Mohd Azizi bin Ya Habib telah dihadiri seramai 20 orang peserta pada 9 dan 10 Julai 2026 di Studio BIM, Menara PJD.

Kursus ini bertujuan untuk memahami cara perisian berfungsi bagi Reka Bentuk Sistem Saliran. Selain itu, memahami dan menguasai secara asas pengurusan Model Reka Bentuk Sistem Saliran.

Terima kasih diucapkan kepada penceramah dan fasilitator yang telah berkongsi ilmu dan pengalaman berharga. Tahniah juga kepada semua peserta atas komitmen yang ditunjukkan sepanjang kursus ini berlangsung.

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )

Photos from CREaTE's post 13/07/2026

📚 PERKONGSIAN ILMU | TINGKATKAN ILMU, BINA KERJAYA, PIMPIN INDUSTRI

CREaTE, JKR telah menganjurkan Program Perkongsian Ilmu berkonsepkan book review pada 10 Julai 2026 bertempat di Pusat Sumber CREaTE. Program ini telah menampilkan YBrs. Ir. Haji Shamsulakmar bin Abdul Munir, Mantan Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, Ibu Pejabat JKR Malaysia sebagai penceramah jemputan.

Menerusi sesi ulasan buku From Engineer to Leader, beliau berkongsi pengalaman sepanjang perjalanan kerjayanya, cabaran yang ditempuhi serta nilai-nilai kepimpinan yang membentuk seorang jurutera menjadi pemimpin. Perkongsian ini turut memberi penekanan kepada kepentingan pembelajaran berterusan, pembangunan kompetensi dan pembentukan sahsiah profesional dalam melahirkan pemimpin teknikal yang berwibawa.

Semoga program seperti ini terus menjadi platform perkongsian ilmu yang bermanfaat dalam menyokong pembangunan modal insan serta membudayakan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga CREaTE, JKR

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )

Want your organization to be the top-listed Government Service in Simpang Ampat?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi (CREaTE) Jabatan Kerja Raya Malaysia, Jalan Kemus, Alor Gajah, Melaka
Simpang Ampat
78000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00